Wednesday, January 18, 2012
seluar dalam anti bau kentut
Saat menderita perut kembung, seseorang sering merasa tersiksa di tempat umum kerana takut buang angin yang dapat menyebabkan bau. Tapi kini tak perlu bimbang, penyelidik baru saja mencari seluar dalam yang boleh meredam bau, termasuk bau kentut. Celana dalam ini direka untuk menyembunyikan bau kentut Orang yang mengalami perut kembung sekarang tak perlu bimbang harus buang angin di tempat awam, kerana penyelidik dari Australia telah mencari dan memasarkan seluar dalam yang boleh meredam dan mencegah bau keluar.
Celana dalam tersebut khusus dibuat untuk lelaki dengan menggunakan nanaoteknologi yang direka dapat mencegah bau kurang sedap keluar melalui kain. Idea pembuatan seluar dalam khas ini bermula dari seorang pengusaha asal Australia yang tak berdaya menahan rasa malu apabila mengalami perut kembung di pejabatnya. "Saya mengimpikan konsep pakaian 4SKINS yang menahan bau ini setelah saya dan beberapa ahli keluarga saya menderita perut kembung," jelas Gilbert Huynh, pengusaha 4SKINS.
Menurutnya setelah mengalami keadaan tersebut, ia berfikir untuk membuat seluar dalam yang tidak hanya selesa digunakan tetapi juga boleh dimanfaatkan untuk menahan bau yang tidak sedap untuk menghindarkan dari rasa malu. "Jika ini membantu mengurangkan jumlah bau, maka akan jadi sebuah peluang yang besar, terutama bagi orang yang mengalami kembung dan harus sering buang angin, "jelas Huynh.
Setelah dua tahun penyelidikan dan pembangunan, termasuk ujian terhadap 50 peserta, Huynh akhirnya dapat menyelesaikan projek tersebut dan menghasilkan seluar dalam yang menjadi penyelesaian dengan menggabungkan keselesaan dan gaya.
Rahsia seluar dalam yang dapat menahan ancaman metana ini adalah teknologi yang disebut dengan kain Neutraliser. Kain yang dibuat dengan Nano-Tex ini tidak seperti penyelesaian lain yang bertujuan untuk mengurangkan bau, tetapi untuk menahan bau yang keluar. Bau di sebalik seluar ini dipastikan tidak keluar, sehingga membolehkan orang-orang di sekitar pengguna boleh bernafas. "Saya pakai sendiri dan melakukan beberapa ujian asas. Lalu keluarga dan rakan-rakan saya juga memakainya dan mengatakan ini benar-benar bekerja."
proses penanaman rumput stadium
Setelah Rumput Tumbuh dan Siap dipindahkan ke Stadium, Rumput di Gulung Terlebih Dahulu
macam sardin roll--- droooooooling~~~
Setelah di gulung rumputnya di bawa ke Stadium
siap!
cara gadis-gadis pada tahun 1860 bersiap
Sediakan rangka yang sesuai
Masukkan rangka pada gadis tersebut
Betulkan rangka biar selesa
Masukkan gaun pada gadis berkenaan. (tengok nak masuk gaun pon kena ada 2-3 orang tolong)
Selesai pakai gaun kembang
Untuk pengetahuan anda, rangka tersebut dipanggil Crinoline dan ia diperbuat daripada besi bertujuan untuk memberi bentuk dan menyokong gaun yang dipakai. Ia biasa dipakai oleh kerabat diraja dan orang-orang kenamaan untuk menunjukkan darjat seseorang. Tengok la nak pakai dia pon agak rumit dan perlukan bantuan beberapa pembantu.
note : masa kecik-kecik dulu, semua baju aku ialah ialah gaun kembang...seluar? jeans? jangan harap sebab ayah aku tak suka aku pakai seluar. OMG girlishnya aku masa kecik2.... tapi sekarang, jeans memanjang... haha
Konsep “Jangan Buang Rezeki” Dan Pembaziran Semasa Berdiet
-artikel diambil dari laman kevin zahri-
Kalau anda macam saya dan jarang habiskan makanan dan minuman (kerana ingin jimat pengambilan kalori), orang lain akan cepat menegur dan mengingatkan anda untuk elakkan pembaziran – “tak baik buang rezeki” atau “janganlah buang rezeki”.
Betul. Memang tidak elok membazir atau membuang rezeki. Tetapi niat saya di sini bukanlah untuk membazir. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami. Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Tapi, kalau saya boleh mengelak dari membazir, insyallah saya akan amalkan. Tetapi walaupun saya sudah pesan teh tarik gelas kecil ataupun nasi separuh, kuantiti hidangan terlalu
banyak.
Selamat berdiet dan cuba elakkan dari membazir. Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik.
kalo suka sila share :)
Kalau anda macam saya dan jarang habiskan makanan dan minuman (kerana ingin jimat pengambilan kalori), orang lain akan cepat menegur dan mengingatkan anda untuk elakkan pembaziran – “tak baik buang rezeki” atau “janganlah buang rezeki”.
Apakah niat anda?
Jadi apabila saya ditegur (yes, saya pun ditegur. Selalunya oleh ayah saya yang disayangi.), Saya selalu memberikan penyelasan berikut:
Betul. Memang tidak elok membazir atau membuang rezeki. Tetapi niat saya di sini bukanlah untuk membazir. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami. Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Tapi, kalau saya boleh mengelak dari membazir, insyallah saya akan amalkan. Tetapi walaupun saya sudah pesan teh tarik gelas kecil ataupun nasi separuh, kuantiti hidangan terlalu
banyak.
-Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami.-
Tip Untuk Elak Dari Membazir Semasa Berdiet
Untuk elakkan pembaziran semasa berdiet, cuba amalkan tip-tip berikut:
- Jangan ikut nafsu makan semata-mata. Rancang terleblih dahulu.
- Cuba ambil lauk sendiri.
- Pesan kepada waiter/waitress yang anda inginkan gelas kecil, nasi separuh, kurang gula dan lain-lain
- Kalau makan bersama keluarga, cuba pesan satu gelas air manis yang boleh dikongsi. Ini juga jimatkan duit.
- Kalau pesan terlebih, cuba tapau yang selebihnya.
- Elakkan tempat makan (terutamanya restaurant) di mana saiz hidangan memang besar.
Selamat berdiet dan cuba elakkan dari membazir. Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik.
- tq kevin zahri-
hokey, berdasarkan pengalaman, selalu juga aku berpikir kenapa berat aku tak turun macam yang aku nak..
1- disiplin makan memang hancor la XD.. haha... tapi masih berusaha untuk mendisiplin diri...pelan2... biar badan dapat terima...
2- niat.. hmmmm....niat terpesong kot... mungkin ada hikmahnya berat tak turun... sebab mana tau, kalo dah slim, mula la pakai pakaian tak menentu.. tiba-tiba pakai short pants sebab peha dah kecik... -mintak dijauhkan-
jadi betolkan niat.. dan takyah la ikut orang.. buat biar sesuai dengan diri sendiri dan poket sendiri..
oh ya, satu lagi sila google mengenai adap makan para sahabat/nabi.
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)