Hari
Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya
memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi
kewajiban menunaikan solat Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat
Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari
rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh
kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama
sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu
hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa
tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad,
Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya
untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga
dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu
khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk
perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah
S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:
Yang
Bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan
seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke
masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada
saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai
sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan
urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta
ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya
kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
Ayat
tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang
melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan.
Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan
Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang
kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh,
berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan
jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn
Kathir al-Syafie menyebut:
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan yang kedua.
( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
Jika
disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga
dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti
jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan
lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini
tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah
bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk
membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah.
Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan
dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat
al-Quran di atas tadi diturunkan.
Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu
Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang
satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka
sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12
orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya
apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas
menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian
tegak berkhutbah.
Istimewanya
Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya
khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa
mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan
antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa
khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan
dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua
rakaat solat Zuhur.
Realiti
yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke
dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib,
sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih
menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib
sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita
kepada Allah S.W.T.
Allah
S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha
datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib
berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid
terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan.
Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup
buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”
Kesimpulannya,
seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki
hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi
wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak
sahnya solat Jumaat seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :
Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.
Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.
Ketiga:
Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping
mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .
kalo suka sila share :)