widget

Sunday, October 2, 2011

Tidur nyenyak di stesen kereta api




KITTLER ditinggalkan oleh rakan-rakannya di sebuah stesen kereta api dekat Warngau.




WARNGAU - Seorang pemuda, Gerle Kittler terkejut besar apabila dia yang tersedar daripada tidur dan mendapati dirinya berada di atas sebuah sofa di sebuah stesen kereta api lebih enam kilometer dari rumahnya.

Beberapa anggota polis yang meronda di sini turut hairan apabila melihat dia tidur dengan nyenyak di platform stesen kereta api itu.

Dia kemudian dikejutkan untuk disoal siasat.

Kittler, 25, sebenarnya menjadi mangsa gurauan beberapa rakannya selepas dia tertidur di atas sofa semasa menghadiri sebuah parti di sini, di negeri Bavaria.

Mereka menolak sofa tersebut menaiki sebuah kereta api yang berhenti di sebuah sebuah stesen kereta api lain.

Dia yang masih lena di atas sofa tersebut kemudian ditinggalkan oleh rakan-rakannya di stesen tersebut selepas kereta api itu berhenti. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

'Bangkai' misteri mirip makhluk asing ditemui



GAMBAR menunjukkan sebatang kayu dipenuhi dengan teritip yang disangka makhluk asing di sebuah pantai di Wales.



BATANG kayu yang dipenuhi teritip itu mempunyai
'belalai-belalai kecil'.























CARDIFF - Satu 'bangkai misteri' menyerupai bentuk makhluk asing mengejutkan orang ramai selepas ia ditemui terdampar di sebuah pantai di Wales.

Bangkai yang panjang sekurang-kurangnya dua meter itu mempunyai banyak 'belalai kecil' di celah-celah teritip.

Ia disifatkan oleh seorang pakar zoologi seperti makhluk yang pernah muncul dalam siri televisyen popular Doctor Who.

Beberapa saintis menyatakan 'makhluk' itu sebenarnya kelompok teritip seperti kupang yang melekat pada sebatang kayu yang kemudian dihanyutkan oleh arus ke tepi pantai.

"Seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan apabila melihat 'makhluk' tersebut. Saya tidak menyalahkannya kerana ia amat ganjil," kata seorang pakar zoologi, Profesor Paul Brain dari Universiti Swansea.

Menurutnya, terdapat beribu-ribu teritip pada batang kayu itu dan himpunan tersebut membentuk imej seperti makhluk asing dari angkasa lepas. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Lelaki menyamar wanita untuk berkahwin



RAHMAT SULISTYO (kiri) yang menyamar sebagai wanita berkahwin dengan Muhammad Umar di Kampung Bojongsari, Indonesia pada 19 September 2010.


BEKASI - Seorang lelaki, Rahmat Sulistyo yang menyamar sebagai wanita dan berkahwin dengan lelaki lain didakwa di sebuah mahkamah semalam, lapor akhbar dalam talian Kompas.com.

Dia didakwa menggunakan identiti palsu dan menyamar sebagai wanita bernama Friska Anatasya Oktaviany semasa berkahwin dengan seorang lelaki, Muhammad Umar.

Lelaki itu berkahwin dengan Muhammad di rumahnya di Kampung Bojongsari, Kelurahan Jatisari, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi pada 19 September 2010 selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.

Dalam pendakwaan semalam yang merupakan hari pertama perbicaraan, Rahmat didakwa memalsukan keterangan dalam dokumen pernikahan dan menggunakan dokumen palsu.

Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara tujuh tahun.

Semasa pernikahan itu, penghulu di kampung tersebut tidak mengetahui bahawa Rahmat menyamar sebagai seorang wanita.

Identiti sebenar Rahmat terbongkar enam bulan selepas dia bernikah setelah suaminya memeriksa tubuh 'isterinya' itu ekoran rungutan jiran-jiran mereka bahawa kelakuannya seperti lelaki. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Lingkaran cahaya unik di kaki Gunung Everest



ANTON JANKOVOY berjaya merakamkan gambar lingkaran cahaya yang unit di kaki Gunung Everest di Nepal.


KATHMANDU, Nepal - Seorang jurugambar Ukraine, Anton Jankovoy merakamkan fenomena lingkaran cahaya bintang di kaki puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest.

Lingkaran cahaya bintang merupakan gelombang cahaya yang mengandungi pelbagai sebatian kimia termasuk helium dan hidrogen.

