widget

Tuesday, June 26, 2012

Cara untuk Mat Rempit Masuk SYURGA


http://1.bp.blogspot.com/_Fw4BZ6O1Rrw/TER8-a2ZTKI/AAAAAAAAHJM/q1xDRlh24hc/s800/mat+rempit+pose+one+leg.jpg

1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. kesian  ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.

4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.

5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.

6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

kesan tidur dengan lampu terpasang

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKBX2vxa5bSJp1BWtRfO3p9LQZu23mAxD9imWaEldKpgJHgP1ShbZjfM8uRVuy5rWFkrofbrtRkwT0D59azK26puFjycJY6l1VUTZ4rseEaW3pxNQTOFrm7omFc3KxkYjpCefZwvcj3Jo/s400/tidur-nyenyak-640x423.jpg
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.


Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.


Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam hingga jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN4pzHbcxJ_9hjxT5OLfw2rovo8RKYomdI7WrEOIojAXcxMmFojVSPZ4bPxwiu7HXHhoiOUJWJvRcOQDN9krQaHdOX2bEDDDT1Zts801ZhTkDX7cSztIn5w3z50AkHewPOlVBgZEoisno/s1600/blackout.jpg
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahu’alam

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

petua wanita jaga alat sulit


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsNyoCVzXO2CkMGDwqIO3gqIDPmr5885EYqcV4pw08AQiUrdKVywKtni5n_U0G0v_fgDTBbktxa3RgEPo7Gl43FbCy7Rl5gRFg_XbRQTY6gTJ744jkF3ZwupR9G6uIdRMsVbj_gkbUbw/s400/DSCN1406.JPG
1. Tuala Wanita - Tuala wanita merupakan tuala kapas yang leper. Ia mempunyai pelekat di bawahnya agar ia boleh dipakai bila-bila masa dengan melekatkannya pada seluar dalam anda. Ia berbeza dari segi ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam anda daripada kebocoran. Jenis lain pula mungkin lebih panjang berbanding tuala wanita biasa.

Bersihkan bahagian luar faraj anda selepas hadas besar atau kecil. Seelok-eloknya lakukan pembersihan yang maksimum. Gunakan air. Jika tiada air sila guna alternatif lain yang bertujuan beristinjak. Jika menggunakan biji- biji batu yang berbucu tiga atau lebih itu hendaklah berhati-hati untuk memastikan kesejahteraan faraj anda dari sebarang 'kecelakaan'.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgh_xDxAxmKLUIBzhCqhkWIg_bjOmtJuVoejCtu4ekwgwkweCurMx5M88JGGFWJzdwG-mTBSZygOZ028lM041-WixM5zbpiYx8SKIW2mANAWSGmyK9sfhlSG6Z9uy5kdB0hyphenhyphenSI72fb1NL0/s1600/tampon1.jpg
2. Tampon - Kebanyakan tampon diperbuat daripada kapas sama seperti tuala wanita. Kapas itu digulungkan sehingga ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam faraj semasa haid. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali pertama. Ikut arahan yang tertulis pada pek dan ia mungkin memudahkan anda. Jika anda menggunakan tampon, jangan lupa untuk menukarnya selalu. Ini kerana, sifatnya agak berbeza dari jenis tuala wanita biasa yang bersifat 'adhesive' dan hanya dilekatkan di atas permukaan panties. Tidak kira samada anda guna tuala wanita biasa atau tampon, anda dinasihatkan kerap menukarnya untuk mengelakkan daripada menjangkiti bakteria.

3. Douching - Elakkan daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj anda dengan tujuan membersihkan bahagian dalamnya. Ini untuk mengelak jangkitan bakteria lactobacillus . Ia berperanan mengekalkan keasidan pH.

