
3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami
disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut
dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu
sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
7- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia
8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu
bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka

9- Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah
bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan
kemesraan.