LOS ANGELES - Aktres terkenal, Katie Holmes yang juga isteri kepada aktor popular, Tom Cruise mengusir saudara maranya yang menganuti ajaran Scientologi keluar daripada kediamannya.
Sejak Cruise dan Holmes berkahwin serta dikurniakan seorang anak, Suri pada 2006, kediaman mereka di Beverly Hills sering dikunjungi oleh rakan-rakannya yang menganuti ajaran Scientologi.
Bagaimanapun, menurut satu sumber, Holmes, 29, yang popular dengan filem Batman Begins itu sudah bosan dengan kehidupan seperti satu kumpulan besar.
"Setiap hari, suasana di kediaman pasangan itu seperti satu perjumpaan keluarga yang besar," katanya.
Apabila pasangan itu berpindah ke kediaman mereka di Beverly Hills baru-baru ini, Holmes mendesak untuk diberikan lebih ruang bersama keluarganya.
Holmes menegaskan bahawa semua orang perlu keluar dari kediamannya yang berharga AS$35 juta (RM114 juta) kecuali Suri dan dua anak Cruise.
Cruise sebelum ini mempunyai dua anak hasil perkahwinannya dengan aktres Nicole Kidman. - Agensi
No comments:
Post a Comment