Tuesday, October 4, 2011
Keanehan budak dari Marikh
LAPORAN akhbar minggu ini tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.
"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel kepada akhbar The Guardian di London.
Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.
Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga masih menyelongkar jawapannya.
Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.
Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.
Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.
Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.
Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia belasan tahun.
Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.
Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.
Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.
Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.
Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.
"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara".
"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal".
"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah".
"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa".
"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.
Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.
Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.
Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.
"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.
Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.
Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.
Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.
Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta
"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi".
"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud".
"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya".
""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita".
"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.
Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.
Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.
Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.
Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.
Maklumat terakhir yang diperoleh mengenai Borischa adalah pada September 2008 apabila Kerry Cassidy daripada Camelot Project yang pernah menemu bualnya meninggalkan mesej di sebuah forum di Internet:
"Borischa berada dalam keadaan yang amat baik dan membesar dengan baik. Dia akan memulakan persekolahan di Moscow dalam masa terdekat dan akan menetap di tempat baru"
"Kami akan lihat sama ada dia mempunyai akses Internet di rumahnya".
"Amat sukar untuk mereka mempunyai Internet di dalam apartmen mereka tetapi ia boleh berubah jika mereka mendapat tempat tinggal yang lebih baik".
"Kami ada menghubunginya beberapa bulan lalu. Dia dan ibunya ketika itu sedang kembali ke kampung halaman mereka untuk mengemas barang bagi perpindahan ke Moscow."
Kanak-kanak ini juga nampaknya bukan seorang yang pandai bercakap tentang sains astronomi tapi juga mempunyai perspektif yang murni tentang kehidupan.
"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain. Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan berlutut kepadanya. Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar Borischa.
Patung Hrithik di London
BINTANG super Bollywood, Hrithik Roshan telah terbang ke London bersama isterinya untuk proses pengukuran badannya sebelum patung figuranya dipertontonkan di muzium lilin Madame Tussauds.
Sebelum ini, bintang popular Amitabh Bachan, Shahrukh Khan dan Aishwarya Rai terlebih dahulu telah dipatungkan di muzium tersebut.
Kini tiba masanya untuk pelakon kacak Bollywood tersebut menjadi tontonan ramai di luar negara.
Hrithik pergi ke London bersama isterinya, Sussanne Khan dan pendandannya, Anaita Shroff Adajania.
Melalui laman sosial Twitter miliknya, Hrithik menulis bahawa dia kini ditemani isterinya dan pendandannya yang disifatkan sebagai ketua.
Isteri Hrithik dikatakan sangat teruja untuk melihat figura suaminya dijadikan patung lilin di London.
Afrika Selatan lulus pokok atasi lapar
JOHANNESBURG - Afrika Selatan kelmarin mengeluarkan lesen pertama kepada sebuah firma tempatan, HGH Pharmaceuticals untuk menjual pokok herba tradisional yang didakwa mampu mengatasi masalah lapar dan letih.
Tumbuhan dengan nama saintifik Sceletium tortuosum dikenali di negara itu sebagai Kanna, Channa atau Kougoed. Ia sering digunakan oleh masyarakat pribumi San sejak ratusan tahun lalu tanpa memberi sebarang kesan sampingan dan ketagihan.
Kementerian Alam Sekitar Afrika Selatan memberi kelulusan untuk pokok itu dikomersialkan sebagai makanan tambahan kesihatan. Ia dijangka menjana ekonomi penduduk miskin apabila aktiviti penanaman berskala besar dilakukan tidak lama lagi.
"Selain menyebabkan kita berasa sentiasa kenyang, tumbuhan ini juga didapati sesuai untuk merawat tekanan di pejabat, ketegangan perasaan atau meredakan kesedihan seseorang," kata Pengarah Penyelidikan HGH, Nigel Gericke. - Agensi
UAE biak baka unta klon
DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini giat memajukan Pusat Penyelidikan Veterinar (VRC) di Sweihan, Abu Dhabi sebagai sebuah pusat pembiakan baka unta terbaik secara peralihan embrio dan klon bagi tujuan komersial serta sukan yang pertama di dunia.
