widget

Friday, December 28, 2012

makanan-makanan palsu dari china

Kacang walnut palsu
- Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.

Madu lebah palsu 
- Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu. Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.

Daging lembu palsu
- Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.


Beras palsu
- Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek. Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras. "Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.

Telur palsu
- Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air. Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur. Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan 

Ban kitar semula
- Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


http://180degreehealth.com/wp-content/uploads/2012/11/Baby-drinking-water.jpg
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...