Ukrainan Dog Girl
Seorang
gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanyayang tidak
bertanggung jawab dari usia 3 sampai 8 tahun, OxanaMalaya membesar
tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut.
Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap,hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak.
Sekarang
umurnya sudah mencapai 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap
tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Pada masa ini Malaya bekerja
menjaga lembu di sebuah ladang ternak berhampiran hospital mental tempat
beliau tinggal.
Cambodian Jungle Girl
Semasa
menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja semasa berumur 8 tahun, Rochom P'ngieng hilang secara misteri. 18 tahun kemudian,
pada tahun 2007, seorang penduduk melihat seorangwanita tanpa pakaian
menyelinap di sekitar halaman rumahnya untuk cuba mencuri beras.
Wanita
itu disyaki Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana
bekas luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadiseorang
wanita 30 tahun yang entah bagaimana
boleh bertahan hidup sendiri di hutan tebal.
Gadis
itu tidak dapat mempelajari bahasa tempatan atau untuk menyesuaikan diri
dengan budaya tempatan. Pada akhirnya beliau melarikan diri dan belum
ditemui.
Ugandan Monkey Boy
Setelah
melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun
menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dipercayai dibesarkan oleh
kumpulan monyet vervet sehingga dia ditemui pada tahun 1991.
Seperti
sering terjadi ketika anak-anak liar yang ditemui, beliau menolakuntuk
ditolong oleh penduduk kampung, dan beliau mendapat bantuandari keluarga
angkatnya monyet yang mmbaling penduduk kampung dengan ranting-ranting
pokok.
John
telah diajarkan bagaimana bercakap, dan sekarang boleh bercakap malah
boleh menyanyi. Beliau mampu bergabung dengan paduan suaraanak-anak
mutiara Afrika.
Victor of Aveyron
Mungkin
inilah anak liar paling terkenal dari yang lain, cerita
Victordifilemkan dengan tajuk "L'Enfant Sauvage". Walaupun
asal-usulnyaadalahmisteri, namun ramai percaya Victor menghabiskan masa
kanak-kanaknya tanpa pakaian dan sendirian di hutan sebelum diketahui
masyarakat pada tahun 1797.
Setelah beberapa kali memunculkan diri, beliau akhirnya muncul sendiri berhampiran Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800.
Victor
menjadi subjek untuk banyak filusufi dan ilmuwan yang mengkajitentang
asal-usul bahasa dan perilaku manusia, walaupun dalam perkembangannya
kemajuan daripada
kecerdasan anak ini sangatlah sedikit.
Madina
Kisah
tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan ibu bapa
sehingga ditemui semasa berumur 3 tahun. Dia hidup dan dipelihara
olehanjing.
Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak,dan lebih
suka berkelakuan seperti anjing.
Madina
sihat secara mental dan fizikal dirawat pasukan perubatan tidak lama
setelah ditemui. Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggal,
dia beruntung kerana masih kecil, seorang pengasuh percayabahawa Madina
akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.
Lobo Wolf Girl of Devil's River
Pada
tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalan merangkak
di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing berhampiran San
Felipe,Mexico.
Cerita
ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itu kelihatan
lagi,kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh.
Menurut
cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencari perempuan itu
keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.
Dia
melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan
sekumpulan serigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda
itu.Pada akhirnya beliau dapat menyelinap keluar dari kandang dan
melarikan diri.
Perempuan
muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, terakhir kelihatan sedang
menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia
mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah
dilihat lagi.
Russian Bird Boy
Terkurung
di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak
Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kejam.
Ketika
ia ditemui, beliau tidak boleh bercakap dan hanya dapat bercericip
seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal.
Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologi di mana pakar profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.
Amala and Kamala
Dua
orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemuidi
sarang serigala 'pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini
menimbulkan banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh
dan para ahli tidak menganggap bahawa mereka bersaudara.
Mungkin
juga mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang
berbeza.Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat
ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri
dengan cara hidup manusia.
Peter the Wild Boy
Seorang anak lekaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak berjalan keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.
Akhirnya
dia berjaya dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilaku seperti binatang
liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak
boleh bercakap.
Setelah
dipindahkan ke England, beliau diberi nama Petru si Anak Liar.Walaupun
beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik,
rajin bekerja dan hidup sehingga tua.