VRC yang dimiliki oleh dua kerabat diraja UAE, Sheikh Hamdan Zayed Al-Nahayan dan Sheikh Hazza Zayed Al-Nahayan berjaya menjual sebanyak 15 ekor unta lumba terkenal spesies Jabbar dengan harga AS$560,000 (RM1.7 juta) pada minggu lalu.
"Kami memilih hanya baka unta betina yang terbaik. Setiap seekor berjaya melahirkan 10 sehingga 20 ekor anak sepanjang tahun. Unta biasa hanya mampu melahirkan seekor anak pada setiap dua tahun," kata Pengarah VRC, Abdul Haq Anouassi.
Seorang pelelong tempatan, Saif Omeir al-Kutbi berkata, unta keluaran VRC menjadi rebutan banyak pihak kerana dianggap sebagai terbaik di dunia dan pernah dijual sehingga AS$2.72 juta (RM8.4 juta) seekor. - AFP
Teh tarik punca sakit jantung
KUALA LUMPUR - Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.
Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.
Beliau berkata, dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.
"Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk 'Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ia Berakhir' di PPUKM di sini semalam.
Pernah ketagih filem lucah
|
|
Jika ditanya kepada sesiapa sahaja secara rawak, tidak ramai yang berani mengaku mereka pernah menonton filem lucah. Tetapi tidak bagi pelakon yang semakin meningkat naik, Tommy Kurniawan. Hal tersebut bukanlah sesuatu perkara yang perlu dimalukan.
“Saya tidak perlu berbohong, memang saya suka menonton filem lucah dan ia berlaku agak kerap. Tetapi itu dulu, ketika di zaman sekolah. Kalau sekarang, saya dah jarang menonton filem sebegitu,” tuturnya berterus-terang ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Innayah di Cirendeu Tangerang, Banten.
Bagaimanapun dia hairan mengapa kehadiran bintang filem porno Jepun, Maria Ozawa ke Indonesia dihalang oleh pihak berkuasa.
“Saya tidak faham apa kesalahannya sehingga tidak dibenarkan datang ke Indonesia. Dia datang ke sini bukan untuk melakukan seks. Lagipun, menjadi bintang filem porno juga merupakan kerjayanya,” tegas aktor berusia 25 tahun itu.
Bagaimanapun, ditanya tentang keinginannya untuk bertemu dengan Maria, Tommy berkata: “Kalau saya masih di zaman sekolah, mungkin saya teruja untuk bertemu dengan wanita itu.”
Anak dibesarkan dalam bot
LONDON - Sepasang suami isteri dari Britain, Dave, 42, dan Hazel McCabe, 37, pulang selepas empat tahun mengelilingi dunia bersama seorang anak mereka yang dibesarkan di dalam bot.
Pelayaran mereka terhenti buat sementara di Pulau St. Martin, Puerto Rico kerana isteri Dave mahu melahirkan anak perempuan.
Pelayaran itu kemudian disambung bersama anak perempuan mereka, Katie yang kini sudah berusia empat tahun.
Pasangan itu belayar sejauh 22,503 kilometer selepas mereka berkahwin pada 2005 di Britain.
"Detik yang paling menarik ialah semasa kami berada di Lautan Atlantik apabila bot kami diiringi oleh beberapa ikan lumba-lumba," kata Dave yang merancang membuka perniagaan membina bot. - Agensi
Buang sampah di belakang rumah
SOMERSET - Seorang lelaki di England, Paul Walter bakal dihadapkan ke mahkamah buat kali ketiga kerana rumahnya dipenuhi sampah selama lima tahun.
Bertan-tan sampah paras kepala termasuk tiga buah kereta rosak berada di belakang halaman rumah Walter di sini.