Jankovoy yang berusia 23 tahun berkata, dia berkhemah selama tiga bulan di kaki gunung tersebut sambil menunggu cuaca yang sesuai sebelum dapat merakam fenomena alam menakjubkan itu.

"Kita perlu banyak bersabar untuk merakamkan gambar lingkaran cahaya bintang kerana imejnya memerlukan pengatup kamera dibuka agak lama," kata Jankovoy. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Katie Holmes mulai bosan



GAMBAR fail ini menunjukkan Holmes dan Cruise melawat lokasi sebuah litar perlumbaan di Laguna Seca, California.


LOS ANGELES - Aktres terkenal, Katie Holmes yang juga isteri kepada aktor popular, Tom Cruise mengusir saudara maranya yang menganuti ajaran Scientologi keluar daripada kediamannya.

Sejak Cruise dan Holmes berkahwin serta dikurniakan seorang anak, Suri pada 2006, kediaman mereka di Beverly Hills sering dikunjungi oleh rakan-rakannya yang menganuti ajaran Scientologi.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, Holmes, 29, yang popular dengan filem Batman Begins itu sudah bosan dengan kehidupan seperti satu kumpulan besar.

"Setiap hari, suasana di kediaman pasangan itu seperti satu perjumpaan keluarga yang besar," katanya.

Apabila pasangan itu berpindah ke kediaman mereka di Beverly Hills baru-baru ini, Holmes mendesak untuk diberikan lebih ruang bersama keluarganya.

Holmes menegaskan bahawa semua orang perlu keluar dari kediamannya yang berharga AS$35 juta (RM114 juta) kecuali Suri dan dua anak Cruise.

Cruise sebelum ini mempunyai dua anak hasil perkahwinannya dengan aktres Nicole Kidman. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Cameron Diaz mahu pinggul besar

























Tak cukup dengan kecantikan dan bentuk badan ideal yang dimiliki, Cameron Diaz mahukan tubuh yang lebih langsing berbanding hari ini.

Malah bintang What Happens In Vegas ini memberitahu dia akan lebih gembira jika memiliki pinggul yang terbentuk.

"Saya aktif dalam kehidupan seharian dan banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti sukan.

Selain itu, membaca buku juga membuatkan diri saya lebih bertenaga. Jika anda nak tahu, saya lebih gemar untuk menambahkan berat badan saya kerana gemarkan wanita berbadan montok. Saya inginkan pinggul besar!" katanya kepada majalah Britain's Look.

Cameron turut memberitahu bahawa keyakinan dirinya timbul sejak keluarganya sering memuji dalam setiap perkara yang dilakukannya.

"Saya didedahkan dengan banyak perkara yang membabitkan keyakinan diri saya ketika zaman kanak-kanak, sehinggakan sesetengah orang kata ibu bapa saya terlampau memanjakan saya," katanya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Pondan mati pakai gaun wanita



ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki berpakaian wanita yang mati dibunuh di Jalan Love, George Town.




























GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang berpakaian gaun wanita ditemui mati dipercayai menjadi mangsa bunuh di Lorong Love di sini.

Kejadian pada pukul 1.15 petang itu berlaku di hadapan sebuah kuil yang terletak di Lorong Love yang juga dikenali sebagai lokasi banyak berlaku maksiat membabitkan golongan pondan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai dihentak dengan tukul besi pada bahagian kepala itu mati di tempat kejadian.

"Mengikut beberapa saksi, mangsa yang berjalan seorang diri di kawasan itu tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Lelaki itu dan mangsa dilihat bercakap sesuatu sebelum tercetus pertengkaran antara mereka yang menyebabkan mangsa kemudian dipukul di kepala," kata beliau kepada pemberita.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Ulama cadang haram penyanyi dangdut seksi

 INUL  (atas) Dewi dan Julia Perez  (kiri)   antara penyanyi dangdut  yang diharamkan MUI   mengadakan persembahan.
INUL (atas) Dewi dan Julia Perez (kiri) antara penyanyi dangdut yang diharamkan MUI mengadakan persembahan.
 
 
Cawangan MUI ambil langkah jaga akhlak rakyat

JAKARTA: Sebuah cawangan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bercadang mengharamkan penyanyi dangdut sensasi termasuk Inul Daratistam, Dewi Persik dan Julia Perez daripada mengadakan sebarang persembahan, dalam apa yang disifatkan sebagai langkah ke arah menjaga akhlak rakyat.

