widget

Sunday, November 13, 2011

biji POKOK KELAPA LAUT yang agak lucah


inilah seed of Coco de Mer tree a.k.a biji POKOK KELAPA LAUT. 

Ia sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus.

Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan.

Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. 

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. 

Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan (==’) yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik (^^,)

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut.

Hehe..asyik bersengalan je, sesekali kita berinfo sambil pekena jus kelapa laut yang marvellous..(patutlah air nih mahal)..









gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Asal Usul Penghasilan Foie Gras- makanan mewah yang berasal dari Perancis

Foie Gras yang bermaksud Fat Liver (Hati berlemak) merupakan salah satu makanan mewah yang berasal dari Perancis. Yang tak baiknya, foie gras ini berasal daripada hati angsa yang dipaksa makan secara berlebihan supaya hati angsa tersebut menjadi lebih besar dan berlemak.

Lagi gambar…

Cuba tengok perbezaan dua hati angsa ini. Yang berwarna putih dan lebih besar ini merupakan hati angsa yang telah diberi makan berlebihan manakala yang sebelah kanan yang berwarna coklat dan bersaiz kecil itu hati angsa yang normal. Hati angsa tersebut menjadi putih dan besar kerana kandungan lemak yang terlalu banyak dek kerana disua jumlah makanan yang lebih dari sepatutnya.




Dek kerana menerima lebih makanan dari yang sepatutnya, angsa-angsa ini mengalami penyakit radang usus. Angsa-angsa ini juga tidak pernah cukup masa untuk tidur kerana hampir setiap masa tengkuk mereka akan dipegang untuk diberi makan.

Bagi yang tidak dapat bertahan, mati lah kesudahannya. Tengokla tu, mulut angsa ni masih dipenuhi dengan makanan. 

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

pizza coklat







gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

kucing bersayap?

Kucing bersayap ini milik seorang penduduk di bandar Xianyang yang lebih dikenali sebagai Nenek Feng. Menurut beliau pada mulanya ia cuma kelihatan seperti dua bonggol tapi 2 bulan kemudian ia membesar menjadi struktur bertulang yang kelihatan seperti sayap. Nenek Feng juga mendakwa bonggol tersebut tumbuh selepas kucing jantan tersebut diganggu secara seksual oleh kucing-kucing betina di situ.


Lagi gambar…




gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Budak tiada rasa sakit- 26 batang paku tertanam dalam betis



KESAN jahitan kerana pembedahan untuk mengeluarkan paku daripada betis Safira.


BIARPUN masih kebingungan, pakar bedah di Hospital Umum Andi Makkasau, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia tetap berusaha untuk mengeluarkan paku besi pelbagai saiz daripada betis seorang kanak-kanak perempuan.

Terdapat 26 batang paku termasuk sebatang jarum dan dua objek besi berwarna putih yang tertanam dalam kedua-dua betis Safira Ibrahim, 3.

Sambil membelah betis Safira dengan berhati-hati, Dr. Kamaruddin Sahid ligat berfikir bagaimana paku sepanjang di antara dua sentimeter (sm) hingga enam sm itu boleh ada di situ tanpa disedari.

“Ini memang tidak masuk akal mengikut ilmu perubatan,” ungkap Kamaruddin.

Doktor itu perlu berwaspada kerana kedudukan paku yang berwarna kehitaman itu tertanam berdekatan dengan jaringan saraf dan saluran darah.

Kesemua objek logam itu berjaya dikeluarkan daripada betis Safira selepas dua jam dia berada di dewan bedah pada awal bulan ini. Sebanyak tujuh batang paku tertanam di betis kiri, manakala 19 batang lagi di betis kanannya.

Namun, doktor yang mengesan sebatang paku di punggung Safira tidak melakukan pembedahan kerana bimbang ia membahayakan kanak-kanak itu. 

Ia hanya akan dikeluarkan setelah luka di betisnya sembuh.

Lebih mengejutkan, sebaik sahaja semua paku dikeluarkan, muncul sebatang paku baharu di betisnya. 





SEBANYAK 26 batang paku berkarat berjaya dikeluarkan daripada betis Safira.


“Dalam pembedahan pertama ia tidak kelihatan mungkin kerana terlindung oleh paku besar lain.

“Kami akan lakukan pembedahan lagi bagi mengeluarkan paku yang baru dikesan ini.

“Tetapi jika selepas pembedahan kali kedua nanti ia tetap muncul semula, sahlah ia merupakan kekuasaan Tuhan,” kata Kamaruddin.

Menurutnya lagi, memang terdapat kesan luka pada betis Safira sebelum pembedahan itu. 

Namun apa yang membuat Kamaruddin hairan adalah bagaimana paku yang begitu banyak boleh dimasukkan sekali gus.

