1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari
adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia
selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi
mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa
dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi
bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia
mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran
dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba
untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia
akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan2nya. Tetapi
percayalah, ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam
fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum2 sendiri saat
membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang
buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu
diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mereka memang bukan makhluk
yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal
perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar2 mencintai
Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam
atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk
diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila2 ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu
jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum & buatlah
dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja
untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada
bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya
pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang
bekas kekasih anda. (Walau kadang2 dia suka cerita tentang bekas
kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah
bekas kekasih Anda).
:")
note: suka lelaki jahat XD
kalo suka sila share :)