paling kelakar!!
Saturday, October 15, 2011
Ibu anak Ronaldo kesal- sanggup pulangkan rm50 juta
RONALDO bersama anaknya.
Sehingga Ronaldo masih merahsiakan nama, usia dan kerakyatan ibu anaknya selepas wanita itu menyerahkan hak terhadap bayi itu sebagai balasan kepada bayaran sebanyak �10 juta (RM50 juta).
Wanita itu yang hamil selepas mengadakan seks dengan Ronaldo dilaporkan bersedia memulangkan wang itu dengan menegaskan, dia sudah berubah fikiran mengenai persetujuan itu.
Enam bulan selepas mengambil keputusan menyerahkan bayi itu kepada pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah, wanita itu kini bergitu tertekan.
Menurut beberapa rakannya, keadaan itu memaksanya menarik diri daripada pengajiannya.
Satu klausa dalam perjanjian yang ditandatanganinya dengan peguam Ronaldo tidak membenarkan dia memberitahu dia adalah ibu bayi yang kini dalam penjagaan keluarga pemain bola sepak itu, termasuk keluarganya.
Dia menghilangkan diri begitu saja apabila hamil. Sesudah melahirkan kandungannya, dia memberitahu orang ramai bahawa dia mendapat ‘durian runtuh’ secara tiba-tiba.
Apabila meminta untuk berjumpa dengan anaknya, Ronaldo dikatakan menempelaknya dan memberitahu, dia akan menimbang permintaannya, jika dia membayar semula sebahagian wang yang diterima sebelum ini.
“Dia juga menelefon pemain itu selepas perlawanan bola sepak, untuk mengucapkan tahniah. Tetapi Ronaldo tidak mempedulikan, sebaliknya mempersendanya mengenai anak mereka.
“Dia merasakan dirinya seolah-solah sudah menjual ‘rohnya.’ Meskipun boleh hidup ala jutawan, tetapi dia tidak boleh menceritakan kepada rakan mahupun keluarganya mengenai apa yang terjadi. Ia menyebabkan dia keseorangan."
Seorang rakan Ronaldo berkata: “Bagi bintang bola sepak itu, apa yang terjadi adalah pilihan wanita itu dan dia yang memutuskan untuk menyerahkan anaknya."
“Ronaldo berkata, wanita itu sudah tidak mempunyai hak terhadap anaknya. Dia tidak akan dibenarkan menemui kanak-kanak itu."
“Tetapi Ronaldo masih melayani panggilan telefonnya kerana bimbang wanita itu akan cuba bertindak untuk membawa kes itu ke mahkamah.”
Beberapa rakan berkata, penyerang Real Madrid itu menemui wanita itu di sebuah kelab malam di London dan mengadakan seks di sebuah hotel.
Dia pernah bergurau dengan berkata: “Saya hanya menghabiskan masa dengannya dalam keadaan berbogel.” - Agensi
Rahsia jiwa wanita yang tercela
TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.
TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.
TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.
TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.
TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.
TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.
TABIAT KALA
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.
Wanita anjur parti rai perkahwinan diri sendiri
TAIPEI: Seorang wanita Taiwan menganjurkan majlis meriah bagi meraikan perkahwinannya dengan dirinya sendiri.
Disaksikan kira-kira 30 tetamu terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapatnya, Chen Wei-yi, 30 meraikan mereka dalam parti di sebuah hotel di Taipei.
“Berkahwin dengan diri sendiri adalah cara kita membuktikan keyakinan kepada diri dan cara saya menerima apa saja yang ada pada diri ini,” katanya.
Chen menjadi perhatian pelayar Internet sejak mengumumkan rancangannya ‘berkahwin’ pada bulan lalu.
Kata kakitangan pejabat itu, seseorang mesti mencintai diri sendiri sebelum boleh menyayangi orang lain.
“Saya mesti mengahwini diri sendiri sebelum boleh menyayangi dan berkahwin dengan orang lain,” katanya. - AFP
Wanita hamba seks mahu bomoh dihukum mati
QATIF (Arab Saudi): Seorang wanita dan suaminya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penipu yang memeras ugutnya supaya mengadakan hubungan seks, lapor akhbar al-Yaum.
Sebelum ini, sebuah mahkamah di Qatif menghukum lelaki terbabit dengan penjara enam bulan dan sebat 60 kali atas kesalahan itu.