Tindakan ini menyusul pengharaman yang dilakukan MUI cawangan Sumatera Selatan, sebuah institusi ulama yang ditubuhkan bekas presiden Suharto. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar, manakala yang dikeluarkan biasanya tidak dipedulikan.

Selain Inul, Dewi dan Julia, Setiausaha Agung MUI cawangan Jawa Barat, Rafani Achyar berkata pihaknya mahu mengharamkan persembahan Anisar Bahar, Uut Permatasari, Ira Swara, dan kumpulan Trio Macan.

Beliau berkata tindakan diambil ke atas perbuatan penyanyi itu, bukan terhadap muzik penyanyi itu sendiri.

“Alasan seni tidak boleh digunakan untuk membenarkan kelakuan tidak bermoral seseorang penyanyi. Seni adalah sesuatu yang indah dan bukan untuk mewujudkan kekecohan atau jenayah. Wanita boleh bekerja mencari sara hidup tetapi mereka tidak boleh mengorbankan perkara yang berkaitan dengan akhlak,” katanya.

Sementara itu, Julia Perez berkata dia berasa kecewa dengan langkah MUI untuk mengaramkan penyanyi dangdut erotik termasuk dirinya.

“Saya tidak memusnahkan moral sesiapa. Jika saya dianggap seksi saya mohon maaf tetapi saya bukan pembawa masalah, saya juga tidak menyebarkan fahaman baru,” katanya.

Julia berharap dia dapat bertemu dengan jawatankuasa MUI Jawa Barat bagi membincangkan pendirian pertubuhan itu selain menyatakan bahawa senarai lapan penyanyi dangdut yang dinyatakan sudah ‘ketinggalan zaman’.

“Trio Macan sudah dibubarkan sedangkan Ira Swara sentiasa berpakaian sopan,” katanya.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe percaya, tindakan MUI ditujukan kepada penyanyi lagu rancak dan gerak tarian lincah di pentas.

“Adakah saya patut menari perlahan ketika menyanyikan lagu ‘Belah Duren? (Belah Durian),” katanya. – Agensi

INFO: Dangdut

  • Dangdut adalah sejenis muzik popular Indonesia yang sebahagiannya diciplak daripada muzik Melayu, Arab dan Hindustan serta mula diminati pada 1970-an sebelum popular lewat 1990-an.
  • Satu kugiran dangdut biasanya dianggotai seorang penyanyi utama, lelaki atau wanita serta dibantu empat hingga lapan pemuzik lain.
  • Kebanyakan bandar utama Indonesia khususnya di Jawa menjadi lokasi persembahan nyanyian dangdut beberapa kali seminggu dan ada penyanyinya muncul di televisyen.
  • Bermula pada 2003, ada ahli pemuzik dangdut menjadi fokus kontroversi di khususnya Inul Daratista menerusi teknik ‘goyang gerudi’ hingga ada ulama menggelar persembahannya satu bentuk pornografi.
  • Bantahan terbuka diadakan menuntut Inul diharamkan daripada muncul di televisyen dan satu rang undang-undang diluluskan pada 2008 oleh Dewan Permesyuaratan Rakyat mentakrifkan pornografi.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Lecur sebab penyembur nyamuk




Noratikah melecur di muka dan badan akibat terkena letupan tin penyembur nyamuk di Gua Musang.



GUA MUSANG - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Bendahara, Bertam melecur di bahagian muka dan badan selepas terkena letupan sebuah tin penyembur nyamuk di halaman rumahnya di Kampung Jerek Baru dekat sini.

Noratikah Kamarulzaman, 13, yang melecur dalam kejadian pukul 7 petang itu terus dihantar ke Hospital Gua Musang, sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Surihana Awang, 34, berkata, kejadian itu berlaku ketika anaknya sedang membakar sampah seorang diri di halaman rumah tanpa menyedari tin penyembur nyamuk itu ada di dalam timbunan sampah berkenaan.

Katanya, semasa kejadian dia berada di dalam rumah dan selepas terdengar bunyi letupan kuat, dia terus bergegas keluar dan mendapati pakaian Siti Noratikah sedang terbakar.

"Anak saya menangis dengan kuat dan saya terus padamkan api yang sedang menyala di bahagian seluar serta bajunya," katanya.

