widget

Thursday, December 15, 2011

kisah seorang bapa tak benarkan anaknya pakai tudung

kesian kat sorg ni bile die nak pkai tdung, bapak die marah die. siap
kene LEMPANG lagi! ape salah si anak? bukan kah bertudung itu
tuntutan agama? 
 promote belogshp sendirik!! haha
alkisahnya begini.......................................


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara
aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa
amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah
tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang
sibuk giler. Business man yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder.
Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih
cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan
kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari 
rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga
aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja,
terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan
nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapak balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak
bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa 
lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHvCcLqTKZQEweGPDewe1jJts1CzvfYKpZCGgRZwxtFotMX5GwtAb7AGFS_NWno1lq0-zm5O-HcuhzS1IeJZ-JWO2i-Q00R0VBUCQ4BbU1mPo2iH1tsqSXz153Sa3dKiKrzPjNlhIXKoB8/s320/stagflation+slap+in+face+wall+street+greek.jpg

Panggggggggggggggggggg. 

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy 
rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat
cheq? Kalau adik dan abg tak nak...." 
http://static4.depositphotos.com/1030387/417/v/450/dep_4178247-Slap-Noise-Background.jpg

Pangggggggggggggggggggg....! 

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis 
bercakap. 



"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! 
Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, 

LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, 
LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! 

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh 
"Razali", tup tup lekat jadi  AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni
semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun
lelaki jugak!". 

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la
sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. 


SALAH KAH AKU? 

SALAH KAH AKUUUUUUUU! 

OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk


haha! terkono korang.. haha

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Abu mayat diproses menjadi manik di korea selatan








Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

4 kategori manusia berkualiti

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada 4 tahap, berdasarkan kualiti tutur bicaranya.

http://www.subjectplus.com/images/good-human-2.jpg

  • Pertama : Orang yang berkualiti tinggi
Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.

Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.
  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1fMYUAzXpXF9yIFDuUWnyF14iVnWodmi60IC5YR1wdVQrvxMupCuUiLXpdF6fl2DQ2y4nAaSnMFr1MQiV4WWEQMrQBYdHwbcEmToLFfkgcvkFhYh8cOm1wmeofhNSkYpknTaZweeyCUrs/s1600/6a0120a5cd70e9970c0128769f3cd4970c-800wi.jpg
  • Kedua, orang yang biasa-biasa saja
Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.

Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

http://icountformyearth.files.wordpress.com/2011/07/3730859770_51c8cbbbc4.jpg
  • Ketiga, orang rendah kualiti diri
Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.

Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya.

Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

http://diarihati.com/blog/wp-content/uploads/2010/11/bangga-sebagai-LELAKI.jpg
  • Keempat, orang yang cetek fikirannya
Iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.

Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

bukan perempuan je, lelaki pun kena gangguan seksual



GOLONGAN lelaki kini turut menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita. – Gambar hiasan


 Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.

Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman, meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Telefon bimbit paling lasak- sesuai untuk mereka yang tak pandai jaga harta



WALAUPUN dilanggar tayar kereta, telefon bimbit JCB Toughphone Sitemaster masih boleh digunakan.


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster.

Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Misteri L dan V pada mata Mona Lisa


TERDAPAT huruf L dan V pada mata kanan potret Mona Lisa.


MILAN - Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya.

Nombor dan huruf kecil yang tersembunyi dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran canggih mikroskop. 

Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas. 

Ia juga mewakili kod Da Vinci yang sebenar. 

Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali mengenai Warisan Budaya, Silvano Vinceti yang menjumpai simbol tersebut menyatakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, ia boleh dilihat dengan jelas apabila menggunakan kanta. 

"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

bukan manusia je, anjing pun ada sifat cemburu


SIFAT cemburu menjadikan anjing kurang aktif.


VIENNA - Saintis Austria menemui sifat cemburu anjing yang akan berhenti membuat tugasan mudah apabila tidak diberi imbuhan berbanding anjing yang menerima imbuhan.

Dr. Frederike Range dari Universiti Vienna menulis di dalam dalam jurnal PNAS berdasarkan kajian ke atas dua ekor anjing yang perlu membuat beberapa aktiviti berjabat tangan.

Seekor anjing menerima imbuhan tetapi seekor lagi tidak walaupun melakukan perkara sama dan yang diberi makanan terus melakukan aktiviti itu manakala seekor enggan bekerja.

"Perbezaan ketara dapat dilihat kepada anjing mendapatkan makanan tetapi yang lain tidak apabila mereka menunjukkan reaksi ketidakadilan berlaku," ujar Range. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

EU bakal haram mentol Edison


MENTOL ciptaan Edison banyak melepaskan karbon.


BRUSSEL - Kesatuan Eropah (EU) berhasrat mengharamkan mentol lampu pijar menjelang 2012 sebagai langkah penjimatan tenaga elektrik dan pengurangan kesan gas rumah hijau.

Kebanyakan mentol di benua Eropah ialah jenis yang dibangunkan pencipta Thomas Alva Edison pada 1879 dan jika usul itu diluluskan Parlimen Eropah, pengguna perlu memilih lampu jenis lain pula.

Ini dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida bersamaan AS$12 bilion bil elektrik setahun di 27 buah negara anggota, kata kata Pesuruhjaya Tenaga EU, Andris Piebalgs.

Beberapa negara termasuk Australia, New Zealand, Kanada dan Filipina juga telah mengumumkan langkah pengharaman mentol pijar tersebut daripada pasaran masing-masing. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Gajah zoo mati cepat berbanding gajah liar


GAJAH liar mampu hidup sehingga umur 56 tahun berbanding hanya 19 tahun jika berada di dalam zoo.


LONDON - Kajian sebuah badan perlindungan haiwan diraja Britain (RSPCA) mendapati gajah yang terkurung di zoo lebih pendek umur akibat faktor diet pemakanan dan cara hidup.

Saintis Ros Clubb dari badan itu memberitahu, kajian meliputi 4,500 gajah betina di Taman Negara Ambosseli, Kenya, gajah pembalak di Myanmar dan beberapa zoo utama Eropah.

Dalam laporan kepada jurnal Science, faktor tekanan memendekkan umur gajah di zoo yang sering berpindah ke zoo lain kerana gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

"Majoriti gajah didapati terlebih berat dan kadar kelahiran tinggi juga punca mamalia ini mati awal kerana saiz tempat kurungan sempit untuk menampung tubuh besar mereka," ujarnya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Polipaka Gattaiah- Lelaki paling tinggi India bekerja di pusat kraf


SEORANG kanak-kanak memberikan wang kepada Polipaka Gattaiah di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di Hyderabad pada 6 Disember lalu. - Reuters


NEW DELHI - Lelaki paling tinggi di India, Polipaka Gattaiah bekerja di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di bandar Hyderabad, India.

Dia yang setinggi 2.28 meter menghiburkan orang ramai yang mengunjungi pusat tersebut.

Para pelawat kerap memberikan wang kepada Gattaiah yang berusia 38 tahun selain bergambar dengannya.

Pada Mac lalu, lelaki itu diberikan satu kaki palsu oleh
sebuah pertubuhan kebajikan setelah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Menurut media tempatan, kaki palsu itu dikatakan yang paling panjang pernah dibuat.

Seorang pegawai berkata, Gattaiah dibayar AS$130 (RM413.88) sebulan oleh sebuah agensi pelancongan negeri. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...