Bagaimanapun, wanita terbabit berharap lelaki berusia 50-an itu dikenakan hukuman lebih berat.
Mangsa berkata, ketika dia dan adiknya bertemu lelaki terbabit untuk berubat lapan tahun lalu, tertuduh menyihirnya dan memberikan satu tangkal.
“Sejak itu saya menghadapi masalah dengan suami, manakala tertuduh pula sering menghubunginya"
Dalam satu daripada insiden itu, katanya, lelaki terbabit menghubunginya dan bercakap mengenai sesuatu rahsia yang tidak diketahui sesiapa.
Misalnya, kata mangsa, lelaki itu tahu dia hamil.
“Selepas beberapa ketika, saya terjebak dalam perangkapnya tanpa disedari. Dia juga mengancam untuk menjadikan saya botak jika enggan melayan nafsunya,” katanya.
Mangsa juga menghadapi masalah seksual dengan suaminya selama enam tahun sehinggalah dia berjaya berubat. - Agensi
Wanita mahu sperma dari mayat suami
MANHATTAN: Seorang janda memohon kebenaran mahkamah mendapatkan sperma daripada suaminya yang membunuh diri untuk membolehkan dia mendapat zuriat.
Kamau, 37, menggantung dirinya di Norwalk, Connecticut, pada 11 Oktober lalu.
Victoria memohon mahkamah membenarkan dia mengambil sperma Kamau dan dibekukan sebelum dijadikan benih dalam rahim wanita lain.
Tidak dapat dipastikan mengapa Victoria enggan mengandung sendiri.
“Kamau memang berhajat mendapat waris sebelum dia menemui ajal,” katanya.
Justeru, Victoria memohon hakim membuat keputusan segera bagi memastikan keturunan Kamau berterusan.
Sementara itu, walaupun hakim memberi kebenaran, ia mungkin terlewat kerana sperma mesti diambil dalam tempoh 36 jam selepas seseorang mati. - Agensi
Kempen galak wanita kerja di kedai pakaian dalam
JEDDAH: Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah (JCCI) semalam mengumumkan sokongan padu terhadap kempen yang menyarankan supaya jurujual wanita menggantikan jurujual lelaki di kedai pakaian dalam wanita di Arab Saudi.
“JCCI menyokong kempen itu supaya peluang pekerjaan bagi wanita bertambah,” kata Timbalan Pengarahnya, Lama Al-Suleiman.
Lama berkata, kempen itu akan mendorong sebilangan besar wanita kaya Saudi membeli-belah di negara sendiri dan tidak lagi perlu ke Dubai, Bahrain ataupun Mesir untuk membeli-belah. - Agensi
Menipu untuk jadi pilot
NEW DELHI: Seorang juruterbang pesawat penumpang warga India yang mendarat menerusi bahagian roda di muncung memalsukan dokumen bagi memperoleh lesen dan mempunyai rekod pendaratan yang buruk, lapor akhbar.
Parminder Kaur Gulati yang menggunakan roda di bahagian muncung pesawat ketika mendarat dan bukan roda belakang dibatalkan lesennya. Dia berbuat demikian ketika memandu pesawat dari New Delhi ke Goa, lapor akhbar The Times of India.
Siasatan dilakukan ke atas prestasi tugasannya menunjukkan dia mendarat secara salah antara 10 hingga 15 kali, lapor akhbar itu memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DGCA).
Parminder yang bekerja di syarikat pesawat bajet IndiGo didapati memalsukan dokumen untuk memperoleh lesen juruterbang pengangkutan Udara. (ATPL). - AFP
Perempuan kini lebih suka menipu
LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.
Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.
Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.
Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang.
Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi
tidak dituntut- mayat disimpan selama tiga tahun
gambar hiasan je ni
YANBU: Dua mayat pembantu rumah dari negara Asia yang dirogol dan bunuh oleh pembunuh bersiri tiga tahun lalu masih ditempatkan di bilik mayat hospital Yanbu sementara pihak berkuasa menunggu keizinan waris mereka untuk dikebumikan.
Mayat pembantu rumah ketiga yang turut dirogol dan bunuh oleh suspek sama sudah pun disemadikan.
Polis Yanbu menahan suspek yang berasal dari Afrika September lalu susulan penangkapan anak lelakinya.
