widget

Sunday, October 2, 2011

Jantung dipotong tumbuh semula



KIRSTY COLLIER ketika dirawat di sebuah hospital selepas menjalani pembedahan pada 1998.



Collier


LONDON - Seorang kanak-kanak perempuan di England, Kirsty Collier mengejutkan pakar-pakar perubatan setelah jantungnya tumbuh semula walaupun sepertiga organ tersebut dibuang menerusi pembedahan.

Kanak-kanak yang kini berusia 10 tahun itu mengalami masalah jantung ketika dilahirkan sehingga terpaksa menjalani pembedahan empat bulan kemudian.

Pakar jantung Universiti Oxford, Profesor Stephen Westaby berkata, beliau terpaksa memotong sebahagian jantung Collier yang membengkak sebagai usaha terakhir bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

"Saya mengakui bahawa saya tidak yakin cara itu akan berkesan. Jantung Collier menjadi lebih kecil tetapi di luar jangkaan saya, organ itu berdenyut kembali," katanya.

Hampir 10 tahun selepas pembedahan itu, ujian imbasan jantung menunjukkan bahagian yang dipotong sembuh dan Collier yang tinggal di daerah Gloucestershire, England berupaya menjalani kehidupan seperti biasa.

"Jantung orang dewasa tidak dapat sembuh seperti itu. Ia merupakan fenomena ajaib yang amat menakjubkan," tambah profesor tersebut.
- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...