widget

Monday, October 8, 2012

ibu kolagen serendah rm17.857 /pek!!





ibu kolagen 100g

belian (min) 10 pek, dapat free 4 pek! XD

harga untuk 10 pek- rm250

rm250/14 pek= rm17.857 :)


berbaloi-baloi~~~~~ 

untuk beli, sila isi order form kat sini... make sure letak email yang betol, jangan letak alamat rumah pulak, karang aku tak boleh balas...

order hanya diterima melalui order form sahaja.

no fon order


cara masak ibu kolagen sila kelik sini.

note: bukan setakat makan, dan minum dan buat mask muka je ibu kolagen ni, malah boleh buat mask rambut~~ XD

tq:)

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

tabiat yang merosakkan gigi

http://2.bp.blogspot.com/_3N0_mLCVUFE/TT1xdrT4F0I/AAAAAAAAAZk/PFVs7tmj1Zc/s1600/gigi_sakit.png 
1. Gigi digunakan sebagai alat

Ramai orang menggunakan gigi mereka sebagai alat untuk membuka botol, beg plastik kerepek, label harga pakaian, bahkan untuk memotong kabel. Ini boleh memberi kesan trauma pada gigi yang menyebabkan tepi gigi lemah dan menyebabkan berlaku maloklusi @ malocclusion (suatu kelainan susunan gigi atas dengan bawah).

2. Mengunyah ais

Ramai orang biasa mengunyah air batu @ ais, terutama sisa ais setelah habis minuman ais. Suhu yang keras dan sejuk dari ais benar-benar boleh menyebabkan gigi menjadi patah. Bahkan boleh membuat sebahagian daripada enamel gigi rosak. Doktor gigi mengesyorkan untuk membiarkan ais cair di mulut seperti memakan gula-gula, bukannya menghancurkannya dengan gigi.

3. Mengunyah benda keras

Tak sedikit orang yang punya kebiasaan mengunyah benda-benda keras seperti pensil, kuku dan benda keras lainnya. Sebaiknya kembalikan fungsi utama gigi untuk mengunyah makanan.

4. Menghisap limau

Jika dilakukan secara terus menerus, asid sitrik dalam limau boleh meluluhkan mineral penting pada gigi dan mengikis permukaan luar gigi, sehingga membuat gigi menjadi sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk. Namun, situasi ini tidak bererti bahawa anda tidak boleh makan semua buah-buahan jeruk. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda tidak terus menghisapnya di mulut untuk jangka masa yang lama.

5. Memberus gigi terlalu kasar

Ramai yang fikir bahawa dengan melaksanakan tekanan yang lebih ketika memberus atau menggunakan berus gigi berbulu keras membuat gigi lebih berkilat. Ini adalah mitos palsu yang harus dielakkan. Apabila anda memberus terlalu kuat dan kasar, atau menggunakan berus gigi berbulu keras, ia boleh merosakkan enamel protektif pada gigi anda. Ia juga boleh menyebabkan gusi surut dan sensitiviti gigi meningkat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2edRPlhSKzzWgdDwXeNKBK3L70ZiiLCn3PYI5Yt1_eKdTxU7VClsSYWFWQnCUGTFgQeiHCnK3Pxl2saUDvA9wFB42gX45s7Ka-FyA1mukLnJhY2TYEWsbT-av4OZCQJxS6_tGZ94GgCfP/s1600/gigi+2.jpg
6. Menggigit kuku

Kebiasaan menggigit kuku boleh memberi akibat buruk bagi gigi anda. Ia boleh menyebabkan gigi depan anda rosak atau retak. Bukan hanya itu saja, kebiasaan menggigit kuku akan memberikan peluang kepada kuman dan bakteria di kuku untuk masuk ke rongga mulut dan menyebabkan jangkitan gusi.

7. Menggertakkan gigi semasa tidur

Brukisme kronik @ menggertak gigi boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti gigi patah dan longgar. Ini juga boleh menyebabkan sakit pada sendi rahang, sakit kepala dan sakit gigi. Untuk menghadkan kerosakan tersebut, doktor gigi umumnya akan menyarankan anda supaya memakai alat penjaga mulut.

8. Minum wain putih

Ramai orang (di barat) memilih wain putih berbanding wain merah sebagai pilihan untuk mengelakkan noda pada gigi. Tapi sebenarnya, wain putih boleh menyebabkan masalah yang lebih kekal kerana keasidan yang tinggi. Untuk perlindungan, kumur mulut anda dengan air selepas minum dan makan keju untuk mengimbangi keasidan anggur.