Lelaki itu mengaku memperkosa dan membunuh ketiga-tiga wanita berkenaan. Suruhanjaya Pendakwaan dan Siasatan masih menyiapkan dokumen untuk mendakwa lelaki berkenaan.
Akhbar Al-Madinah semalam memetik kenyataan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesihatan, Dr Abdul Rahman Saeedi bahawa satu daripada tiga mayat itu sudah dikebumikan dan dua lagi masih ditempatkan di bilik mayat hospital.
“Kami masih belum menerima surat pengesahan pihak berkuasa mengenai keizinan daripada waris supaya mayat mereka dikebumikan,” katanya.
Peguam terkemuka dan bekas ketua bahagian penyiasatan di Suruhanjaya Pendakwaan dan Siasatan, Ibrahim Al-Abadi berkata, menyimpan orang mati di rumah mayat terlalu lama jelas melanggar undang-undang.
“Bagi mayat yang tiada identiti, pakar forensik perlu menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya. Mayat perlu diambil gambar dan cap jarinya untuk sampel DNA. Semua prosedur ini perlu disiapkan dalam masa dua bulan,” ujarnya.
“Kemudian mayat itu perlu dikebumikan sebaik mendapat pengesahan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan. Sekiranya waris menuntut mayat itu atau mengenal pastinya melalui data maka pihak berkuasa boleh menggali semula mayat berkenaan,” tambahnya. - AN
Ketagih porno- pecah masuk rumah jiran untuk curi
nakalnya ko kucing
EAST BETHEL, (Minnesota): Seorang wanita berusia 18 tahun mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya.
Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang.
Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.
Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali.
Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali.
Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.
Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah. - AP
Guna wang rompakan untuk nikmati piza, bir
sekadar gambar hiasan, bukan perompak sebenar
YUMA (Arizona): Pihak berkuasa berkata mereka menahan seorang lelaki yang merompak sebuah bank di bandar ini sebelum membelanjakan sebahagian wang itu untuk bir dan piza di restoran berdekatan.
Henry Elmer, 56, kini ditahan di penjara atas pelbagai kesalahan merompak dan mencuri.
Polis menerima panggilan kecemasan daripada Bank Wells Fargo yang bertentangan dengan Balai Polis Yuma pada jam 1.30 petang, semalam.
Lelaki itu dilapor masuk ke bank, mengeluarkan pisau kecil dan melarikan sejumlah wang.
Polis berkata, mereka memberkas Elmer sebelum dia sempat menjamah piza itu. - AP
21 tahun hidup menipu- tuntut pencen ayahnya yang sudah mati selama 21 tahun
LONDON: Seorang lelaki tua menipu pejabat pencen sebanyak 90,000 pounds (RM380,000) dengan menuntut pencen ayahnya yang sudah mati selama 21 tahun.
David Seal, 78, memberitahu pegawai yang ayahnya, berusia 104 tahun jika masih hidup, berada di luar negara dan dia mengambil wang pencennya setiap minggu.
Dia dipenjara selama 12 bulan selepas megaku menipu dan mencuri wang pencen ayahnya selama 21 tahun.
Seal yang menduda, menuntut pencen mingguan ayahnya sejak ayahnya meninggal dunia pada 1989 pada usia 83 tahun.
Pendakwaraya Kevin Slack berkata: “Mahkamah terkejut kerana dia berjaya menitup sebegitu lama.” - AP
bapa gila nak kahwin lagi, belasah anak hingga cacat
KESAL...Ayu menunjukkan laporan polis dibuatnya dan gambar anggota badan anak yang cedera.
KUALA KUBU BARU: Berang perancangannya untuk menambah isteri keempat gagal, seorang lelaki melepaskan kemarahannya dengan membelasah isteri pertama dan empat anaknya sehingga seorang daripada mereka mengalami kecacatan kekal.
Lelaki terbabit yang berusia lewat 30-an menjadikan lima tanggungannya itu sebagai mangsa selepas tahu isteri pertamanya membocorkan rahsia kepada calon isteri keempat mengenai statusnya yang memiliki tiga isteri.
Isteri pertama lelaki itu yang hanya mahu dikenal sebagai Ayu, 34, berkata kejadian itu berlaku berulang kali sejak 2006 sehingga mereka tidak sanggup menanggung penderitaan.
