Bersarapan Dengan Yogurt-- my fav!
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat
membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.
Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah
benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan
dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut
terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di
hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut
buncit.
Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan
berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma
dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa
penuh dan perut mula mengembung kehadapan.
Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada
penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan
meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan
konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar
daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya
aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti
pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi
penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.