SUSSEX - Misi Emily Wallis mencari bapanya yang terpisah sejak bayi berakhir dengan pengalaman luar biasa setelah mendapati bekas petinju tersebut bertukar jantina.
Ibu Emily menggambarkan bapanya, Clive Harrison sebagai 'Kuda Itali' tetapi kini lelaki itu mahu dikenali sebagai Chloe, 52.
Emily berkata, Chloe kelihatan seperti nangka yang sarung baju berwarna perak, memakai alat solek dan rambut palsu.
"Lidah saya kelu tidak terkata apa-apa. Apa yang boleh saya katakan 'Ayah lebih cantik daripada saya, saya sukakan kasut ayah'," kata Emiliy di sini.
Katanya, dia mula menyedari memiliki seorang bapa kandung setelah mendapati perbezaan ketara pada wajahnya dengan tiga adiknya yang lain.
Rahsia terbongkar Emily ketika berusia 19 tahun apabila ibunya, Ann, 47, mendedahkan bahawa dia ialah anak hasil hubungannya dengan Chloe.
Ann yang tinggal di Hastings, East Sussex memberitahu Emily, dia pernah bertemu Chloe di Herne Bay, Kent pada 2005 dan sejak itu bapanya berhasrat untuk bertemu anaknya.
Namun, ibunya terputus hubungan kerana nombor telefon yang diberi Chloe tercicir sehinggalah seorang rakan memaklumkan Chloe berada di sini. - Agensi
No comments:
Post a Comment