Sunday, December 11, 2011
cara buat hotdog supaya lebih menarik
This is a step-by-step instruction on how to make unusually shaped hot dogs. Bon Appetit!
You need:
Dogs of your choosing, knife, long drill bit, (or round skewer if you have things like that)
1. Carefully push drill directly down the center of the hot dog.
2. Keep the knife at the same angle as you slice thru to the drill bit, and roll the hot dog away from you as you continue down the length of the dog. (pics 1 & 2) May or may not take you a couple trys to get method of nice tight coil.
3. Boil the dogs! Microwaving does not produce satisfactory results.
You need:
Dogs of your choosing, knife, long drill bit, (or round skewer if you have things like that)
1. Carefully push drill directly down the center of the hot dog.
2. Keep the knife at the same angle as you slice thru to the drill bit, and roll the hot dog away from you as you continue down the length of the dog. (pics 1 & 2) May or may not take you a couple trys to get method of nice tight coil.
3. Boil the dogs! Microwaving does not produce satisfactory results.
muzium mee segera
ada maggi ayam... yum yum...
Muzium ini telah dibuka oleh Japan’s Nissin Foods di bandar Yokohama bagi meraikan industri membuat mi dan menampilkan reka bentuk pakej semua mi segera dari seluruh dunia.
Pelawat juga boleh membuat versi mi segera mereka sendiri dibahagian
'My Cup Noodle Factory'. Pelawat boleh menguli tepung dan segala peringkat pembuatan mi segera di samping memilih sendiri serbuk perasa dan mereka cawan mi segera.
pst- terliur tengok orang makan mee segera
muka berubah tua kerana alahan- sungguh kesian
Kalau di lihat dua gambar diatas sekali imbas mungkin apa yang tergambar dalam fikiran kita ialah gambar seorang anak dengan ibunya ataupun adan dengan neneknya tetapi sebenarnya adalah orang yang sama.Apa yang menarik perhatian bagaimana seorang cantik jelita berumur 23 tahun boleh berubah wajah seakan-akan berumur 73 tahun dalam masa beberapa hari
sahaja.
Nguyen ThiPhuong,26 tahun ,betrasal dari Vietnam sebenarnya mengalami masalah alahan yang melanpau terhadap makanan laut dan menyedari masalah ini sejak tahun 1996 namun tidak mampu merawat penyakitnya kerana di belengu masalah kewangan.Suaminya,Thah Tuyen seorang tukang kayu mengatakan yang kejadian ini adalah benar berlaku namun cinta dan sayangnya terhadap isterinya tetap tidak kan pudar.
Cinta yang takkan Pudar....adessss..
Oleh kerana malu kepada masyarakat sekeliling dia selalu memakai topeng dan kini menaruh harapan kepada doktor agar dapat membalikkan semula kesan penuaan.Beliau kelihatan amat cantik pada usia 21 tahunnya di hari perkahwinan pada tahun 2006.
Puan Nguyen berkata: 'Lima tahun yang lalu, saya agak cantik dan tidak begitu hodoh seperti ini, betul?
Puan Nguyen percaya keadaan dirinya adalah disebabkan oleh alahan kepada makanan laut sepanjang hayat.
Beliau berkata beliau telah mengalami tindak balas yang teruk pada tahun 2008.
'Saya benar-benar gatal seluruh badan saya. Saya terpaksa menggaru walaupun ketika tidur.
Oleh kerana tidak mampu mendapatkan rwatan di hospital beliau terpaksa mencari ubat di farmasi,kesannya kegatalan semakin berkurang tapi tidak sepenuhnya.Dia beralih arah kepada ubat tradisional dan ternyata kegatalan itu menghilang namun sebaliknya yang terjadi ialah kulitnya yang semakin mengendur sehingga dua kali ganda dari sepatutnya.
Doktor berkata kejadian ini mungkin berlaku kerana kesan jangka panjang ubatan tradisional
taman rekreasi mimaland
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitukolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinyapapan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkankematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaankesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984
Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008
1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.
1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)
1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.
1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.
Subscribe to:
Posts (Atom)