Anda risau kereta baru anda
menarik perhatian pencuri? Tampalkan pelekat ini pada kereta baru
kesayangan anda... kereta anda akan turun nilainya di mata pencuri. Tapi
kenyataannya anda perlu bersyukur.
Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat
emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau
gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak
ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat
perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri
anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik
contohnya berasamara atau 'berkasih-kasihan' dengan wanita (siapa saja
wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta
sendiri orangnya)
3. Anda suka bersendirian berjalan malam.
4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai
diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu
sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.
Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu
sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda
ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada
banyak masa, tak kira siang atau malam.
6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada
yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di
tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang
orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak,
perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau
ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih...
8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat
bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin
ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan
ketat.
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam
jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua'lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau
jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab
tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda
seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam
nyata.
Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa
menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan
'kekasihnya' itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada
pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa
berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau
rumah-rumah terpencil dan sebagainya.
10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda
tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari
makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang
anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang
penuh kelembutan.
Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama
kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya
lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah 'mendung' atau
gelap seperti orang yang sedang marah.
13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh 'awek' anda tersebut.
14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula 'orangnya'.
16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang
anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin
rumahtangga anda selalu jadi 'perang saudara laki bini', anda berlaku
curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah
tak tentu pasal dan sebagainya.
Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan
berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai
agar anda akan menjadi miliknya seekor.
18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah
dan tak mustahil kalau isteri 'berhalangan', anda guna atau cari jalan
lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang
berilmu dan kuat iman.
Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan
keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila
seks kerana ia akan dapat ikut serta.
19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang
didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama
bagi anak-anak lelaki.
note : aku sendiri tak sure betol ke tak... cuma sebagai makhluk yang berakal dan berilmu, kita sepatutnya tahu macam mana nak lindungi diri kita dari anasir-anasir jahat... (sila bertanya kalo taktau)... sekurang-kurangnya kita berusaha..