Pasti teruk dan sukar rasanya bila dikurung dalam
sebuah sangkar kemudian di tinggalkan pula seorang diri. Itulah yang
dialami oleh seorang remaja China, Wei Yun yang kini berusia 23 tahun kerana dia dikurung dalam sangkar kecil hampir seumur hidupnya.
Wei Yun yang tinggal di kampung Gongchuan, di Wilayah
selatan China Guangxi mula dikurung pada usia 2 tahun disebabkan satu
kejadian yang hampir membunuhnya. Sejak insiden itu, ibu bapanya mula
mengurungnya atas alasan untuk keselamatan dirinya. Tambahan pula, ibu
bapa Wei Yun sibuk bekerja dan tiada masa untuk menjaganya. Disebabkan
terkurung dan tidak terdedah dengan dunia luar, Wei Yun mempunyai
masalah untuk berkomunikasi dan tidak boleh berjalan, hanya mampu
merangkak. Kasihan kan?