WARNGAU - Seorang pemuda, Gerle Kittler terkejut besar apabila dia yang tersedar daripada tidur dan mendapati dirinya berada di atas sebuah sofa di sebuah stesen kereta api lebih enam kilometer dari rumahnya.
Beberapa anggota polis yang meronda di sini turut hairan apabila melihat dia tidur dengan nyenyak di platform stesen kereta api itu.
Dia kemudian dikejutkan untuk disoal siasat.
Kittler, 25, sebenarnya menjadi mangsa gurauan beberapa rakannya selepas dia tertidur di atas sofa semasa menghadiri sebuah parti di sini, di negeri Bavaria.
Mereka menolak sofa tersebut menaiki sebuah kereta api yang berhenti di sebuah sebuah stesen kereta api lain.
Dia yang masih lena di atas sofa tersebut kemudian ditinggalkan oleh rakan-rakannya di stesen tersebut selepas kereta api itu berhenti. - Agensi
blh lena tuh..hehee
ReplyDelete