Saturday, September 17, 2011
lawak- hampir mati
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, “Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
“Tapi Doktor,” Harun menjawab, “Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini… Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?”
Setelah beberapa saat, doktor berkata, “Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari”.
Harun bersemangat bertanya, “Dan itu akan menyembuhkan saya?”
“Tidak,” jawab doktor, “tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah.”
kalo suka sila share :)
“Tapi Doktor,” Harun menjawab, “Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini… Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?”
Setelah beberapa saat, doktor berkata, “Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari”.
Harun bersemangat bertanya, “Dan itu akan menyembuhkan saya?”
“Tidak,” jawab doktor, “tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah.”
habib jewel
. Bercerita tentang barang kemas, kalau di Malaysia ini siapa yg tak kenal nama HABIB JEWEL. Nama besar dalam industri barang kemas dan mereka lebih terkenal dengan penjualan berlian sebagai perhiasaan diri.
Kita melihat Habib Jewel setanding dengan produk luar negara, ia nampak mewah,berkualiti dan berprestij. Sebagai syarikat barang kemas berlian pertama di Malaysia yg tersenarai dalam bursa saham pastinya Habib Jewel mempunyai reputasi tinggi dikalangan peminat berlian. Tapi tahukah anda bagaimana ia bermula?.
Bermula dengan nama M.A Habib Mohamed, ia diasaskan pada 1958 oleh Tuan Haji Habib Mohamed di Pitt Street Pulau Pinang. Bermula sebagai satu perniagaan keluarga, Tuan Haji Habib Mohamed berjaya memikat hati para pelanggannya dengan sifatnya yang mendahulukan kehendak pelanggan. Beliau tidak mempunyai “role model” untuk dicontohi dalam perniagaan berlian pada ketika itu tetapi tekad beliau ialah menjaga kehendak dan hati pelanggannya yg dianggap sebagai asset penting dalam perniagaannya.
Dedikasi dan motivasi tinggi dalam dirinya untuk menghasilkan corak dan produk yg berkualiti tinggi akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat berlian. Bermula di Pulau Pinang, pelanggannya sudah menjangkaui luar Pulau Pinang dan negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Langit tidak selalu cerah, pada era kejatuhan ekonomi pada 1980an, Tuan Haji Habib berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam perniagaan.
Beliau tetap percaya bahawa kualiti produk yg baik adalah asas untuk terus bertahan dalam perniagaan. Perniagaan Habib Jewel mendapat nafas baru apabila anak Tuan Haji habib Mohamed iaitu Meer Sadik mengambil alih perniagaan ini sebagai “Pengarah urusan”. Dengan latar belakang sebagai gemologist daripada Gemological Institute of America dan ijazah dalam bidang perniagaan, Meer Sadik telah membawa Habib Jewel ke arena skala perniagaan yg lebih besar.
Sebagai contoh, beliau telah membuat kejutan dalam perniagaan berlian secara agresif apabila mengeluarkan iklan penuh warna satu muka dalam akhbar The Straits Times, Singapura sehari sebelum Festival Berlian (Jewel Fest) dibuka. Beliau juga memperkukuhkan nama Habib Jewel dengan menjalankan usahasama dengan Pengeluar berlian hiasan antarabangsa seperti koleksi Queen’s Heart dan Heart on Fire dari Amerika Syarikat. Queens Heart dan Heart on Fire merupakan dua entiti perniagaan berlian antarabangsa yang menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Habib Jewel. Ini memperkukuhkan lagi nama Habib Jewel dalam industri.
Kini, nama HABIB JEWEL tidak asing lagi bagi pencinta barang kemas, bermula dari kedai kecil di Penang, namanya kini gah seantara dunia. Semuanya bermula hanya dengan satu perkataan “DEDIKASI”
note : baru tau habib jewel ni asal kat malaysia... khelasss gitu
Subscribe to:
Posts (Atom)