MANILA - Seorang pengawal penjara Filipina di sini melakukan rondaan dengan berdiri di atas platform kayu manakala beberapa banduan mengendalikan rakit buatan yang membawa pelawat ekoran banjir melanda penjara itu di Pasig dekat sini.
Selepas hampir seminggu Filipina dilanda banjir maut yang menenggelamkan pusat bandar Manila namun sebuah penjara berdekatan sungai di Pasig masih ditenggelami air paras paha."Pada awalnya, air banjir meningkat sehingga paras pinggang. Namun, 859 penghuni penjara ini berjaya menyelamatkan diri," kata Ketua Penjara Bandar Pasig, Supritendant Hilbert Flor sambil berdiri di atas sebuah platform kayu.
"Di sini ada banyak ikan," kata seorang pengawal penjara sambil menunjukkan tangannya ke arah buih di permukaan air yang berwarna coklat dan berbau busuk dari celah tingkap penjara tersebut.
"Mungkin kami akan sediakan sebatang joran untuk setiap banduan memancing daripada membenarkan mereka bermain permainan bola keranjang di kawasan penjara," katanya dalam nada bergurau. - AFP
No comments:
Post a Comment