widget

Wednesday, March 28, 2012

pernah terlanjur? perlukah beritahu kepada orang?

Ini adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.

Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha. 


Di dalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain.

Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.
 
Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda, “Adakah kamu gila?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kamu sudah berkahwin atau berumah-tangga?”

Lelaki itu menjawab, “Ya”.

Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya, “Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.”

Berdasarkan tingkah laku Rasulullah s.a.w. inilah, para ulama berpendapat bahawa dianjurkan untuk tidak mengaku berzina di hadapan seorang hakim. Lalu mengapa pula perkara itu perlu disebut di hadapan orang lain?
 
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”

Di dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Prof Dr. Hamka, diceritakan pada zaman permerintahan Umar Al-Khattab r.a. terdapat seorang wanita yang telah berzina dan telah mencemarkan nama baik diri sendiri dan abangnya. Beliau merasa kecewa dengan kehidupan dan bertekad untuk melakukan dosa yang lebih besar lagi, iaitu membunuh diri.

Wanita tersebut cuba memotong urat lehernya dengan sebilah pisau. Namun beliau sempat diselamatkan oleh abangnya, lalu dirawati. Setelah sembuh, beliau dipindahkan ke rumah bapa saudara mereka di Madinah. Di sanalah beliau mula memperbaiki kehidupannya dengan bertaubat dan taat beribadat sehingga menjadi seorang wanita yang warak.

Tidak lama kemudian, beliau telah dipinang. Bapa saudaranya berasa gelisah lalu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengadu. Mana mungkin seorang wanita yang pernah terlanjur berkahwin sedangkan perkara itu telah dinyatakan dengan terang dalam surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”

Bapa saudara wanita itu juga menyatakan kepada Umar tiada sesiapa yang mengetahui hal ini, hanya kepada Umar sahaja perkara ini dirujuk.

Lalu berkata Umar r.a., “Jangan engkau sekali-kali membuka rahsia ini kepada orang lain. Tutup mulutmu rapat-rapat. Sekiranya engkau berani menceritakan, nescaya hukuman ke atasmu amat berat. Sekarang, anak saudaramu itu wajib dikahwinkan secara layaknya perkahwinan orang-orang terhormat.”

Penasihat Umar ketika itu, Ubay Bin Ka’ab r.a. juga berada di sisi dan mengetahui hal berkenaan. Ubay r.a. juga telah dipesan supaya merahsiakan hal berkenaan. Lalu berkata Ubay r.a., “Keputusanmu amat tepat wahai Amiril Mukminin, sedangkan orang yang musyrik lagi diterima taubatnya …”

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal ayat 29, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”

Di dalam surah As-Syura ayat 25 Allah telah berfirman, “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”
Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ini adalah kerana, menurut sebuah riwayat daripada Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu semua tidak ada yang melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan suatu makluk yang baru, yang melakukan dosa, lalu mereka memohon keampunan daripadaNya, kemudian Allah mengampuni mereka.” 

Kita harus bersyukur kerana masih lagi beragama Islam dan mengaku Allah itu satu serta nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedangkan di luar sana ramai yang telah jauh terpesong, ramai yang tergolong dari kalangan anti-hadith atau anti-sunnah, ramai terjebak dengan ajaran sesat dan yang paling buruk ialah murtad.

Sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat, sudah tentu Allah bersedia memberi keampunan dan limpah kurniaNya. Keampunan Allah dan rahmatNya akan memberi kesan bagaimana manusia sekeliling melayani dan menerima dirinya.


note - saya hanya copy dari blog lain.. jika korang nak paham lebih lanjut, adalah lebih baik korang g bertanya kepada yang pakar dalam hal2 macam ni.. XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

9 cara lelaki kencing XD


gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

cool with photoshop

 























gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

rahsia madu lebah

Madu,cukup sinonim bg tujuan perubatan dan kecantikan. selain itu ia juga digunakan sbg bhn masakan. tp korg penah x terfikir mcmn ia terhasil? klu korg nk tau, lebah mula mgumpul nektar/madu bunga didlm mulut mereka,nektar itu akn bercmpur dgn enzim istimewa dlm air liur lebah,satu proses kimia yg menukarknnya mnjadi madu..
Khasiat dan kebaikan madu yg aku nk kongsikan ni ialah madu dapat menyembuhkan luka dan melancarkn haid.. pengambilan madu sebagai pengganti gula dalam minuman dan makanan seharian amat la bijak.ini adalah kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan,bebas lemak, bebas kolestrol dan bebas garam. kandungan gula yg terdapat dalam madu ialah glukos,fruktos dan sukros. kajian menunjukkan bahawa debunga dlm madu mgandungi kesemua 22 asid amino,28 mineral,14 asid lemak,11 enzim dan 11 karbohidrat. 
terdapat banyak kebaikan madu, dari aspek kesihatan, kecantikan dan kecergasan. madu dpt mgelakkan masalah seperti sakit jantung,tekanan darah tinggi dan kencing manis. madu juga dapat mengawal paras kolestrol. madu juga dikatakn boleh digunakan sbgai penyembuh luka pada tubuh. semua ini adalah kerana terdapat antibakteria semula jadi
(hidrogen peroksida), fenolik flavonoid,glukosida,vitamin C dan bhn yg mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yg rosak dlm badan. bagi mereka yg mempunyai masalah sakit tekak,selsema dan batuk,minum satu sudu madu dikatakn mampu mengurangkan masalh tersebut. 
bg mereka yg mengalami masalah resdung dan asma, amalan meminum satu sudu madu setiap hari dpt mengurangkn masalh tersebut. Khas buat wanita, madu mampu melancarkan darah haid dan mgurangkn gejala2 yg berlaku selepas menopaus. madu juga dpt mempercepatkn proses penyembuhan parut bersalin. madu juga amat baik utk menambh darah dan selera makan. bg mereka yg sakit kepala dan migrain pula amalan mium madu ug telah dibancuh dgn satu setengah cawan air suam dikatakn akan mampu mengurangkn masalah tersebut. 
Untuk tujuan kecantikan pula, madu boleh digunakan sebagai pelembap semula jadi. madu dapat mengurangkan masalah jerawat,jeragat dan kedutan diwajah. semua ini kerana sifat antibakteria madu mampu bertindak sbgai agen pelembap semula jadi. 
Pengambilan madu juga dpt memberikan tenaga dan kecerdasan minda. Terdapat 1001 khasiat dan kebaikan madu, amalkan memakan madu untuk gaya hidup yang sihat..
note : baru beli madu lebah hutan... rm15 je sebotol (dalam 500-600ml)... mungkin itu lah sebab badan jadi hangat.. biasanya kalo duk dalam aircond, mengigil-gigil.  malam2, taruk kat bibir supaya bibir jadi mungil.. gagaga~~~

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

buat duit dengan goyang kaki

note- no free lunch in the world.. korang akan dibagi reward lepas korang berusaha. XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...