Punca paling utama terjadinya masalah bawah lengan hitam adalah
disebabkan kulit bersentuhan di antara bawah lengan yang meninggalkan
kesan hitam yang sukar diputihkan.
Antara penyebab biasa yang menjadikan bawah lengan hitam adalah
disebabkan mencukur bawah lengan menggunakan pencukur (shaver) yang
menyebabkan micro abrasion. Sebenarnya teknik pencukuran ini
menyebabkan kulit bawah lengan kita menjadi luka tanpa disedari dan
disebabkan itu setelah elok, luka daripada kesan cukuran tadi
meninggalkan kesan kulit hitam.
Oleh itu, jika anda mencukur bawah lengan menggunakan pisau pencukur dan
kemudian anda sapukan sedikit alkohol pasti anda akan berasa pedih
kerana luka selepas mencukur.
Selain itu, pemilihan deodoran juga boleh menyebabkan alahan dan gatal
di bawah lengan yang akan menyebabkan bawah lengan menjadi hitam akibat
dari ketidaksuaian penggunaan deodoran yang ada.
Ramai yang cuba menggunakan pelbagai produk di pasaran untuk mengatasi
masalah kehitaman bawah lengan, namun jalan penyelesaian yang paling
bagus dan terbukti keberkesanannya adalah berjumpa sendiri dengan pakar
dermatologis untuk mengetahui apakah punca sebenar bawah lengan anda
menjadi hitam.
Mereka pasti akan ada jawapan yang kukuh dan menyarankan anda membuat
beberapa rawatan khas untuk mengembalikan keputihan bawah lengan seperti
remaja.
Namun begitu, selain berjumpa pakar kulit, anda boleh mencuba sendiri
beberapa tip-tip ringkas yang boleh dilakukan di rumah untuk memutihkan
bawah lengan.
Sapuan limau
Disebabkan limau mempunyai vitamin C amatlah baik penggunaannya kepada
bawah lengan. Buang bijinya, kemudian lumurkan limau tersebut secara
bulatan dan kemudian bilas bawah lengan dengan air bersih hingga hilang
lekitan. Sapu dengan bedak di akhir proses. Buat ini setiap malam untuk
lihat hasilnya.
Campuran buah limau, madu dan bedak tawas
Campurkan satu sudu teh jus limau dan juga madu. Gunakan campuran
tersebut dan lumurkan ke atas permukaan bawah lengan yang hitam. Biarkan
ia selama 20 ke 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan
proses ini sebelum anda mandi. Anda juga disarankan meletakkan bedak
tawas selepas anda keringkan badan.
Gunakan teknik laser
Kaedah ini adalah antara paling berkesan untuk mendapatkan bawah lengan
yang putih dan menawan. Disebabkan harga untuk menggunakan kaedah ini
agak mahal jarang orang mengambilnya sebagai jalan penyelesaian. Teknik
ini akan membuatkan bulu bawah lengan anda lenyap buat selama-lamanya
dan anda tidak lagi perlu mencukur setiap kali bulu tumbuh. Kaedah ini
juga membuatkan permukaan kulit bawah lengan anda menjadi lebih lembut
dan secara tidak langsung ia akan bertukar menjadi putih.