typeless!
Saturday, June 30, 2012
soal jawab hukum mengahwini wanita yang sedang hamil
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang
tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk
menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat
kahwinkan. kat dunia boleh la selamat la... akhirat belom tentu..
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.
Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun
lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.
Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah
dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara
sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7
: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8
: Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan
Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9
: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya
perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9
: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda
sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Ini
merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul
dan bincanglah dengan Imam / ustaz sekiranya anda berhadapan masalah
sebegini atau bila perlu.
Jauhilah perkara-perkara yang menyebabkan penziaan,jagalah keturunan nasab kita supaya menjadi genarasi yang mulia.
cara senaman kegel untuk lelaki dan wanita
Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun perempuan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran. Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.
Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.
1. Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan berlaku.Lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar rasa sembelit. Jika ada buasir, akan jadi ketara dan menyakitkan.
2. Bagi wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.
3.Cara melakukan senaman kemut ini untuk lelaki ialah seperti berikut, rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, lelaki itu perlu dalam keadaan selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil, baru lakukannya. Amalan mengemut ini mempunyai khasiatnya tersendiri.
4. Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar erek, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan.
5. Untuk wanita, amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk. Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.
6. Senaman kemutan tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar. Bagaimanapun, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada ereksi dan ketika zakar yang tegang itu dikemutkan ketika melakukan penetrasi faraj, maka mudah untuk menyalurkan ereksi dalam faraj dan mudah untuk bergerak lancar jika gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan kemut.
Malahan mengemut ketika tegang dapat mengekalkan ereksi dan dapat bergerak dan mengubah posisi dan merendahkan kemungkinan darah tercicir keluar daripada otot zakar.
Jika gerakkan zakar dilakukan dalam faraj dengan lelaki itu mengemut, pasangan akan dapat rasa nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks. Gerakkan zakar dapat dikawal apabila gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan berkemut. Jadi amalan kemut dan melakukan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi.
tips untuk cepat mengandung
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
kesan tidor mengadap kipas
Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Nah, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita melambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun. Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.
SURAT HUSBAND KEPADA WIFE TERCINTA SEMPENA MUSIM BOLA.
Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,
1. Bermula Musim bola ini, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.
2. Semasa berlangsungnya EURO, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.
3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.
4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.
5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.
6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.
7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap EURO nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.
8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.
9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.
10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!
11. Sorotan harian EURO yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”
12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik EURO nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas EURO, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, World Cup dll….hehe
P/S
Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.
makanan penguat shahwat
1. Rebung: Buatlah masakan untuk sebarang jenis masakan.
2. Kobis: Dimakan mentah atau dijadikan ulam.
3. Ubi Merah:
Dimakan mentah, boleh juga dimasak sebagai sayur atau direbus jadikan
sup dicampur dengan halia dan bawang merah. Selain itu, ubi kentang juga
sejenis ubi penguat syahwat.
4. Lobak Merah: Dijadikan jus minuman atau dimakan mentah. Baik untuk syahwat.
5. Jintan Manis dan Kayu Manis: Dicampur dalam masakan, terutama sup atau rebus dijadikan air minuman. Diminum sewaktu suam, elok dicampur madu lebah.
6. Kaki Itik atau Kaki Ayam:
Direbus, kemudian dimasak dan disejukkan dan diambil minyak atau
lemaknya dicampur ke dalam sup. Atau kaki ayam atau itik dijadikan sup
dan dicampur halia, bawang merah, lada hitam, bawang putih. Jadikan
amalan harian.
7. Ayam Kampung: Bahagian
ayam paling berkhasiat bagi menguatkan syahwat ialah kulitnya,
kepaknya, hempedal, kaki dan cenonggeng (disebut juga buntut ayam).
8. Halia: Elok dijadikan sebagai bahan campuran setiap masakan terutama masakan sup atau sayur rebus.
9. Buah Badam:
Baik diamalkan kerana amat mustajab menguatkan syahwat. Caranya ambil 7
biji dan ditumbuk dan dicampur dengan susu lembu atau susu kambing di
minum setiap pagi. Buah badam juga boleh dimakan mentah atau digoreng.
Dimakan sebanyak 7 biji sehari.
10. Ekor dan Cenonggeng (Buntut): Kalo binatang seperti lembu atau kerbau ekornya sangat bagus dimasak sup. Berkhasiat menguatkan syahwat.
Subscribe to:
Posts (Atom)