Surihana berkata, sebaik sahaja api itu dipadamkan didapati Siti Noratikah melecur di bahagian badan serta muka. - Bernama

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Peniaga keranda berebut mayat



PETUGAS pengurus pengebumian menyiapkan satu mayat wanita di Guatemala City.


  GUATEMALA CITY - Pihak pengurusan mayat di ibu negara Guatemala semakin galak sehingga pengendali bisnes itu mendapat gelaran sinis sebagai 'Calaqueros' atau penjual tengkorak.

Mereka sanggup mengejar ambulans, menunggu di luar bilik mayat atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga si mati bagi menjual pelbagai pakej pengebumian.

Bandar ini yang terkenal dengan kadar pembunuhan tinggi menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa seperti polis dan bomba bagi mendapatkan mayat.

Mereka juga sedia menawarkan bantuan daripada permohonan sijil kematian atau permit pembakaran mayat kepada jualan keranda dengan harga semurah AS$150 (RM515).

Pengendali bisnes ini ada di mana-mana malah sebuah rumah pengurusan mayat di sini terletak dalam bekas bengkel kenderaan yang kini menjual keranda dan pelbagai urusan mayat.

Perang antara beberapa kumpulan samseng dan pengedar dadah menjadikan Guatemala City antara 10 bandar raya paling bahaya di dunia yang mencatat kadar kematian tertinggi. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

'Bapaku kini mak nyah'



EMILY WALLIS dan bapanya Chloe Harrison di Sussex, England.


  SUSSEX - Misi Emily Wallis mencari bapanya yang terpisah sejak bayi berakhir dengan pengalaman luar biasa setelah mendapati bekas petinju tersebut bertukar jantina.

Ibu Emily menggambarkan bapanya, Clive Harrison sebagai 'Kuda Itali' tetapi kini lelaki itu mahu dikenali sebagai Chloe, 52.

Emily berkata, Chloe kelihatan seperti nangka yang sarung baju berwarna perak, memakai alat solek dan rambut palsu.

"Lidah saya kelu tidak terkata apa-apa. Apa yang boleh saya katakan 'Ayah lebih cantik daripada saya, saya sukakan kasut ayah'," kata Emiliy di sini.

Katanya, dia mula menyedari memiliki seorang bapa kandung setelah mendapati perbezaan ketara pada wajahnya dengan tiga adiknya yang lain.

Rahsia terbongkar Emily ketika berusia 19 tahun apabila ibunya, Ann, 47, mendedahkan bahawa dia ialah anak hasil hubungannya dengan Chloe.

Ann yang tinggal di Hastings, East Sussex memberitahu Emily, dia pernah bertemu Chloe di Herne Bay, Kent pada 2005 dan sejak itu bapanya berhasrat untuk bertemu anaknya.

Namun, ibunya terputus hubungan kerana nombor telefon yang diberi Chloe tercicir sehinggalah seorang rakan memaklumkan Chloe berada di sini. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Dua pemburu parah 'ditembak' anjing



SEORANG pemburu bersama anjingnya di Scotland.


PERTHSHIRE - Dua pemburu parah akibat terkena tembakan setelah seekor anjing terpijak selaras senapang patah yang diletakkan di atas tanah.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu merupakan sebahagian daripada lebih lapan sekawan yang keluar menembak angsa liar di sebuah tanah pertanian di negeri Scotland di sini.

Ketika kejadian, kumpulan pemburu tersebut sedang leka berpesta di lokasi tersebut. Pihak paramedik mengesahkan seorang pemburu cedera parah pada bahagian kaki dan tangan manakala rakannya turut luka di kaki.

Polis berkata, insiden itu bukan perbuatan khianat dan seorang lelaki akan didakwa kerana cuai menurut Akta Senjata Api.

"Semua senapang mereka penuh dengan peluru kerana angsa liar sukar ditembak," kata seorang pemburu tempatan. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Rujukan bahasa Inggeris


Laman sesawang www.citcat.com boleh dijadikan rujukan buat anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris, Mandarin dan Indonesia.






SUKAR untuk mencari maksud sebenar bagi setiap perkataan bahasa Inggeris yang tidak anda ketahui?

Atau anda ingin mencari perkataan bahasa Inggeris yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan tepat?