“Saya berkahwin dengannya pada 1996 dan pada 2000 saya dimadukan sebelum madu saya bertambah seorang lagi pada 2004. Dua tahun kemudian, saya dapat tahu suami saya nak tambah seorang lagi isteri"
“Saya berkahwin dengannya pada 1996 dan pada 2000 saya dimadukan sebelum madu saya bertambah seorang lagi pada 2004. Dua tahun kemudian, saya dapat tahu suami saya nak tambah seorang lagi isteri"
“Saya dapat berhubungan dengan calon madu keempat saya itu. Jadi, saya maklumkan kepadanya suami sudah ada tiga isteri. Gadis itu terkejut dan batalkan hasrat untuk berkahwin dengan suami saya,” katanya.
Ayu berkata, kejadian itu menyebabkan suaminya marah dan mula bertindak ganas terhadapnya serta empat anak mereka, hanya anak bongsunya yang terselamat daripada menjadi mangsa.
“Saya sering ditumbuk, ditendang dan dipijak. Lebih teruk, pada hujung tahun lalu saya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pengsan akibat dipukul suami.
“Di kalangan anak-anak pula, anak sulung saya (lelaki) paling teruk kena belasah. Pada 2006, ketika usianya lapan tahun kepalanya mengalami gegaran selepas dihentak dengan topi keledar. Akibatnya, dia menjadi kanak-kanak lembam dan keadaan itu kekal sampai sekarang,” katanya. (sungguh celaka lelaki tu!!!)
Menurut Ayu, anak perempuan kedua dan anak perempuan keempat pula yang masing-masing kini berusia 10 dan tujuh tahun selalu berbirat seluruh badan akibat disebat dengan tali pinggang dengan kejadian terbaru berlaku di rumah mereka di Subang Jaya, kira-hujung tahun lalu.
“Hanya anak perempuan bongsu berusia tiga tahun saja terselamat daripada kekejaman suami walaupun ada cubaan untuk menderanya,” katanya.
Ayu berkata, dia beberapa kali lari daripada suaminya dengan kali pertama pada 2006 dan berikutnya pada 2008, namun kembali semula akibat terpedaya pujukan serta helah licik suaminya.
“Ketika kali pertama saya meninggalkan dia bersama anak-anak pada 2006, suami menipu saya dengan mengatakan anak sulung kami sudah meninggal dunia kerana terlalu rindukan saya.
“Malah, dia juga membawa saya ke kubur kononnya anak kami dikebumikan. Selepas saya kembali ke pangkuannya, baru saya tahu dia hantar anak saya ke rumah anak yatim selepas membelasahnya dengan teruk,” kata Ayu.
Ayu berkata, suaminya yang tidak bekerja berkahwin tiga dan sebelum ini dia merelakan perbuatan lelaki terbabit kerana yakin suaminya berlaku adil.
“Bukan saya dan anak-anak saja selalu dibelasah, tapi isteri kedua dan ketiga berusia 20-an turut menjadi mangsa. Setahu saya isteri keduanya juga sudah meninggalkannya,” katanya yang kini membawa kelima-lima anaknya tinggal berasingan kerana sudah tidak tahan dengan kekejaman suaminya.
Selain itu, Ayu membuat laporan polis untuk memastikan suaminya tidak mengganggu dia anak-anaknya.
“Biarpun saya dan anak-anak kini berlindung dengan ahli keluarga, suami masih datang memaksa kami pulang ke rumah. Kami sudah memaafkannya, namun cukup penderitaan yang kami tanggung selama ini.
“Saya berharap dia bagi peluang saya dan anak-anak memulakan hidup baru,” katanya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan Ayu.
Sementara itu, aktivis Persatuan Pelindung Pengguna Islam Selangor, Abdul Aziz Ismail, berkata pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat kepada Ayu berhubung krisis dihadapinya dan berharap ia diselesaikan secepat mungkin.
“Lebih penting ialah mereka sekeluarga terutama anak-anaknya dapat menikmati hidup seperti orang lain. Mungkin juga anaknya yang pernah melihat ibu mereka dipukul perlu menjalani sesi kaunseling bagi menghilangkan trauma yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
note : kadang-kadang perempuan terlampau bodoh sampai tak tahu hak mereka.. sebab tu lah ilmu tu penting..
dilema anak luar nikah
SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.