Ibu Safira yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifa mendakwa parut di betis anaknya itu merupakan kesan cacar.

“Paku itu begitu banyak. Mustahil ia dimasukkan satu persatu kerana pasti menyakitkan.

“Melihat jumlahnya tentu ada orang yang memasukkannya?” ujarnya lagi.

Safira bagaimanapun tidak berasa sakit biarpun imbasan sinaran X menunjukkan paku tersebut kelihatan bercerucuk dan mengerikan.

Sarifa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama Safira di Ajatappareng, Parepare, Sulawesi Selatan.

Dia memberitahu, dia tidak menyedari bila paku-paku itu berada dalam betis anak tunggalnya itu.

Dia jarang meninggalkan Safira bersendirian bahkan mengaku bahawa anaknya itu tidak pernah memakan benda-benda asing seperti paku.

“Saya pernah keluarkan empat batang paku daripada betisnya ketika dia berusia dua tahun lima bulan tetapi tidak tahu macam mana ia boleh berada di situ. Safira pula tidak menunjukkan tanda kesakitan.


PAKAR perubatan menemui sebatang paku yang muncul semula selepas pembedahan pertama.


“Saya juga hairan bagaimana objek ini boleh tertanam di badannya sedangkan saya sentiasa mengawasinya. 

“Jika sengaja dimasukkan pasti dia akan berasa sakit dan betisnya membengkak,” ujar Sarifa.

Kejadian pelik itu menimbulkan banyak spekulasi. 

Ramai penduduk menganggap Safira merupakan mangsa amalan ilmu hitam.

Namun, seorang tokoh agama di Kota Makassar, Abd. Halim, 50, sependapat dengan pakar perubatan bahawa objek itu telah dimasukkan secara fizikal.

“Ilmu hitam melibatkan perkara ghaib. Tiada pengamal ilmu hitam yang dapat menghantar sesuatu ke dalam tubuh seseorang dari tempat jauh.

“Apatah lagi untuk memasukkan paku itu ke betisnya melalui tiupan mahupun bacaan mentera dari tempat yang jauh,” kata Halim.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Miss Lady Boy Pageant in Thailand


 note: semua jantan ok

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

funny- sleepy cats


Lagi gambar…










gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

koleksi kucing-kucing obes

10. Marisa-35 paun

Marisa mencatat rekod kucing terpanjang di dunia dalam Guinness Book of World Records. Selain dari panjang, Marisa juga tersenarai dalam ranking kucing paling berat di dunia dengan berat  35 paun.


9. Otto- 35 paun

Otto pernah mencapai berat 35 paun. Namun setelah berdiet, Otto berjaya menurunkan berat badan ke 29 paun. Gambar yang kat atas ni merupakan gambar Otto masa dia gemuk dulu. Kucing pun pandai diet ek :D

8. Orazio-35.2 paun

Tengok sekali memang sebijik macam Garfield kan! Haha. Orazio merupakan kucing Itali yang terberat. Namun secara keseluruhan, Orazio menduduki tempat ke-8.

7. Nama Tak Diketahui-Lebih 37 paun

Kucing di tempat ke 7 ni daripada China.

6. Kailee -40 paun

Menurut sumber, Kailee dari Minnesota ni sangat suka dan gembira dengan berat badan yang macam tu. Bestla kot dapat makan banyak, hehe

5. Sassy-lebih 40 paun

Sassy ni dulunya terkenal di internet dengan nama Munchkin Si Kucing Raksasa dek kerana kebesarannya tu. Tapi sayang, Sassy dah takde sekarang ni :(
4. Mikesch-41 paun

Pemilik Mikesch kata Mikesch ni sangat benci berjalan. Dia akan duduk diam je sepanjang hari.

3. Katy-42 paun

Menurut pemilik Katy, Katy ni tak makan banyak pun. Tapi tak pasti macam mana dia boleh jadi gemuk macam tu.

2. Prince Chunk-44 paun

Prince Chunk ni dulunya dibuang oleh satu keluarga di New Jersey pada tahun 2008. Kemudian ada keluarga baru ambil dia untuk dibela. Lepas tu berat badan dia naik sampai 44 paun. Tak taula keluarga dia yang baru ni bagi makan apa kat dia.

1. Mitzi-46 paun

Mitzi ni merupakan baka Maine Coon. Dan seperti yang kita tau baka Maine Coon ni memang semulajadi besar. Tapi biasanya purata berat kucing baka Maine Coon cuma 9-18 paun saja. Tapi Mitzi mampu mencapai berat sehingga 46 paun! Tapi selepas diet yang amat ketat, Mitzi akhirnya kehilangan sebanyak 17 paun.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...