Usah pening kepala mencari kamus dan menyelak setiap helaian muka surat yang mungkin sudah terkoyak di helaian tertentu bagi mencari maksud sebenar perkataan tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengunjungi alamat www.citcat.com di komputer peribadi anda dan klik pada beta. Kemudian, anda perlu klik pada perkataan translate dan isikan kotak kosong berwarna putih yang disediakan dengan perkataan-perkataan yang anda tidak tahu maksudnya.



LAMAN web ini telah menerima kunjungan daripada 99,719 orang dari seluruh negara.



Selain terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, laman web itu juga menyediakan terjemahan bagi bahasa Mandarin dan bahasa Indonesia.

Menariknya, laman web tersebut turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti Explore (melayari pelbagai laman web lain) dan Interact (berinteraksi dengan individu-individu lain dan mencari panduan ke sesuatu tempat berpandukan peta yang disediakan).

Lebih mengujakan, laman web itu turut menyediakan menu-menu di setiap restoran dan hotel, selain anda boleh menempah tiket wayang melalui kemudahan di bahagian Lifestyle.






Setakat ini, laman web tersebut telah menerima kunjungan daripada 99,719 orang dari seluruh negara.

Mengenai laman web tersebut, ia telah dibangunkan oleh syarikat Linguamatix Sdn. Bhd. yang berpusat di Mid Valley, Kuala Lumpur.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Polis maut diserang hendap banduan



PEGAWAI polis berdiri di luar Forza Coffee Shop setelah empat rakan mereka ditembak di Tacoma, Washington.


PARKLAND - Seorang bekas banduan dipercayai melepaskan tembakan balas dendam terhadap empat anggota polis peronda yang berbincang mengenai pengagihan tugas di sebuah kedai kopi di sini.

Jurucakap syerif Pierce County, Ed Troyer berkata, pihak polis sedang mencari suspek berumur 37 tahun yang dikenali sebagai Maurice Clemmons (gambar kecil).






















Menurutnya, suspek melangkah masuk ke dalam kedai pada pukul 8.15 sebelum duduk di kaunter seperti hendak membuat pesanan.

Namun seorang pelayan Forza Coffee Shop melarikan diri ke belakang kedai setelah ternampak selaras senapang yang dibawa suspek.

Troyer berkata, suspek kemudian melepaskan tembakan rambang seperti satu serangan hendap terhadap mangsa yang sedang duduk menyebabkan dua mangsa meninggal dunia serta-merta.

Siasatan awal mendapati mangsa ketiga sempat bangun tetapi mati ditembak sejurus berdiri.

Menurut Troyer, pegawai polis keempat yang turut cedera sempat membalas tembakan dan bergelut dengan suspek tetapi dia akhirnya meninggal dunia di kaki lima kedai kopi berkenaan.

"Kami percaya mereka bergelut, bertengkar, bergaduh... sehingga ke luar pintu (kedai kopi)," kata Troyer.

Clemmons mempunyai sejumlah rekod jenayah sejak berumur 17 tahun di negeri Arkansas termasuk merompak dan mencuri, kata kenyataan.

Clemmons baru-baru ini pernah ditahan di Pierce County di Washington kerana mengasari seorang pegawai polis dan tuduhan merogol kanak-kanak.

Mangsa yang bertugas di sebuah balai di sini dikenal pasti sebagai Sarjan Mark Renninger, 39; Ronald Owens, 37; Tina Griswold, 40, dan Greg Richards 42.

Pemilik Forza Coffee Shop, Brad Carpenter berkata, semua pekerjanya selamat. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Profesor Oxford sokong permainan Internet



SEORANG pelajar universiti bermain permainan komputer Internet di Chongqing, China. - Gambar hiasan


LONDON - Seorang profesor di Universiti Oxford, Marcus du Sautoy mendakwa permainan melalui Internet dapat merangsang minat kanak-kanak terhadap subjek matematik.

Malah Du Sautoy mendapati, ramai pelajar berusia antara 11 hingga 16 tahun yang menggemari pelajaran matematik tetapi akhirnya kehilangan minat serta menjadi bosan terhadap matematik.

Du Sautoy, 44, yang bimbang dengan keadaan itu, membantu mewujudkan sebuah laman web matematik menggunakan ilustrasi seperti komik Jepun dan ia dikenali sebagai Manga High.

Ia menawarkan permainan dengan corak arked yang memberi sasaran untuk mendidik kanak-kanak sekolah kepada topik khusus kurikulum seperti geometri dan persamaan kuadratik.