Dia pernah dihadapkan ke mahkamah pada Mac lalu dan didenda £500 (RM2,770) tetapi lelaki itu tidak pernah membersihkan belakang rumahnya.
Masalah itu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan, North Somerset Council dan Walters akan dihadapkan semula ke mahkamah dengan hukuman yang lebih berat.
Jiran-jiran di kawasan Weston-super-Mare itu mengadu mereka tidak dapat membuka tingkap sejak beberapa tahun lalu bagi mengelak menghidu bau busuk sampah dari rumah Walters.
Seorang ahli majlis perbandaran, Dawn Payne berkata, mereka akan mengarahkan Walters membersihkan kawasan kediamannya yang dijangka menelan kos sehingga £20,000 (RM110,760). - Agensi
note : gila! macam mana la dia boleh idup begitu
Dirogol empat kali sehari
|
|
BANDAR SALT LAKE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Smart yang berusia 21 tahun mendedahkan dia dirogol tiga atau empat kali sehari oleh seorang lelaki tua yang menculiknya dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah.
Elizabeth diculik oleh lelaki itu, Brian David Mitchell yang kini berumur 50-an pada 5 Jun 2003 lalu ketika dia berumur 14 tahun.Dalam perbicaraan di sebuah mahkamah persekutuan, Elizabeth menyatakan kakinya diikat dengan tali kabel dan diugut bunuh jika cuba melarikan diri.
Dia diacukan pisau dan dilarikan ke sebuah tapak perkhemahan terpencil sebelum dipaksa berkahwin dengan Mitchell oleh isterinya, Wanda Eileen Barzee.
"Selepas upacara ringkas perkahwinan poligami itu, dia merogol saya," kata pelajar muzik dari Universiti Brigham Young di Utah.Elizabeth berjaya diselamatkan pada Mac 2003 lalu.
Ketika itu dia yang berjalan bersama dengan Mitchell dan Barzee dilihat oleh seorang pemandu yang mengenalinya di pinggir bandar Salt Lake.
Semasa perbicaraan baru bermula, Mitchell yang ditahan sejak 2003 terpaksa dibawa keluar dari bilik mahkamah kerana mengganggu sesi perbicaraan.Mitchell didakwa atas tuduhan menculik dan serangan seksual.
"Dia (Mitchell) mendakwa sebagai nabi, suara Tuhan di muka bumi dan akan memerintah anak-anak Tuhan sehingga kedatangan Nabi Isa," kata Elizabeth ketika disoal oleh peguam Mitchell. - Agensi
Banduan kendali rakit di penjara
MANILA - Seorang pengawal penjara Filipina di sini melakukan rondaan dengan berdiri di atas platform kayu manakala beberapa banduan mengendalikan rakit buatan yang membawa pelawat ekoran banjir melanda penjara itu di Pasig dekat sini.
Selepas hampir seminggu Filipina dilanda banjir maut yang menenggelamkan pusat bandar Manila namun sebuah penjara berdekatan sungai di Pasig masih ditenggelami air paras paha."Pada awalnya, air banjir meningkat sehingga paras pinggang. Namun, 859 penghuni penjara ini berjaya menyelamatkan diri," kata Ketua Penjara Bandar Pasig, Supritendant Hilbert Flor sambil berdiri di atas sebuah platform kayu.
"Di sini ada banyak ikan," kata seorang pengawal penjara sambil menunjukkan tangannya ke arah buih di permukaan air yang berwarna coklat dan berbau busuk dari celah tingkap penjara tersebut.
"Mungkin kami akan sediakan sebatang joran untuk setiap banduan memancing daripada membenarkan mereka bermain permainan bola keranjang di kawasan penjara," katanya dalam nada bergurau. - AFP
Angkara dukun ‘karut’ - Suami isteri mati dipukul guna topi keledar untuk pulih
KUALA LUMPUR – Angkara terlalu yakin dengan amalan karut, sepasang suami isteri maut dipercayai akibat dipukul seorang dukun yang juga anak saudaranya sendiri ketika mendapatkan rawatan secara tradisional di Flat Seri Sarawak, Jalan Hang Tuah.
