PERTHSHIRE - Dua pemburu parah akibat terkena tembakan setelah seekor anjing terpijak selaras senapang patah yang diletakkan di atas tanah.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu merupakan sebahagian daripada lebih lapan sekawan yang keluar menembak angsa liar di sebuah tanah pertanian di negeri Scotland di sini.
Ketika kejadian, kumpulan pemburu tersebut sedang leka berpesta di lokasi tersebut. Pihak paramedik mengesahkan seorang pemburu cedera parah pada bahagian kaki dan tangan manakala rakannya turut luka di kaki.
Polis berkata, insiden itu bukan perbuatan khianat dan seorang lelaki akan didakwa kerana cuai menurut Akta Senjata Api.
"Semua senapang mereka penuh dengan peluru kerana angsa liar sukar ditembak," kata seorang pemburu tempatan. - Agensi
No comments:
Post a Comment