Laman itu dicipta oleh Toby Rowland, pengasas bersama King.com, antara syarikat permainan Internet terbesar dunia dan juga anak kepada jutawan mendiang Tiny Rowland.

"Saya pernah melihat anak saya bermain Internet dan apabila Toby menemui saya, kami berbincang jika semua kemahiran itu dimajukan bersepadu. Ia cabaran menarik," kata Du Sautoy.

Beberapa sekolah di London dan di Amerika Syarikat sudah mencuba permainan itu yang meminta murid memasukkan koordinat tertentu pada graf bagi 'menyelamat' bumi. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

'Saya gantung anjing saya - ha, ha'



SEORANG remaja, Kamil Hric dari Slovakia menyiarkan gambarnya menggantung anjing peliharaannya di laman sosial Facebook.


POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook.

Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."

Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.

Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Bomoh bela buaya depan rumah



DUA ekor buaya tembaga ini ditempatkan di pejabat Perhilitan di Seremban selepas dirampas dari rumah seorang bomoh di Senawang semalam.


SEREMBAN - Rahsia seorang pengamal perubatan tradisional membela sepasang buaya tembaga dalam tangki air di halaman rumahnya sejak enam tahun lalu akhirnya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri menyerbu rumahnya di sini dan merampas reptilia berkenaan.

Lelaki keturunan India berusia 61 tahun itu turut ditangkap dalam operasi  di rumahnya yang terletak di Taman Marida, Senawang.

Pasukan Perhilitan yang bertindak atas maklumat awam kemudian memindahkan kedua-dua reptilia itu yang masing-masing berukuran dua meter dan 1.5 meter panjang dari halaman rumah lelaki tersebut sebelum dihantar ke Zoo Melaka.

Dalam serbuan itu, mereka turut menemui kulit seekor ular tedung selar dan trofi tanduk rusa yang digantung pada dinding.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd. Zaide Mohamed Zin berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu tidak mempunyai permit untuk menternak buaya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

pertandingan mengejar keju



PARA peserta berdepan risiko patah tengkuk dalam acara mengejar keju di Gloucester, Britain.


GLOUCESTER, Britain - Seramai 12 orang peserta berlari dan berguling ke kaki sebuah bukit untuk mengejar gulungan keju seberat 3.6 kilogram dalam pertandingan mengejar keju.

Acara ini merupakan acara tidak rasmi selepas penganjurannya dibatalkan  kerana ia dianggap terlalu berbahaya.

Sebelum ini, pertandingan mengejar keju merupakan acara tradisi di sini.

Beratus-ratus orang menonton acara berbahaya itu selepas makluman mengenainya disiarkan di laman sosial Facebook dan Twitter.

Para peserta terjatuh, berguling dan melakukan balik kuang semasa mengejar gulungan keju itu di Bukit Cooper di sini.

Juara kategori lelaki Chris Anderson, 23, dan Jo Guest, 14, memenangi acara wanita kerana berjaya menyambar gulungan keju tersebut. Masing-masing menerima tiga gulungan keju Gloucester sebagai hadiah. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kerap hamil jejas tulang


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.




















Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

























“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kenapa Pasir Mas dianggap bandar paling mewah dan selamat di Kelantan?

Emas kaki lima







SEORANG pengusaha sedang membuat gelang daripada manik kristal mengikut tempahan pelanggannya.



PASAR Besar Pasir Mas yang sudah usang ini pernah terbakar beberapa kali.



























AKTIVITI jual beli emas agak unik di Pasir Mas, Kelantan. Ini kerana ia lebih banyak dilakukan di kaki lima kedai berbanding di dalam kedai emas sendiri.

Che Som Ahmad, 47, misalnya sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’.

“Adik, nak jual emas?,” tanyanya dalam dialek Kelantan. Dan pada kebanyakan masa pertanyaannya itu mendapat reaksi positif daripada wanita yang lalu lalang. Mereka tanpa segan silu datang dan bertanyakan harga emas semasa.

Sebaik mereka menunjukkan barang kemas, Che Som yang lebih mesra disapa Kak Som mengeluarkan pula alat penimbang mudah alih miliknya dari dalam laci meja.


RUMAH agam pengusaha dodol dan serunding, Hajah Wan Sabariah yang cukup menarik perhatian.



AYAM percik ini habis dijual pada pukul 4 petang setiap hari.



PEMANDANGAN di kilang menghasilkan serunding Wan Sabariah di Pasir Mas, Kelantan.



