Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.
Henry Wolf
mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW
dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat
duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco.
Dalam saman tersebut, Wolf
mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW
1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan
selama dua jam tanpa henti.
Namun, secara tiba-tiba selepas
itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya
berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan
pembuatan serta pemasangan oleh defendan.
Peristiwa tersebut menurutnya
berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan.Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas
termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia
mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.
Sementara itu, sebuah blog
automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama
pernah berlaku.Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai
kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah
berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.