TAIPING: “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.
Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.
Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.
“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.
“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil.
uwekkkkkkkkk!! bangkai cicak terjulur keluar dari botol kicap!
KANGAR: Lapan beranak di Taman Merpati, di sini, hampir termuntah apabila menemui bangkai cicak terjulur keluar dari botol kicap digunakan bagi menambah perisa nasi goreng untuk hidangan makan malam.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu terkeluar daripada botol kicap soya pekat ketika seorang guru, Norazura Arip, 32, menuangnya di atas senduk bagi menggoreng nasi.
Norazura berkata, kicap itu sudah hampir habis digunakan bagi menambah perisa pelbagai masakan di rumahnya sejak dibeli dari sebuah kedai runcit di Pasar Borong, dekat sini, sebulan lalu.
Menurutnya, keluarganya sudah menggunakan kicap berharga RM4.80 sebotol mengandungi bangkai cicak sejak sebulan lalu dan sudah banyak masakan menggunakan kicap itu dengan yang terakhir ketika menggoreng nasi untuk hidangan makan malam.
“Saya terkejut dan menjerit apabila bangkai cicak terjulur keluar daripada botol kicap hingga mengejutkan tujuh ahli keluarga termasuk suami, anak dan adik yang menunggu nasi goreng."
“Sebelum itu, saya menyiapkan satu balang rojak menggunakan kicap sama dan makanan berkenaan sudah habis dimakan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Katanya, dia yakin cicak yang cukup sifat sudah menjadi hitam dan keras sejak bahan itu dibotolkan pengusahanya.
“Sebaik menyedari bangkai cicak itu, ahli keluarga mula loya dan hampir termuntah kerana menyedari sudah menggunakan bahan perisa itu agak lama, malah satu belanga nasi goreng untuk hidangan malam terpaksa dibuang,” katanya.
Norazura yang juga penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini berkata, tidak mungkin cicak itu masuk ke dalam botol kerana dia sentiasa menutup botol dan menyimpan dalam peti sejuk selepas digunakan.
celaka! buang bayi dalam pam tandas!!
Bayi pam tandas
DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.
CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.
“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.
Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.
“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.
Abdullah Sani berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, rakan sebilik suspek yang dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa itu untuk membuang air besar.
“Selepas berada terlalu lama dalam tandas, dia akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan sebelum berbaring di atas katilnya.
“Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakan itu menceritakan apa yang berlaku dan diberitahu dia melahirkan seorang bayi di dalam tandas,” katanya.
Dia kemudian bergegas ke tandas dan menemui bayi itu yang kesejukan dalam tangki air pam tandas.
“Selepas menemui bayi itu, saya dapati ada sedikit kecederaan pada mukanya dan badan kebiruan akibat kesejukan sebelum membawanya ke Hospital Kemaman untuk rawatan,” katanya.
Penari erotik saman majikan
|
LONDON - Seorang penari erotik berpendapatan £200,000 (RM985,740) setahun di kelab tarian bogel Stringfellows, Britain menyaman majikannya berhubung kes pembuangan kerja secara tidak adil.
Nadine Quashie, awal 30-an mampu memperoleh pendapatan mencecah £1,265 (RM6,216) satu malam dengan melakukan tarian seksi di hadapan pelanggan-pelanggan kaya.
Namun, dia mendakwa dibuang kerja secara tidak sepatutnya kerana kesalahan tatatertib oleh kelab berkenaan pada 2008.
Dalam satu kenyataannya, Quashie yang berasal dari sini berkata, pada awalnya, majikannya menyatakan dia mengambil dadah.
Namun, majikannya kemudian memecatnya dengan alasan dia mengedar dadah setelah mendapati dakwaan mengambil dadah itu adalah tidak benar.
Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal turut mendakwa pihak pengurusan kelab tarian bogel Stringfellows melarangnya bekerja dengan kelab lain. - Agensi
Ratu Cantik India berambut perang
|
WELLINGTON, New Zealand - Ratu Cantik India New Zealand, Jacinta Lal (gambar), 21, dikritik hebat kerana dia tidak kelihatan seperti seorang wanita berketurunan India.
Bapa Jacinta berketurunan Fiji-India manakala ibunya pula ialah warga New Zealand.