ETAK - makanan ringan yang menjadi kegemaran penduduk setempat yang dapat ditemui di Pasar Munduk.










































“Pasir Mas masih selamat berbanding Kuala Lumpur. Tetapi kami sentiasa berjaga-jaga juga,” kata Che Som yang sebelum ini sekadar menggunakan kerusi tanpa meja untuk berurus niaga.

Bukan peniaga emas sahaja yang menjadi tarikan di pekan ini. Melewati pasar besar tua Pasir Mas dan Pasar Munduk yang mengapit rel kereta api, cubalah hidangan yang jarang dapat ditemui di tempat lain seperti etak dan cucur sira.

Harga makanan segar atau keringnya lebih murah. Di pasar terbuka itu juga terdapat sebuah gerai yang turut membuat demonstrasi menghasilkan gelang kristal dalam pelbagai corak dan rekaan.

Alang-alang di sini, jangan terlepas melihat sebuah bangunan dua tingkat berwarna hijau bersulam warna emas dan mendapat sentuhan seni bina berunsur Siam.

Itulah kediaman Hajah Wan Sabariah dan Haji Ismail yang memang cukup terkenal di Kelantan sebagai pengusaha serunding dan dodol.


CHE SOM sebelum ini hanya berurus niaga dengan sebuah kerusi dan menimbang emas yang akan dibeli di lantai kaki lima secara terbuka.


Biarpun agak sukar untuk bertemu dengan pemiliknya, pengurus tempat yang turut beroperasi sebagai kilang itu tidak pula menghalang orang ramai untuk melihat sendiri cara dodol dan serunding dihasilkan di kilang mereka.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Pecah kayu dengan payu dara



GAMBAR menunjukkan Susan Sykes memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya dalam satu program bakat televisyen di Jerman baru-baru ini.


BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya.

Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.

Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.

Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen. 

"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Senaman Kegel kawal kencing

MENANGANI masalah lemah kawalan kencing tidaklah serumit yang disangka oleh kebanyakan wanita.

Wanita mempunyai pilihan sama ada memahami masalah tersebut lebih mendalam, belajar cara mengawalnya atau berdepan dengan tekanan emosi.

Inkontinens tekanan merupakan sejenis masalah lemah kawalan kencing yang dialami oleh golongan wanita sewaktu mereka ketawa, bersin, batuk atau bersenam.




 demonstrasi senaman Kegel.


“Mereka yang menghadapi masalah ini perlu mengubah gaya hidup dengan melakukan senaman pemulihan otot pelvik seperti Kegel dan senaman pengawalan pundi kencing, menjaga diet serta menggunakan pelapik berkesan untuk kekal kering dan selesa sepanjang hari.”

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Majalah pilih model berisi



GAMBAR muka depan Just As Beautiful.




















LONDON - Sebuah majalah Just As Beautiful di Britain menggunakan pendekatan berlainan daripada kebiasaan apabila ia menampilkan model-model wanita yang berisi berbanding kurus.

Menurut sebuah akhbar, majalah itu akan menyiarkan artikel mengenai fesyen, masakan dan gaya hidup tetapi tidak mengandungi maklumat cara-cara untuk berdiet.

Editor majalah itu, Sue Thompson berkata, dia mahu para pembaca mengetahui bahawa mereka tidak perlu mengubah penampilan untuk menjadi kurus.

Menurutnya, ramai orang berfikir mereka perlu untuk berubah setelah terdedah dengan mesej mengenai perubahan bentuk badan.

Majalah itu diterbitkan tiga tahun lalu sebagai penerbitan digital percuma menerusi e-mel dengan edaran 30,000 naskhah.

Bagaimanapun, akhirnya ia dijadikan majalah bulanan dan dijual di beberapa kedai terpilih dan secara langganan pada harga £4.70 (RM23.01).

Penerbit majalah itu, Ronnie Ajoku berkata: "Majalah ini ada kelas dan bukannya majalah lucah.
"Tidak ada seksyen diet tetapi kami mempunyai maklumat mengenai senaman." - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Berlari guna kasut tinggi



BEBERAPA wanita berlari menggunakan kasut bertumit tinggi di Sydney


SYDNEY - Empat wanita Australia mencipta rekod dunia berlari berganti-ganti dengan menggunakan kasut bertumit tinggi 7.5 sentimeter.

Kuartet dari bandar raya Canberra yang dikenali sebagai Pinkettes menang dalam pertandingan itu dengan masa satu minit empat saat sejauh 100 meter.