4. Jangan menyabun atau menyapu shower gel pada faraj anda kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Ada sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun. Shower gel untuk badan, kealkaliannya tidak sesuai untuk faraj yang bersifat asidik.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Tips Pemakaian Bedak Untuk Wanita

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlNhEhcYxuNn9Ctp_g1jrazMb12uz9YMSISN8oCqBD7lLM35YjZ17tYX7jSMwnX_VAIBxArzZobk_kEQ8XQXMAt5XSaneQghCk8_RtEkQTsuUhOvGwmrbSx-1gyYcPQbi_2IZq3icCK8cu/s400/vampires-suck-makeup-300x157.png

Terdapat pelbagai jenis bedak dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Bedak Padat (Compact Powder)
Bedak Tabur (Loose Powder)
Bedak Muka (Pressed Powder)

1. Kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.

2. Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna bedak yang sesuai serta tepat akan menghasilkan solekan yang cantik serta menyerlah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti natural dan honey. Namun anda boleh mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda.

3. Kebanyakan bedak disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan yang lebih sheer pada solekan anda. Span pula dapat memberi kesan yang lebih padat. Pada bahagian yang detail seperti batang hidung serta sekitar mata, berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan yang sempurna.

4. Setelah menyapu bedak, perhatikan semula adakah wajah anda benar-benar bersedia untuk ke langkah solekan yang seterusnya. Jika anda berasa tidak berpuas hati, anda boleh menggunakan bronzing powder atau alatan lain bagi melengkapkan sapuan bedak anda.

pst- lelaki yang suka pakai bedak ponboleh praktik benda yang sama XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

resepi Chocolate Banana Popsicle




Bahan-bahan dan Peralatan
  • 3 biji pisang yang tidak terlalu masak
  • 150 gram cokelat separa manis
  • 150 gram cokelat putih
  • 3tsp shortening (vegetable fat)
  • Sprinkles warna-warni
  • Sprinkles cokelat
  • 6 batang kayu aiskrim
  • Kertas minyak (parchment paper)
  • Measuring spoons
  • 2 mangkuk kecil
  • 2 sudu
  • Cutting board

*Resipi untuk 6 batang aiskrim.

Cara-cara
pisang1

Langkah 1 - Kupas kulit pisang, dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik, dan letakkannya di dalam freezer peti sejuk sementara anda persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.

pisang2


Langkah 2 - Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan cokelat separa-manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika  perlu, sehingga cokelat tersebut telah benar2 cair. Ulangi untuk cokelat putih.

pisang3

Langkah 3 - Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan cokelat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga cokelat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.

pisang4

Langkah 4 - Hiaskan pisang tersebut dengan sprinkles yang anda sukai. Gunakan kreativiti anda untuk menghias pisang tersebut. Pegang pisang tersebut selama lebih kurang seminit, untuk membiarkan cokelat dan sprinkles tersebut melekat dengan kukuh. Setelah itu masukkan kembali ke dalam freezer.

Langkah 5 - Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan cokelat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah2 di atas untuk baki pisang yang ada.

Setelah semua pisang telah siap disaluti cokelat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!

pisangaiskrim

hoi, aku posa oi... kenapa buat entry resepi ni? dah telan air liur banyak kali dah ("-_-)

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

rawat kudis buta dan luka dengan pisang

pisang atau nama saintifiknya musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium, fosforus dan besi. 


pisang juga mengandungi kromium iaitu sejenis bahan yang merangsang aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.


dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk meyembuhkan luka. dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalirdan lukanya akan cepat kering. kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulis pisang.


selain itu, pisang juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastrik atau radang perot


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZ1YFKeXTLkU5GiFGXgpodMw5DwcWc9eGmreVE8unM0VvAYpo4f17S4KFmYat3xdMPy_KeR7rUStQRMsl3SiAInNfrQg-uafE7VmiAwahA7gFhjmtW3qaP5KR_51zfa48o2h5jlnF9CYBx/s1600/pisang.jpg 
sedapnya pisang berangan!! XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

perjanjian rakan sebilik


P1050935

P1050945
**dicilok dari belog momentokami.

yes, memang susah kalo dapat roomate yang tak sebulu atau pon berbulu-bulu...