Gadis bermata biru dan berambut perang itu disindir oleh para penonton apabila dia diumumkan sebagai pemenang pertandingan Ratu Cantik India New Zealand bagi peringkat Wellington.
Penganjur pertandingan, Dharmesh Parikh mengakui terdapat dua atau tiga aduan mengenai Jacinta.
"Walaupun terdapat aduan, ramai orang India yang menggalakkan saya menyertai pertandingan ini. Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua orang mempunyai pandangan yang serupa hanya kerana komen-komen daripada golongan yang berfikiran sempit," kata Jacinta.
Parikh menyatakan bilangan mereka yang tidak berpuas hati adalah kecil.
"Insiden ini agak menyedihkan dan kurang menyebelahi Jacinta. Dia sepatutnya diterima dalam dunia India kerana dia seorang gadis India yang cantik," kata Parikh. - Agensi
Penggodam paling seksi
NEW YORK - Seorang pelajar berusia 20-an dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta).
Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.
Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.
Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.
Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.
Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.
Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. - Agensi
Planet baru mungkin dihujani batu kerikil
HUJAN pada planet yang baru ditemui, Corot-7b adalah dalam bentuk batu kerikil, bukan titisan hujan. Demikian menurut pengkaji yang menyelidik atmosfera mencadangkan.
Pengkaji-pengkaji di Washington University, St. Louis, Amerika Syarikat (AS) percaya kepanasan planet itu menyebabkan batu berubah menjadi wap. Sedangkan, jika di bumi, air berubah menjadi wap.
Pengkaji-pengkaji beranggapan sebelum menurunkan hujan batu kerikil, awannya seperti menampung timbunan pasir. Mereka percaya ia akan menghujankan batu kerikil ke tasik lava yang menggelegak di bawahnya.
“Atmosferanya terdiri daripada wap yang boleh didapati daripada proses pemanasan batu,” kata profesor sains planet, Bruce Fegley.
“Bergantung kepada cuaca, hujan boleh turun dalam bentuk letusan lava atau batu yang turun seperti salji.”
Fegley yang mengkaji atmosfera Corot-7b bersama pembantunya, Laura Schaefer menambah, cara cuaca berlaku di planet itu masih tidak diketahui.
Saintis-saintis Eropah yang mengumumkan penemuan planet di luar sistem suria meminta pengkaji universiti berkenaan untuk meramalkan model atmosferanya.
Walaupun angkasawan telah menemui lebih 300 planet di luar sistem suria, namun Corot-7b paling menarik perhatian kerana ia satu-satunya planet yang disahkan mempunyai permukaan berbatu berbanding yang lain yang hanya gumpalan gas.
Corot-7b juga terletak terlalu dekat dengan mataharinya menyebabkan suhu di permukaan planet itu melebihi 1,982 darjah Celsius. Ia terlalu panas untuk didiami hidupan.
Gula-gula lahirkan pengganas?
Menurut satu kajian, kanak-kanak yang makan gula-gula setiap hari cenderung menjadi seorang yang ganas apabila dewasa.
Data daripada 17,500 peserta dalam kajian statistik British mendapati, kanak-kanak berusia 10 tahun yang makan coklat, gula-gula atau konfeksionari lain setiap hari secara signifikan lebih cenderung disabitkan jenayah keganasan pada usia 34 tahun.
Secara spesifiknya, 69 peratus yang ganas pada umur 34 tahun telah memakan gula-gula setiap hari semasa mereka kecil, berbanding 42 peratus yang tidak ganas. Bagaimanapun, saintis tidak pasti mengapa.
"Penerangan yang boleh kami beri setakat ini ialah memberikan gula-gula dan coklat secara umumnya menghentikan kanak-kanak daripada belajar bagaimana untuk menunggu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hendak," kata ketua pengkaji Simon Moore dari Cardiff University.
"Tidak boleh menangguhkan untuk mendapat apa yang disukai boleh mendorong mereka bertindak melulu dan ia amat berkaitan dengan melakukan jenayah."
Kajian itu diperincikan dalam British Journal of Psychiatry.
"Perkaitan antara pengambilan bahan konfeksionari dan jenayah keganasan perlukan perhatian untuk kajian lanjut," Moore dan rakan-rakan pengkajinya menulis.
"Menyasarkan pada apa yang kanak-kanak makan boleh memperbaiki kesihatan dan mengurangkan keganasan."