Mangsa Mohd. Ibrahim Kadar Mydin, 47, dan isterinya, Rosina SM Mydin, 41, mati di tempat kejadian selepas dipukul berkali-kali dengan topi keledar dan batang penyapu.
Mohd. Ibrahim yang menghidap penyakit sukar untuk berhenti merokok dan isterinya, menghidap penyakit hati dikatakan datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit tersebut.
Semuanya gara-gara mereka mempercayai cakap-cakap dukun dukun ‘karut’ tersebut yang dikatakan mendapat mimpi untuk mengubati penyakit bapa dan ibu saudaranya itu dengan memukul mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah berkata, selepas kedua-dua mangsa datang, upacara rawatan dimulakan pukul 2 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudian.
‘’Dalam tempoh itu kedua-dua mangsa dipukul oleh suspek yang berusia 23 tahun dengan topi keledar sehingga menyebabkan kedua-duanya mati,’’ katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Menurut Chin Wah, sangkaan suspek yang juga bekas pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kedua-dua mangsa itu pengsan seketika selepas mendapat ‘rawatannya’ bertukar tragedi apabila kedua-dua mangsa sebenarnya sudah mati.
Beliau memberitahu, ketika kejadian, rumah tersebut dihuni adik beradik suspek berusia antara 15 dan 21 tahun termasuk bapanya berusia 50 tahun serta ibunya berusia 44 tahun.
Mangsa pula membawa tiga anaknya berumur antara 14 dengan 21 tahun yang turut melihat proses rawatan tersebut.
Chin Wah berkata, selepas kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri pada pukul 9 malam, ahli keluarga suspek telah menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital.
Turut cedera dalam upacara ‘rawatan’ itu adalah anak perempuan suspek yang berusia 15 tahun dipercayai turut dipukul.
“Namun selepas ambulans datang, mereka mendapati kedua-dua mangsa tidak bernyawa dan telah menghubungi polis untuk siasatan lanjut,’’ katanya lagi.
Polis yang tiba ke tempat kejadian, mendapati suspek dan ahli keluarganya cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
Lelaki tergemuk dunia kahwin balu
“Ia merupakan majlis perkahwinan yang ‘besar’ tetapi semua hidangan adalah menu berkalori rendah,”
katanya yang berjaya menurunkan berat daripada 590 kilogram kepada 230 kilogram.
Uribe akan mengahwini seorang balu, Claudia pada setelah bertunang beberapa tahun lalu. – AFP
Wanita naik angin akibat komik
komik sincan, paling aku suka! muahahhaha |
Akhbar Jiji Press melaporkan wanita berumur 36 tahun itu mengumpul beribu-ribu buku komik dan pita video sehingga kesemua koleksi itu memenuhi tiga bilik di rumahnya.
“Saya diminta untuk membuang barang-barang berharga yang dikumpul sejak kecil. Saya kecewa, marah dan mahu ibu bapa saya lesap,” katanya kepada pihak polis yang menyiasat kes tersebut. – AFP
Vitamin C halang kesan ubat kanser
Beberapa ujian berasingan terhadap sel barah di makmal, para saintis mendapati hanya 30 hingga 70 peratus sel tersebut mati sekiranya vitamin C digunakan terlebih dahulu sebelum ubat melawan barah.
Kajian yang dijalankan pada tikus juga mendapati sel barah tumbuh dengan lebih cepat sekiranya haiwan itu dirawat dengan ubat melawan barah dan juga diberi vitamin C. – AFP
Not £1 juta gagal raih nilai muka
LONDON - Sebuah rumah lelongan di London, Britain menjual satu not kertas £1 juta (RM6.06 juta) dengan harga yang lebih rendah daripada nilai muka wang kertas berkenaan.
