Hikayat Taugeh...senjata melawan cancer
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali
dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan
yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk
dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh
kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin
baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga
terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit
kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,
alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat.
Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino.
Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar
dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan
estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar
mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom
pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar
saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit
strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi
dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi
dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak
baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh
dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang
kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah
yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun
dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan
bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas
membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.