Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera
perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok
merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti
kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang
yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok
dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada
penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek
kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.
Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang
sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana
menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya
tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan
positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.
tanpa kita sedar, merokok sebenarnya ada 3 kebaikan:
1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang
mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama
beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan
menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda
bererti awet muda.
2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat
gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap
rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak
sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan
mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena
baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.
3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal
pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di
tengah malam.
Tetiba
Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti
menyangka kita belum tidur.
So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakanmoralnya? lu pikir lah sendiri.. haha