Perut Masuk Angin
Bila
perut kembung confirm perut korang penuh dengan angin. Cara jimat nak
hilangkan angin sebelum ia keluar sebagai bom gunalah petua ini. Ambil
jarum dan cucukan pada bahagian perut yang sakit. Nescaya angin akan
keluar.
Kencing Manis
Kencing
manis berpunca dari pengambilan gula berlebihan. Untuk mengubati
makanlah seberapa banyak semut supaya semut akan mengerjakan gula yang
berlebihan dalam badan tu.
Kurang Darah
Kurang
darah dalam badan. Kalau nak minta dekat hospital pun belum tentu ada.
Cara terbaru tangkaplah nyamuk yang sudah kenyang hisap darah lepastu
makanlah nyamuk tu hidup-hidup sampai darah korang kembali normal. Tapi
sila pastikan darah tersebut halal.
Kurang Darah merah (leukemia)
Bancuh secukup rasa cat merah dengan air dan minum, amalkan selama yang termampu mudah-mudahan darah akan kembali stabil
Hilangkan Jerawat
Jerawat
yang banyak boleh menimbulkan stress. Caranya, ambil pen hitam atau
maker pen dan titik-titikan tempat yang ada jerawat. Buat secomel yang
mungkin seperti tahi lalat. Orang cakap lagi banyak tahi lalat di muka
lagi comel. Jadi bolehlah mencuba.