widget

Wednesday, January 18, 2012

Konsep “Jangan Buang Rezeki” Dan Pembaziran Semasa Berdiet

-artikel diambil dari laman kevin zahri-




http://iwandahnial.files.wordpress.com/2010/09/food-2.jpg?w=510
Kalau anda macam saya dan jarang habiskan makanan dan minuman (kerana ingin jimat pengambilan kalori), orang lain akan cepat menegur dan mengingatkan anda untuk elakkan pembaziran – “tak baik buang rezeki” atau “janganlah buang rezeki”.


Apakah niat anda?

 

Jadi apabila saya ditegur (yes, saya pun ditegur. Selalunya oleh ayah saya yang disayangi.), Saya selalu memberikan penyelasan berikut:

Betul. Memang tidak elok membazir atau membuang rezeki. Tetapi niat saya di sini bukanlah untuk membazir. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami. Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Tapi, kalau saya boleh mengelak dari membazir, insyallah saya akan amalkan. Tetapi walaupun saya sudah pesan teh tarik gelas kecil ataupun nasi separuh, kuantiti hidangan terlalu 
banyak.


-Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami.-


Tip Untuk Elak Dari Membazir Semasa Berdiet

 

Untuk elakkan pembaziran semasa berdiet, cuba amalkan tip-tip berikut:


  1. Jangan ikut nafsu makan semata-mata. Rancang terleblih dahulu.
  2. Cuba ambil lauk sendiri.
  3. Pesan kepada waiter/waitress yang anda inginkan gelas kecil, nasi separuh, kurang gula dan lain-lain
  4. Kalau makan bersama keluarga, cuba pesan satu gelas air manis yang boleh dikongsi. Ini juga jimatkan duit.
  5. Kalau pesan terlebih, cuba tapau yang selebihnya.
  6. Elakkan tempat makan (terutamanya restaurant) di mana saiz hidangan memang besar.


Selamat berdiet dan cuba elakkan dari membazir. Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik.

- tq kevin zahri-



hokey, berdasarkan pengalaman, selalu juga aku berpikir kenapa berat aku tak turun macam yang aku nak.. 

1- disiplin makan memang hancor la XD.. haha... tapi masih berusaha untuk mendisiplin diri...pelan2... biar badan dapat terima... 

2- niat.. hmmmm....niat terpesong kot... mungkin ada hikmahnya berat tak turun... sebab mana tau, kalo dah slim, mula la pakai pakaian tak menentu.. tiba-tiba pakai short pants sebab peha dah kecik... -mintak dijauhkan-



jadi betolkan niat.. dan takyah la ikut orang.. buat biar sesuai dengan diri sendiri dan poket sendiri..



oh ya, satu lagi sila google mengenai adap makan para sahabat/nabi. 


sekian.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...