Rumah lelongan Spink memberitahu bahawa wang kertas Bank of England itu merupakan satu daripada sembilan keping yang dikeluarkan bersempena dengan Pelan Marshall selepas Perang Dunia Kedua.
Pelan yang hanya dijalankan selama enam minggu itu bertujuan untuk menjejak aliran dana-dana dalam negeri berikutan peperangan tersebut.
Menurutnya, not kertas yang berukuran 20 sentimeter lebar itu mempunyai nombor siri 000008 dan hanya dua keping wang kertas seperti itu masih wujud.
Wang kertas istimewa tersebut telah berjaya dilelong kelmarin dengan harga hanya £78,300 (RM474,750).
Spink memberitahu bahawa satu lagi not kertas seperti itu yang mempunyai nombor siri 000007 berjaya dilelong pada 1977. - AP
Belanja RM32.06 juta angkut batu 340 tan
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Seni Los Angeles yang membelanjakan sehingga AS$10 juta (RM32.06 juta) untuk membawa sebuah bongkah batu ke sebuah bangunannya di pusat bandar ini.
Bongkah batu seberat 340 tan itu akan dijadikan karya hasil seni oleh artis terkenal AS, Michael Heizer dalam pameran yang dikenali sebagai Levitated Mass.
Ia diangkut dari kuari Stone Valley dekat sini oleh sebuah kenderaan pengangkut yang mempunyai 196 tayar yang mampu membawa berat muatan 450,000 kilogram.
Seramai 60 orang termasuk pemandu, juruarah dan anggota polis terbabit dalam usaha memindahkan bongkah batu gergasi tersebut.- Agensi
Projek astronomi terbesar di dunia
SANTIAGO, Chile - Projek astronomi yang terbesar di dunia kini sedang berjalan di gurun Atacama di Chile yang terletak 1,500 kilometer dari sini.
Apabila ia siap dibina, ia mengandungi 66 antena ketepatan tinggi yang akan berfungsi sebagai sebuah teleskop.
Projek itu melibatkan kerjasama dari Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur selain Chile.
Ia akan digunakan sepenuhnya pada 2013.
Apabila siap sepenuhnya, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum ini tidak dapat dilihat bagi tempoh setiap tiga minit. - Agensi
Sistem kongsi basikal diuji di New York
NEW YORK - Satu demonstrasi berhubung sistem perkongsian basikal dilakukan di bandar raya ini.
Sistem perkongsian itu dikendalikan oleh pihak Perkongsian Basikal Alta yang menenangi kontrak daripada pihak pengurusan bandar raya ini untuk meletakkan 10,000 buah basikal di lebih 600 stesen di Manhattan dan sebahagian Brooklyn.
Ia akan bermula pada tahun depan.
Basikal itu akan digunakan oleh orang ramai dan kos pengurusan sistem tersebut dibiayai menerusi penajaan dan yuran kos rendah. - AFP
Kapal kargo terbelah dua
TAIPEI, Taiwan - Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, empat orang anak kapal maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama terkandas di perairan utara Taiwan.
Menurut kementerian itu, kapal yang membawa 21 anak kapal tersebut terbelah dua selepas berlanggar dengan batu-batu di luar pelabuhan Keelung pada awal pagi semalam.
Bagaimanapun, kewarganegaraan mereka tidak dapat diketahui.
Seramai 11 anak kapal telah diselamatkan termasuk empat orang berenang untuk menyelamatkan diri.
Taiwan dilanda taufan Nalgae sepanjang minggu lalu. - Agensi
Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ
ANTALYA, Turki - Seorang isteri di sini, Derya Sert merupakan wanita pertama di dunia yang menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia sekali gus mencerahkan harapan berjuta-juta wanita yang sukar hamil untuk mengandungkan anak sendiri.
Sepasukan doktor Hospital Universiti Akdeniz di wilayah Antalya, utara Turki, berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim ke atas Derya pada 9 Ogos lalu.
