- Bom Haiwan
7. Bom Haiwan
Pada waktu sekarang, banyak pertubuhan bebas membela nasib haiwan berbanding ketika Perang Dunia ke-2 kerana pada masa itu mereka tidak mengambil peduli. Semasa perang dunia ke-2 Amerika Syarikat menghasilkan bom haiwan dengan menggunakan kelawar kerana haiwan tersebut mudah dijumpai dan kecil. Berlainan pula dengan British pada ketika itu cuba menghasilkan bom dengan menggunakan bangkai tikus dengan meletakkan bom didalamnya. Soviet Union, pula kemudiannya menghasilkan Anjing Anti-kereta kebal yang dilatih untuk meletupkan kereta kebal.
Idea Siapakah Ini ?
Mastermind disebalik pembuatan bom tersebut datang dari seorang doktor gigi Lytle S. Adams. Idea tersebut diterima oleh Presiden Roosevelt pada 1942 untuk dijadikan senjata.
- Breaker Sword
6. Sword Breaker
Sejenis senjata yang digunakan pada Zaman pertengahan, senjata yang menyerupai pedang tetapi mempunyai potongan yang berbeza. Sering digunakan dalam perlawanan jarak dekat yang mampu membunuh pihak musuh apabila terkana tikaman dan sedikit pusingan Yang menyakitkan sekiranya terkena.
Idea Siapakah Ini ?
Pencipta senjata ini tidak diketahui kerana banyak digunakan oleh kesatria.
- Man Catcher
5. Penangkap Manusia ( The Man Catcher )
Senjata ini digunakan untuk menumbang pihak musuh yang berada diatas kuda dengan meletakkan senjata tersebut dileher mereka dan menjerutnya. Alat ini juga sering digunakan untuk menyeksa tahanan perang .
Idea Siapakah Ini ?
Tidak siapa pun tahu bagaiman senjata ini boleh wujud tetapi sering digunkan pada zaman kegelepan dan masih digunakan sehingga abad ke-18.
- Puckle Gun
4. Senjata Api Berkaki Tiga
Senjata ini kelihatan seperti Mesingan. Ia dicipta sebagai senjata kapal Laut yang digunakan untuk menyerang pihak lawan dengan 63 tembakan dalam 7 minit. Apa yang membuatnya ia menjadi pelik adalah terdapat dua bentuk pengisian peluru iaitu peluru bulat dan peluru petak. Dikatakan peluru petak lebih menyakit sekiranya terkena pihak musuh.
Idea Siapakah Ini ?
Senjata ini dicipta oleh seorang peguam dan penulis iaitu James Puckle pada 1718.
- Lantern Shield
3. Perisai Lantern ( Lantern Shield )
Perisai yang dihasilkan pada zaman Renaissance , sebenarnya alat ini mempunyai dua kebolehan iaitu boleh digunakan sebagai pertahanan dan serang. Dibina dengan bentuk perisai serta ditambah dengan pedang yang tajam. Sering digunakan sebagai alat pertahanan yang digunakan oleh kesastria pada ketika itu.
Idea Siapakah Ini ?
Tidak diketahui siapa yang menciptanya tetapi wujud pada abad ke-16 di itali.
- Habakkuk Project
2. Kapal Habakkuk
Semasa perang dunia ke-2 , logam merupakan komoditi yang bernilai pada masa itu. Pihak bersekutu kehilangan banyak kapal akibat peperangan. Jadi kerajaan british bercadang unuk membina sebuah Pykrete @ Kapal ( Gabungan Ais dan Pulpa kayu ). Selepas menjalan penyelidikan, mereka membuat keputusan untuk membinanya dengan panjang berukuran 2000 kaki panjang dan 40 kaki untuk rangka badan kapal yang berkemampuan membawa 150 buah kapal terbang. Pykrete itu sendiri diperbuat dengan 14% pulpa kayu dan 86 % air dimana ia mudah dibaiki sekiranya berlaku kerosakan .
Idea Siapakah Ini ?
Pykrete ini dibina oleh Geoffrey Pyke semasa beliau bekerja di bahagian Ibu Pejabat Operasi Gabungan.
- Bom Gay
1. Bom Gay
Dikenali sebagai halitosis bom atau bom gay yang secara teorinya kan melepaskan gas pheromones perempuan yang kuat. Bom ini akan membuat pihak musuh mempunyai sifat tarikan kaum sejenis yang menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian dan mudah untuk diserang.
Idea Siapakah Ini ?
Bom Gay ini tidak pernah dibina tetapi ideanya dikembangkan oleh United States Air Force pada tahun 1994. Kertas cadangan mengenai Bom Gay ini ditemui oleh Sunshine Project melalui permohonan hak kebebasan maklumat.
kalo suka sila share :)