Bintang sukan duta antirokok
BEIJING - Bintang bola keranjang antarabangsa, Yao Ming (gambar) dipilih sebagai duta bagi melancarkan kempen antitembakau di negara yang paling ramai perokok di dunia itu, kata media tempatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pemain kelab Houston Rocket di Amerika Syarikat itu dipilih sebagai duta Persatuan Antitembakau China bagi meminta orang ramai supaya tidak merokok.
Laporan tersebut menyatakan penyanyi pop China, Peng Liyuan yang merupakan isteri naib presiden negara itu, Xi Jinping turut dipilih sebagai duta kempen tersebut.
Kira-kira 350 juta atau hampir 27 peratus daripada penduduk negara itu yang merokok.
- AFP
Kipas tanpa bilah
LONDON - Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah.
Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.
Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya.
Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.
Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya.
Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.
Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion) Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.
- Agensi
Kereta Mini bercaj elektrik
OXFORD - Sebuah kereta elektrik jimat minyak terbaru, Mini Es diperkenalkan di Britain.
Model itu mampu dipandu sejauh 241 kilometer jika bateri dicas penuh.
Pengeluar kereta itu turut mengumumkan bahawa bateri kereta itu boleh dicas di gedung pakaian terkenal Britain, Marks & Spencer.
Kereta ini didakwa mampu memecut sehingga 99.77 kilometer sejam dalam masa 8.5 saat manakala had kelajuannya ialah 152.88 kilometer sejam.
Sebanyak 20 pemandu di South East akan menggunakan kereta itu selama enam bulan dengan pajakan sebanyak £330 (RM1,767) sebulan sebagai percubaan. - Agensi
Jadi pengintip kerana kecewa
sekadar gambar hiasan- askar bersepender pink! kui kui
LONDON – Seorang askar yang berkhidmat untuk komander kanan Britain di Afghanistan menjadi pengintip Iran selepas tidak dinaikkan pangkat dan mendakwa menderita berikutan unsur perkauman, menurut satu keterangan di sebuah mahkamah.
Askar itu, Korporal Daniel James menghubungi beberapa pegawai tentera Iran di Kabul ketika berkhidmat sebagai seorang jurubahasa di Afghanistan, Jeneral David Richards.
James yang menjadi warganegara Britain pada 1986 yang sebelum ini bekerja sebagai seorang guru tarian salsa di Brighton percaya bahawa beberapa pegawai tentera bersikap perkauman sekali gus menghalangnya daripada dinaikan pangkat sarjan. – Reuters
Guna anjing kesan anai-anai
|
SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan.
Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.
"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.
Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan.
Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.
"Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya. - AFP
penipuan yang membawa tuah- ditawarkan kontrak filem dan buku.. perghhhhhhhhhhhhh!!
Tuah remaja AS tipu hamil
|
SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez.
Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.
Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja.
Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen.
Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne Bremner berkata, setiap kontrak bernilai sekitar AS$100,000 (RM314,744).
Pada minggu ini, Bremner dan Rodriguez berkunjung ke bandar raya Vancouver, Negeri British Columbia untuk melihat sendiri penggambaran filem yang diolah berdasarkan pengalamannya, The Pregnancy Project.
Dibintangi aktres Spykids, Alexa Vega, ia akan ditayangkan di saluran Lifetime awal tahun depan, serentak dengan penjualan bukunya.- Agensi
sindiket pernikahan palsu letak harga surat nikah ratusan ringgit
GEORGE TOWN – Tidak perlu ‘kahwin lari’, hanya perlu mendapatkan surat nikah mengikut negeri pilihan masing-masing daripada broker yang menyamar sebagai jurunikah.
Demikian taktik yang dijalankan sindiket pernikahan palsu yang didakwa semakin aktif di kawasan Seberang Perai, dekat sini sekali gus menjadikan pasangan pengantin tempatan termasuk Indonesia dan Myanmar sebagai mangsa.
Modus operandi sindiket yang dianggotai lelaki tempatan dan asing itu adalah dengan menawarkan khidmat urusan pengeluaran surat nikah kepada pasangan yang ingin berkahwin sama ada dengan rakyat senegara mahupun berlainan negara.
Malah difahamkan, seorang broker merangkap kadi dalam kumpulan terbabit akan meletakkan harga ratusan ringgit bagi setiap surat nikah yang dicetaknya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)