1. Lari Berpagar 100m Dengan Menggunakan Kaki Itik
Mungkin nampak mudah sekiranya
acara lari berpagar biasa. Tetapi sekiranya berlari dengan menggunakan
kaki itik... ia menjadi pelik dan luar biasa sukarnya.
Namun Christopher Irmscher telah
berjaya melakukannya dalam masa 14.82 saat, di Germany pada 13 September
2008. Hebat bukan... kalau si normal berjalan menggunakan kaki itik pun
sudah terjatuh-jatuh, ini kan pula lari berpagar.
2. Memanah 10 Anak Panah Terpantas
Lelaki pelik dari Spain ini telah
berjaya mencipta rekod apabila dapat mencatat masa terpantas memanah 10
anak panah dalam masa 1 minit 7 saat. Beliau telah mencipta rekod ini
di dalam rancangan El show de los record di Madrid pada 4 Jun 2006.
3. Padam Api Obor 30 Saat
Tiup lilin... senang je! Tiup
obor... macam mana? Hubertus Wawra dari Germany ini telah berjaya
memadamkan 39 obor dalam masa 30 saat dengan menggunakan mulutnya
sahaja. Rekod ini tercipta pada 21 Februari 2011 di Mumbai, India.
4. Tiup Belon Guna Hidung
Percaya atau tidak... ini
memang pelik. Andrew Dahl dari USA telah meniup 23 belon dalam masa 3
minit dengan menggunakan hidungnya. Rekod ini dicipta di dalam rancangan
Lo Show dei Record di Rome, Italy pada 18 Mac 2010. Pelik bukan?
5. Pecahkan Tempat Duduk Tandas Dengan Kepala
Si
pelik yang bernama Kevin Shelley dari USA ini telah mencatat rekod
dengan memecahkan sebanyak 46 tempat duduk tandas dalam masa seminit.
Rekod si pelik ini telah tercipta pada 1 September 2007 di Cologne ,
Germany. Mungkin bukan dia yang pelik, tetapi kepala dia.
kalo suka sila share :)