Pages

Friday, September 30, 2011

Suara hantu dalam rakaman video



IMEJ suara berhantu didengar semasa Sarah merakamkan gambar anaknya yang berusia lapan minggu.


KENT - Seorang ibu di England, Sarah Mackessy terkejut apabila mendengar suara hantu ketika menonton semula video peribadi yang dirakamkannya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar.

Sarah, 36, dari Rochester di sini mendakwa sedang merakamkan video anak lelakinya yang berusia lapan minggu, Mack semasa bersiar-siar di hutan simpan Tunbridge Wells, Kent.

Bagaimanapun, apabila dia dan keluarganya menonton balik rakaman video itu, mereka terkejut kerana mendengar suara misteri yang berkata: "Saya masih hidup."

Suara itu kedengaran semasa imej wajah anaknya muncul dalam rakaman tersebut.

Sara berkata: "Sewaktu rakaman itu dibuat, dia dan suaminya serta dua kanak-kanak berada kira-kira tiga meter dari saya." - Agensi

No comments:

Post a Comment