widget

Sunday, July 15, 2012

tips pilih baju dalam yang sesuai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUwkhE8ntUKs_ZVkhp5GAuilOcJVPZaLM29p_ex_YC80nZ3GnIomeh0bcOh31FS559FCoSRadSorGniCyLnr974i0-p0gcxvrf6i9unuGatM40wMyYUsnjY0mWQU7e_1gkQTm4wgmgIklL/s320/Tips2-Uk-Bra.JPG
Pernah tak kadang-kadang kita rasa gatal dekat payudara, atau merah-merah macam melecet sekitar bawah lingkaran payudara, rasa sesak dan tidak selesa masa pakai bra! rasanya semua orang tak selesa pakai bra. Tapi kena pakai juga!! Oh kenapa jadi perempuan kena pakai macam-macam?
 
Okaylah tak perlu merungut lagi lepas ni. Sebab I akan bagi tips cara paling mudah untuk tahu ukuran bra you all. Nanti engkau orang semua tak payah nak pergi try dekat fitting room masa nak beli bra. Boleh ukur dekat rumah, sampai dekat kedai boleh cepat-cepat cakap dekat Amoi tu, “Saya nak bra ukuran 34C as soon as possible please. Please cepat sikit saya malu ni ramai orang tengok!”
Macam mana nak ukur tu??

1.Ukuran Lingkar Badan
2.Ukuran Cawan *Cup maksudnya*

Untuk ukuran lingkar badan, caranya adalah ambil pita pengukur dan lilit badan tepat di bawah payudara. Dekat area tulang rusuk bawah payudara itu. Pakai pita yang inci. Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Kalau ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci. Faham tak? Okay macam ini, kalau ukuran lilit badan dekat pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi nanti cari bra ukuran 32. (28+4=32) Tapi kalau ukuran lilit badan adalah 29, jadi nanti pergi kedai cakap dengan amoi nak ukuran bra angka 34. (29+5=34).

Cup ni yang penting ni. Kita perlu tahu cup kita ukuran berapa, barulah payudara kita dapat bernafas! Cara tetap sama, ukur lilit bahagian paling depan payudara.. erm dekat bahagian.. em malulah nak cakap. Bahagian puting paling menonjol itu. Ukur lilit badan tau bukan ukur lilit puting itu wtf? Bundarkan ukuran yang dapat itu kepada nombor genap. Kemudian kira perbezaan dengan angka ukuran lilitan yang kita hitung awal-awal tadi. Contohnya, ukuran lilitan badan tadi = 28. Ukuran lilitan payudara = 30. Jadi perbezaan ialah 2 inci.

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D
Perbezaan 5 inci = Pamela Anderson ke ni?
http://foreveryourslingerie.ca/wp-content/uploads/2010/05/TANGO-INTRO-Tape-MeasureRT.jpg
KESAN DARI MEMAKAI BRA YANG TIDAK SESUAI :

  • Bra terangkat dibahagian belakang
  • Tanda merah dan kesan tali ketat
  • Payudara terkeluar dari bra atau terbonjol sedikit di ketiak

JIKA ANDA SERING MENGALAMI KESAN BERIKUT, IKUTI LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA UNTUK MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN SAIZ BRA YANG SESUAI

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA?




Langkah 1

1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara. Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci.Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.

Sbg contoh:
Jika ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"
http://womens-sports-bra.net/wp-content/uploads/2010/11/measuring-bra-size1.jpg

Langkah 2

Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda?

1.Beza Saiz coli 1" = Cup A
2.Beza Saiz coli 2" = Cup B
3.Beza Saiz coli 3" = Cup C
4.Beza Saiz coli 4" = Cup D
5.Beza Saiz coli 5" = Cup E


Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').

Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.

Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.

Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...