PARKLAND - Seorang bekas banduan dipercayai melepaskan tembakan balas dendam terhadap empat anggota polis peronda yang berbincang mengenai pengagihan tugas di sebuah kedai kopi di sini.
Jurucakap syerif Pierce County, Ed Troyer berkata, pihak polis sedang mencari suspek berumur 37 tahun yang dikenali sebagai Maurice Clemmons (gambar kecil).
|
|
Menurutnya, suspek melangkah masuk ke dalam kedai pada pukul 8.15 sebelum duduk di kaunter seperti hendak membuat pesanan.
Namun seorang pelayan Forza Coffee Shop melarikan diri ke belakang kedai setelah ternampak selaras senapang yang dibawa suspek.
Troyer berkata, suspek kemudian melepaskan tembakan rambang seperti satu serangan hendap terhadap mangsa yang sedang duduk menyebabkan dua mangsa meninggal dunia serta-merta.
Siasatan awal mendapati mangsa ketiga sempat bangun tetapi mati ditembak sejurus berdiri.
Menurut Troyer, pegawai polis keempat yang turut cedera sempat membalas tembakan dan bergelut dengan suspek tetapi dia akhirnya meninggal dunia di kaki lima kedai kopi berkenaan.
"Kami percaya mereka bergelut, bertengkar, bergaduh... sehingga ke luar pintu (kedai kopi)," kata Troyer.
Clemmons mempunyai sejumlah rekod jenayah sejak berumur 17 tahun di negeri Arkansas termasuk merompak dan mencuri, kata kenyataan.
Clemmons baru-baru ini pernah ditahan di Pierce County di Washington kerana mengasari seorang pegawai polis dan tuduhan merogol kanak-kanak.
Mangsa yang bertugas di sebuah balai di sini dikenal pasti sebagai Sarjan Mark Renninger, 39; Ronald Owens, 37; Tina Griswold, 40, dan Greg Richards 42.
Pemilik Forza Coffee Shop, Brad Carpenter berkata, semua pekerjanya selamat. - Agensi
No comments:
Post a Comment