9. Pengambilan minuman ringan berlebihan

Minuman manis berkarbonat adalah salah satu sumber makanan yang paling berpotensi merosakkan gigi. Ini bukan hanya masalah kandungan gula pada minuman ringan @ soft drink yang buruk bagi gigi anda tetapi asid yang dimasukkan ke dalam minuman juga menyumbang untuk pembentukan gigi berlubang.

10. Menghisap ibu jari

Menghisap ibu jari adalah salah satu kebiasaan yang paling biasa di antara kanak-kanak. Tetapi ianya boleh mengganggu kedudukan gigi depan atas dan bawah, sehingga menyebabkan gigi atas melebar keluar atau disebut sebagai jongang. Salah satu rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan rawatan ortodontik.


gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

sebab-sebab migrain

Migrain boleh dicetuskan oleh beberapa perkara, dan setiap individu mempunyai pengalaman mereka yang berbeza. Pencetus boleh jadi adalah semudah perubahan dalam diet atau bau minyak wangi tertentu. Walaupun penderita migrain mempunyai pencetus yang berbeza, faktor yang paling biasa adalah ketidakstabilan di dalam badan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhKCylpkvZCapJ7G2DuoJqLGAz7v_6dyg4cJNkRyBk_5NsM6fqg8Lu7mdPPGVjcHEEzW9PC7BZcnHXT4lPPNFNj6DBy1ApqqoiURZybi-ULwDZNA3Kl-8KGFux79Z2unidfjQZe5-8LZs/s1600/office_headache.gif
Di bawah ini adalah pemicu kepada migrain yang paling umum, 

1 - Makanan (terutamanya yang mengandungi Tyramine)

Bagi penderita migrain, berikut adalah beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihadkan mengambilnya agar anda tidak mendapat serangan sakit kepala;

1. Keju cheddar.
2. Coklat.
3. Makanan masin, acar, atau makanan fermentasi
4. Makanan yang mengandung nitrit atau nitrat seperti hot dog atau MSG (MonoSodium Glutamate)
5. Kekacang.
6. Buah betik, alpukat, jeruk.
7. Minum lebih dari 2 cangkir minuman berkafein seperti teh, kopi, atau soda dalam sehari.
8. Alkohol (termasuk anggur merah dan bir).

Tyramine adalah bahan alamiah yang terbentuk daripada pecahan protein dalam makanan apabila ia berumur. Makanan yang mengandungi jumlah yang tinggi tyramine termasuk keju tua, wain merah, yogurt, minuman keras, krim masam, daging diproses, jeruk, avokado dan beberapa kacang, seperti garbanzo, pinto dan lima.


2 - Dehidrasi (kurang air)

Anda boleh ternyah-hidrat walaupun anda tidak fikir anda dahaga. Doktor mencadangkan 64 hingga 80 aun atau lapan gelas air sehari untuk mengekalkan penghidratan yang betul. Minuman keras dan berkafein meningkatkan dehidrasi dalam badan dan mesti dielakkan.


3 - Mestruasi (Haid)

Bagi kebanyakan kaum hawa, kitaran menstruasi merupakan pemicu utama serangan migrain. Serangan biasanya terjadi beberapa hari sebelum atau selama period menstruasi. Pada beberapa perempuan serangan bahkan muncul ketika ovulasi. Penurunan estrogen diyakini sebagai pelakunya. Perempuan yang mendekati masa menopause, flukstuasi kadar estrogen juga dapat memicu peningkatan risiko migrain.


4 - Hormon

Jika hormon anda berubah-ubah, migrain boleh mengikuti. Ramai wanita mengalami migrain dengan masa haid dan semasa hamil atau menopaus. Pil perancang atau lain-lain bentuk terapi penggantian hormon juga boleh meningkatkan konsisten migrain.


5 - Keadaan sekitar

Aroma parfum yang kuat merupakan pemicu langsung untuk beberapa perempuan. Maka itu, kadang-kadang sulit bagi penderita untuk berada di ruang awam seperti pejabat dan gerai kosmetik di pusat membeli belah. Bagi yang lain, kelipan lampu atau layar filem di panggung yang gelap atau sinar matahari yang menyilaukan melalui pohon di jalan atau ketika sedang memandu juga boleh memicu migrain. Bunyi bising juga kadang-kadang memicu kepada migrain.


6 - Stres (tekanan perasaan)

Pemicu migrain yang paling umum adalah stres. Penderita migrain dianggap sangat responsif secara emosional. Rasa cemas, khuatir, syok, dan kesedihan, semua dapat melepaskan bahan kimia otak tertentu yang menyebabkan sakit kepala migrain.


7 - Perubahan corak tidur

'Jet lag' dan corak tidur tidak menentu terutamanya boleh mempengaruhi berlakunya migrain. Menukar jadual tidur anda dengan hanya satu jam boleh menyebabkan migrain, terutama pada individu yang sensitif tidur.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...