widget

Sunday, October 2, 2011

Kanak-kanak dua tahun setinggi 1.34 meter



GAMBAR menunjukkan Karan Singh (kiri) berdiri bersama rakan-rakan sebaya.


NEW DELHI - Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia.

Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter.

Menurut ibu Karan, dia berharap anaknya itu akan mengatasi ketinggiannya.

Ibu budak itu mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.

Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi.

"Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya.

Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.

Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...