Pernah
tak kadang-kadang kita rasa gatal dekat payudara, atau merah-merah
macam melecet sekitar bawah lingkaran payudara, rasa sesak dan tidak
selesa masa pakai bra! rasanya semua orang tak selesa pakai bra. Tapi
kena pakai juga!! Oh kenapa jadi perempuan kena pakai macam-macam?
Okaylah
tak perlu merungut lagi lepas ni. Sebab I akan bagi tips cara paling
mudah untuk tahu ukuran bra you all. Nanti engkau orang semua tak payah
nak pergi try dekat fitting room masa nak beli bra. Boleh ukur dekat
rumah, sampai dekat kedai boleh cepat-cepat cakap dekat Amoi tu, “Saya nak bra ukuran 34C as soon as possible please. Please cepat sikit saya malu ni ramai orang tengok!”
Macam mana nak ukur tu??
1.Ukuran Lingkar Badan
2.Ukuran Cawan *Cup maksudnya*
Untuk ukuran lingkar badan,
caranya adalah ambil pita pengukur dan lilit badan tepat di bawah
payudara. Dekat area tulang rusuk bawah payudara itu. Pakai pita yang
inci. Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Kalau ukuran nombor
ganjil, tambahkan 5 inci. Faham tak? Okay macam ini, kalau ukuran lilit
badan dekat pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi nanti cari bra
ukuran 32. (28+4=32) Tapi kalau ukuran lilit badan adalah 29, jadi nanti
pergi kedai cakap dengan amoi nak ukuran bra angka 34. (29+5=34).
Cup
ni yang penting ni. Kita perlu tahu cup kita ukuran berapa, barulah
payudara kita dapat bernafas! Cara tetap sama, ukur lilit bahagian
paling depan payudara.. erm dekat bahagian.. em malulah nak cakap.
Bahagian puting paling menonjol itu. Ukur lilit badan tau bukan ukur
lilit puting itu wtf? Bundarkan ukuran yang dapat itu kepada nombor
genap. Kemudian kira perbezaan dengan angka ukuran lilitan yang kita
hitung awal-awal tadi. Contohnya, ukuran lilitan badan tadi = 28. Ukuran
lilitan payudara = 30. Jadi perbezaan ialah 2 inci.
Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D
Perbezaan 5 inci = Pamela Anderson ke ni?
KESAN DARI MEMAKAI BRA YANG TIDAK SESUAI :
- Bra terangkat dibahagian belakang
- Tanda merah dan kesan tali ketat
- Payudara terkeluar dari bra atau terbonjol sedikit di ketiak
JIKA ANDA SERING MENGALAMI KESAN BERIKUT, IKUTI LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA UNTUK MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN SAIZ BRA YANG SESUAI
BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA?
Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2)
Ukur di sekeliling bwh payudara. Jika anda mendapat nombor genap,
tambah 4 inci.Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
Sbg contoh:
Jika ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"
Langkah 2
Ukur
di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz
coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika
perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.
Bagaimana menentukan saiz cup anda?
1.Beza Saiz coli 1" = Cup A
2.Beza Saiz coli 2" = Cup B
3.Beza Saiz coli 3" = Cup C
4.Beza Saiz coli 4" = Cup D
5.Beza Saiz coli 5" = Cup E
Ramai
wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'.
Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada
ukur lilit coli.
Contohnya,
jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit
yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz
ukur lilit, naik satu saiz 'cup').
Begitu
juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu
menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.
Pastikan
anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana
saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa
sepanjang hari.
Mengetahui
saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli
yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan
meningkatkan keyakinan diri anda!