widget

Sunday, October 2, 2011

Profesor Oxford sokong permainan Internet



SEORANG pelajar universiti bermain permainan komputer Internet di Chongqing, China. - Gambar hiasan


LONDON - Seorang profesor di Universiti Oxford, Marcus du Sautoy mendakwa permainan melalui Internet dapat merangsang minat kanak-kanak terhadap subjek matematik.

Malah Du Sautoy mendapati, ramai pelajar berusia antara 11 hingga 16 tahun yang menggemari pelajaran matematik tetapi akhirnya kehilangan minat serta menjadi bosan terhadap matematik.

Du Sautoy, 44, yang bimbang dengan keadaan itu, membantu mewujudkan sebuah laman web matematik menggunakan ilustrasi seperti komik Jepun dan ia dikenali sebagai Manga High.

Ia menawarkan permainan dengan corak arked yang memberi sasaran untuk mendidik kanak-kanak sekolah kepada topik khusus kurikulum seperti geometri dan persamaan kuadratik.

Laman itu dicipta oleh Toby Rowland, pengasas bersama King.com, antara syarikat permainan Internet terbesar dunia dan juga anak kepada jutawan mendiang Tiny Rowland.

"Saya pernah melihat anak saya bermain Internet dan apabila Toby menemui saya, kami berbincang jika semua kemahiran itu dimajukan bersepadu. Ia cabaran menarik," kata Du Sautoy.

Beberapa sekolah di London dan di Amerika Syarikat sudah mencuba permainan itu yang meminta murid memasukkan koordinat tertentu pada graf bagi 'menyelamat' bumi. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...