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

cara paling berkesan bunuh nyamuk

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjh1iiPdtU4tL2FNN1hEPePBS0S3JLkhr7waAg3P5h9FYZGqa35Ld0dVZjvjoCmrcXXz_fIXOaF0cHTqXyYzT2gLV9bHK2McuCCIQ2hACJ8jPEno9zm9xclFRPRl46Kh0w0fzy6bukB3HKO/s1600/nyamuk+mati.jpg 
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kesabaran dan Istiqamah (Bergantung pada tahap iman korang)
  • Sekeping wang RM10 (RM50 lagi bagus)
  • Sebuah kenderaan (Kereta sorong secukup rasa pun boleh)
  • Pasaraya (Tesco atau Mydin pun boleh, tak pon kedai runcit mamak)
  • Beberapa ekor Nyamuk (Untuk dibunuh)
Cara-caranya:
  1. Tetapkan kesabaran dan istiqamah anda. Niatkan dihati “Hari ini aku hendak memburu nyamuk”.
  2. Pastikan anda mempunyai RM10 sebelum keluar. Naik kenderaan dan pergi ke pasaraya berdekatan.
  3. Cari aerosol pembunuh nyamuk bawah RM10 yang berkesan. Sekiranya anda membawa lebih wang boleh beli aerosol pembunuh nyamuk yang mahal. Lagi mahal tak semestinya bagus.
  4. Bayar aerosol tersebut dikaunter pembayaran dengan wajah tersenyum namun pastikan naluri anda seperti pemburu nyamuk!
  5. Setibanya dirumah, pastikan bilik atau diruang rumah anda ada beberapa ekor nyamuk yang sedang berparti.
  6. Dengan semangat yang memuncak dengan lagak seperti komander tentera mengacukan pistol, sembur aerosol yang anda beli ke sekeliling rumah. Biarkan ruang yang disembur tersebut kosong selama beberapa minit.
  7. Sekarang ruang rumah anda tidak lagi diganggu nyamuk. Buktinya, perhatikan di lantai rumah anda. Mesti banyak nyamuk yang telah mati.
**artikel dicilok dari apelak


berapa ari ni tido aku asik terganggu je... dah la aku ni jenis yang cepat kena gigit nyamuk.... gatal2 kaki aku... pastu pulak, tangan aku jenis susah nak tangkap nyamuk... asik tak kena je kalo aku tampar... tapi kalo dah dapat sekor, tahu ke macam mana perasaan tu?? palingggggggggg nyaman.. aku penyet2 nyamuk tu.. hmmm.. 

ni produk yang paling aku suka
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdPDvThtCTcTlYAV5Sbjas3S_QvZohtQiinlpkExVRL_OF4p_5twfyXpcr5liGCjMWnMm6eJiLrp-FnnxWfratku5dHo08NCqxOe7Gmiz8VDWku7dpcrsY9fVw4GDEegXzuM9Fbx-tzMVh/s320/rid3.jpg 
ridsect goodnight protect... buka dan letak kat mana-mana yang korang rasa sesuai... bagi aku, sangat berkesan! dan harganya dalam rm7... takde bau.. paling best! XD





gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

cara bercerita cerita lucu kepada kawan

1.     Pasang Muka Serius

http://2.bp.blogspot.com/-shVSmneV8-o/TyQVJ82gsRI/AAAAAAAAAog/wauht8Yi4Z0/s1600/Muke+Serious4.jpg
2.     Tidak Boleh Ketawa
biasanya yang ni aku fail sebab aku akan terketawa dulu sebelum mula bercerita
  http://www.appsmashups.com/wp-content/uploads/2012/01/troll-face.-500x289.png
3.     Simpan Bahagian Terlucu di Akhir cerita
I.
 
