Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa
teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan
penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat
jelas.
Salah satu kaedah mengesan penipuan pada masa sekarang ialah menggunakan pengimejan ke atas otak melalui
getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut
dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan
penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan
dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat
dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah
FMRI.
Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.
Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.
Mengapa hal ini berlaku?.
Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi
mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk
menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses
pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya
kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial
inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga
kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga
aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate
gyrus.
Ubun-ubun yang menipu menurut Al-Quran
Ubun-ubun yang menipu menurut Al-Quran
Sekarang adalah masanya untuk berkongsi keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan
dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

pst- tiba-tiba teringat cerita lie to me