Sejurus
bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan
wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.