4.     Muka Kamu Harus Lucu juga
Ihttp://www.memes.at/pics/lol-crazy.png

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

kegunaan lain peralatan di meja makan

 
  chopstick- boleh buat sanggul rambut, tak pon buat tarik bulu hidung yang terjojol keluar XD-------aku tak pandai pakai chopstick pon! .
 
  Garpu- boleh sikat sambut atau garu punggung atau cucuj punggung budak nakal.. lol~~
 
sudu- boleh buat cermin make-up, tak pon sekodeng awek.. 
 

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

andai ditakdirkan dia bukan jodohku

http://nyunyu.com/wp-content/uploads/2012/05/Mitos-dalam-Pacaran3.jpg
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. 
Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,

“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizisQStpe39hBgLnk7L1R48QaQr-ki5q6s1QBL7OVGt7OKMZ203ccyZ9O7bslGPi1mshBCALaQoniR6qZbSO65Obu9Qgkt_h0k6pbO0xw9gZf5zdiDkKiPpJcZ4tdCQoSLcKRMSWrA4AGv/s1600/jodoh.jpg
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEim19VaGyMvYojnlqANYhNFbi-nVDgpPYIsFrd1wudxDB3NfeuBCp5KHMzPe8W6gi6fPDede3PkD-HSLlEW5uqUC4GJfmhAHfHxjNnFEfCPSckAe9mIu_Fs7p9j2le-wpV3qXD-O2a23M8/s400/Danbo+%252824%2529.jpg
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
http://www.noktahhitam.com/wp-content/uploads/2009/06/crap2.jpg
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

cara kesan pembohongan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihApl40rrHiW2wvf1bpwmBF6gbHFZuKox_A2HrqIgadhK4ieF5bSAOfziCIMj5CvlaXjZ6FMnJOwgCuoHZm-P6qbtcNAhL0o5mpyVfYiqh2Pv-G99KDVPYlFDxZtNktYn8tEKpv4ItvRs/s1600/2390671.png
Menyentuh Hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan Pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
http://www.boredomisyourfault.com/blog/wp-content/uploads/2007/12/lie-ins1.jpg
Menutup Mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
http://25.media.tumblr.com/tumblr_lu3sr6Z9Vh1r0tea5o1_500.png
Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda boleh membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3B8PVCb3eFQAB4vIRIT6hY1xzHehhW_pMFfiGqKBy-XJzc2oBh6YIhiBDLIFKd_2Pfd_7c0TlWw5Xg_HmiQLsWZyXKp3Qsh6DuTDY2vvta-_xYj6hv8oskWpQUODAeGUQjb79udwc9Q2k/s1600/Guys+Fall+In+Love+For+What+They+See%252C+And+Girls+Fall+In+Love+For+What+They+Hear+-+That%2527s+Why+Girls+Use+Makeups%252C+And+Boys+Lie.jpg
Melengah-lengahkan Jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
http://www.tylershields.com/images/art/no-lies.jpg
Kesimpulannya, sekiranya anda ingin mengesan samaada seseorang itu berbohong, anda perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan samaada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

cara terbaik sambut hari lahir

Petua Islam Untuk Menyambut Hari Jadi

1. Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam. Ini bermakna, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya.
http://graphics.comments.funmunch.com/funny-birthday/funny-birthday-comment-019.jpg
2. Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu. Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

3. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11). Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang.
http://graphics.comments.funmunch.com/funny-birthday/funny-birthday-comment-021.jpg
4. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

5. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.

6. Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7sxS4yxmLbQwXvM7DhauEdl3BZcwaZWu3MEKHM0hTd_3oG-J49LcxOITBlUw1WK8T51xNrOgBfjt2i4Q30Jhh7KqVyeuJuY9rrV6IT2hW1jeEbghqB9Y3CsrBbR5skiTILtsF_E-7ya4N/s1600/hari_lahir_ayah_ibnuismaini.jpg
7. Insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usianya terus diberkati.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...