Kumpulan itu memenangi hadiah A$10,000 (RM29,954) dan empat anggota kumpulan tersebut merancang menggunakan wang itu untuk melancong ke Thailand. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kanak-kanak dua tahun setinggi 1.34 meter



GAMBAR menunjukkan Karan Singh (kiri) berdiri bersama rakan-rakan sebaya.


NEW DELHI - Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia.

Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter.

Menurut ibu Karan, dia berharap anaknya itu akan mengatasi ketinggiannya.

Ibu budak itu mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.

Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi.

"Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya.

Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.

Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Aksi berani cuci tingkap di tingkat 34



GAMBAR yang lebih jelas menunjukkan pekerja lelaki mencuci tingkap tingkat 34 tanpa memakai peralatan keselamatan.


DUBAI - Seorang pekerja lelaki mencuci tingkap di tingkat 34 sebuah bangunan apartmen di Pantai Jumeirah di sini tanpa memakai peralatan keselamatan.

Pekerja itu mencuci tingkap tersebut pada ketinggian ratusan meter dalam keadaan selamba dengan berdiri di tepi tingkap untuk mencuci cermin.

Pembangunan yang pesat di Dubai menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai imigran asing untuk bekerja di dalam industri pembinaan. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Planet digelar Bumi Baru ditemui



LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Jantung dipotong tumbuh semula



KIRSTY COLLIER ketika dirawat di sebuah hospital selepas menjalani pembedahan pada 1998.



Collier


LONDON - Seorang kanak-kanak perempuan di England, Kirsty Collier mengejutkan pakar-pakar perubatan setelah jantungnya tumbuh semula walaupun sepertiga organ tersebut dibuang menerusi pembedahan.

Kanak-kanak yang kini berusia 10 tahun itu mengalami masalah jantung ketika dilahirkan sehingga terpaksa menjalani pembedahan empat bulan kemudian.

Pakar jantung Universiti Oxford, Profesor Stephen Westaby berkata, beliau terpaksa memotong sebahagian jantung Collier yang membengkak sebagai usaha terakhir bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

"Saya mengakui bahawa saya tidak yakin cara itu akan berkesan. Jantung Collier menjadi lebih kecil tetapi di luar jangkaan saya, organ itu berdenyut kembali," katanya.

Hampir 10 tahun selepas pembedahan itu, ujian imbasan jantung menunjukkan bahagian yang dipotong sembuh dan Collier yang tinggal di daerah Gloucestershire, England berupaya menjalani kehidupan seperti biasa.

"Jantung orang dewasa tidak dapat sembuh seperti itu. Ia merupakan fenomena ajaib yang amat menakjubkan," tambah profesor tersebut.
- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Dua kali dapat kembar hitam putih



HAYLEIGH (kiri) dan Lauren masing-masing memangku Leah serta Miya di London
baru-baru ini.


LONDON - Sepasang suami isteri di Britain terkejut apabila mereka sekali lagi mendapat bayi kembar hitam putih yang dinamakan Leah dan Miya.

Kembar perempuan itu dilahirkan dengan kulit yang gelap tetapi selepas beberapa minggu, kulit Leah kelihatan cerah seperti ibunya, Alison Spooner yang berketurunan Inggeris manakala Miya pula lebih menyerupai bapanya Dean Durrant, seorang etnik kulit hitam.

"Saya terkejut apabila mengetahui saya hamil dengan anak kembar buat kali kedua tetapi tidak pernah terfikir bahawa mereka juga seperti kakak-kakak mereka," kata Alison.

Bagaimanapun, menurut ibu muda berusia 27 tahun itu, mereka lebih bersedia menerima kehadiran Leah dan Miya selepas mengalami pengalaman serupa apabila kakak mereka Hayleigh dan Lauren dilahirkan.

Apabila kembar sulung itu dilahirkan pada 2002, pasangan suami isteri tersebut sukar mempercayai bahawa Lauren memiliki mata biru dan rambut merah manakala Hayleigh memiliki iras bapanya dan berkulit hitam.

"Kemungkinan mendapat anak kembar seperti itu dua kali berturut-turut adalah amat jarang," kata Dean. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney



PESAWAT ringan Cheetah S200 tersangkut di antara kabel keluli roda Ferris sebelum juruterbang dan penumpangnya diselamatkan.


SYDNEY - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut.

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.
Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...