Wanita itu tidak dapat hamil kerana dilahirkan tanpa uterus seperti yang berlaku pada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.
"Gembira dan teruja, perasaan saya bercampur baur,' kata Derya yang berusia 21 tahun.
Suri rumah berkenaan yang berkahwin dengan seorang mekanik kereta sudah terlantar di hospital selama enam bulan.
"Rahim ini telah menjadi organ saya sendiri, kami sudah lama menantikan saat ini,' kata suri rumah tersebut.
Pembedahan ke atas Derya merupakan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia dengan prosedur itu pertama kali dilakukan di Arab Saudi pada 2000.
Pembedahan pertama melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup itu menemui kegagalan kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor-doktor membuang organ berkenaan.
Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma untuk boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.
"Pembedahan ini berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya," kata seorang pakar bedah di Hospital Universiti Akdeniz, Omer Ozkan.
Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan yang akan memasukkan janin daripada benih suaminya yang dihasilkan sebelum pembedahan tersebut berlangsung.
"Pada pendapat saya paling awal dia boleh mengandung adalah selepas enam bulan menjalani pembedahan ini. Jika tidak, dia mungkin memerlukan masa sehingga tujuh atau lapan bulan," kata Omer. - AFP
Peralatan filem Harry Potter akan dipamer
|
LONDON - Syarikat perfileman Warner Brothers akan membuka pameran Harry Potter di Studio Leavesden di pinggir London sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat magis yang ditonjolkan dalam filem-filem ahli sihir remaja berkenaan.
Bagi tujuan itu, studio perfileman Hollywood yang menerbitkan francais paling menguntungkan di dunia itu telah memindahkan Dewan Besar asal sekolah sihir, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry yang digunakan dalam filem Harry Potter ke studio Leavesden yang diubah suai.
Apabila ia dibuka pada musim bunga tahun depan, orang ramai boleh menyaksikan pelbagai karakter, kostum, peralatan dan set latar asli yang pernah digunakan dalam filem berkenaan.
Antara bakal tarikan di studio tersebut termasuk labah-labah gergasi Aragog yang tergantung di atas siling manakala peminat juga boleh bergambar dalam kereta terbang Ford Anglia yang digunakan dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets.
Tiket Studio Tour London The Making of Harry Potter itu akan mula dijual pada 13 Oktober ini.
Tiket kanak-kanak berharga £21 (RM104.73), £28 (RM139.65) untuk orang dewasa manakala tiket keluarga dengan empat anggota pula berharga £83 (RM414).
Apabila ia dibuka kelak, taman tema tersebut boleh memuatkan sekitar 5,000 pelawat pada setiap hari. - Reuters
syabas! Dulu buta huruf, kini dapat Ph.D
KUALA LUMPUR – Biarpun tidak mampu menulis dan membaca ketika belajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu namun, ia bukanlah penghalang kepada Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Usuluddin dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) .
Mohd. Nawi, 43, yang merupakan seorang pensyarah mengalami rabun mata dan cacat sebelah kaki sejak dilahirkan mengakui, dia adalah murid lemah ketika itu tetapi anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu mula bangkit ketika berusia 15 tahun.
“Apabila melangkah ke sekolah menengah selepas menjalani pembedahan membuang selaput di mata, saya mula berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh Ph.D hari ini (semalam).
“Kejayaan ini juga disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang baik di samping berkat sokongan keluarga dan Universiti Malaya sendiri,” katanya selepas istiadat konvokesyen ke-50 universiti itu di sini semalam.
Sementara itu, penerima Ph.D daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Mohamad Muzammil Mohamad Noor, 38, pula berkata, dia merupakan graduan Ph.D berkerusi roda pertama yang lulus daripada fakulti tersebut.
kesian---- Bayi dicampak masuk longkang :"(
SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini.
Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya.
kesian.... mana la hati perot mereka ni :(
Subscribe to:
Posts (Atom)