Saturday, December 29, 2012
gambar anak perempuan eminem
Dia adalah anak perempuan Eminem, Hailie Jade Mathers
. tak sangka dah besar. dulu suka dengar lagu 'hey hailie i miss your mum, bla bla bla, (lupa tajuk) ;p
kalo suka sila share :)
Friday, December 28, 2012
makanan-makanan palsu dari china
Kacang walnut palsu
- Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang
dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit
kacang walnut yang ori dan digam.
Madu lebah palsu
- Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu. Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.

Daging lembu palsu
-
Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian
diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan
perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh
membawah penyakit kanser.
Beras palsu
- Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek. Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras. "Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.

Telur palsu
- Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air. Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur. Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan

- Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.
BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya
Thursday, December 27, 2012
tips elakkan ketiak hitam
Punca paling utama terjadinya masalah bawah lengan hitam adalah
disebabkan kulit bersentuhan di antara bawah lengan yang meninggalkan
kesan hitam yang sukar diputihkan.
Antara penyebab biasa yang menjadikan bawah lengan hitam adalah
disebabkan mencukur bawah lengan menggunakan pencukur (shaver) yang
menyebabkan micro abrasion. Sebenarnya teknik pencukuran ini
menyebabkan kulit bawah lengan kita menjadi luka tanpa disedari dan
disebabkan itu setelah elok, luka daripada kesan cukuran tadi
meninggalkan kesan kulit hitam.
Oleh itu, jika anda mencukur bawah lengan menggunakan pisau pencukur dan
kemudian anda sapukan sedikit alkohol pasti anda akan berasa pedih
kerana luka selepas mencukur.
Selain itu, pemilihan deodoran juga boleh menyebabkan alahan dan gatal
di bawah lengan yang akan menyebabkan bawah lengan menjadi hitam akibat
dari ketidaksuaian penggunaan deodoran yang ada.
Ramai yang cuba menggunakan pelbagai produk di pasaran untuk mengatasi
masalah kehitaman bawah lengan, namun jalan penyelesaian yang paling
bagus dan terbukti keberkesanannya adalah berjumpa sendiri dengan pakar
dermatologis untuk mengetahui apakah punca sebenar bawah lengan anda
menjadi hitam.
Mereka pasti akan ada jawapan yang kukuh dan menyarankan anda membuat
beberapa rawatan khas untuk mengembalikan keputihan bawah lengan seperti
remaja.
Namun begitu, selain berjumpa pakar kulit, anda boleh mencuba sendiri
beberapa tip-tip ringkas yang boleh dilakukan di rumah untuk memutihkan
bawah lengan.
Sapuan limau
Disebabkan limau mempunyai vitamin C amatlah baik penggunaannya kepada
bawah lengan. Buang bijinya, kemudian lumurkan limau tersebut secara
bulatan dan kemudian bilas bawah lengan dengan air bersih hingga hilang
lekitan. Sapu dengan bedak di akhir proses. Buat ini setiap malam untuk
lihat hasilnya.
Campuran buah limau, madu dan bedak tawas
Campurkan satu sudu teh jus limau dan juga madu. Gunakan campuran
tersebut dan lumurkan ke atas permukaan bawah lengan yang hitam. Biarkan
ia selama 20 ke 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan
proses ini sebelum anda mandi. Anda juga disarankan meletakkan bedak
tawas selepas anda keringkan badan.
Gunakan teknik laser
Kaedah ini adalah antara paling berkesan untuk mendapatkan bawah lengan
yang putih dan menawan. Disebabkan harga untuk menggunakan kaedah ini
agak mahal jarang orang mengambilnya sebagai jalan penyelesaian. Teknik
ini akan membuatkan bulu bawah lengan anda lenyap buat selama-lamanya
dan anda tidak lagi perlu mencukur setiap kali bulu tumbuh. Kaedah ini
juga membuatkan permukaan kulit bawah lengan anda menjadi lebih lembut
dan secara tidak langsung ia akan bertukar menjadi putih.
tips bercukur untuk lelaki
Pada usia remaja, golongan lelaki melalui suatu tahap di mana mereka mengalami pertumbuhan bulu roma secara berperingkat.
Sama ada cepat ataupun lambat, pertumbuhan bulu adalah bergantung pada
hormon badan. Antara faktor lain yang turut memainkan peranan kepada
pertumbuhan bulu, khasnya misai dan janggut, adalah pemakanan yang
diambil.
Tidak kira sama ada lebat ataupun nipis, pertumbuhan misai dan janggut
mampu memberi impak penampilan usia kepada golongan remaja.
Oleh itu, kepada si jejaka yang mahu tampak kekal remaja, ikutilah beberapa tips berguna untuk mendapatkan cukuran hebat.
Pilih pencukur yang sesuai
Pilih pisau pencukur yang bersesuaian dengan anda. Untuk memudahkan lagi
cukuran, krim pencukur yang baik membuatkan cukuran menjadi lebih licin
dan tidak merosakkan kulit wajah. Elakkan dari menggunakan pisau
pencukur yang berkarat kerana ia bukan sahaja akan merosakkan kulit
wajah, malah akan mengakibatkan penyakit kancing gigi.
Cuci muka dengan skrub
Untuk memberikan kesan kulit wajah yang lebih licin selepas bercukur,
cucilah wajah anda dengan pencuci wajah, diikuti dengan skrub agar kulit
mati dapat ditanggalkan. Ia juga dapat membuatkan wajah akan kelihatan
lebih bersih dan sempurna.
Urut wajah selepas bercukur
Selepas bercukur, lakukan sedikit urutan pada wajah kerana ia bagus untuk membentuk wajah yang lebih segar dan sihat.
Guna pelembap wajah
Mungkin anda tidak tahu bahawa dengan pelembap berfungsi melambatkan
pertumbuhan misai ataupun janggut, lantas memudahkan anda untuk tidak
sering bercukur. Malah, pelembap juga baik untuk hujung bulu roma agar
tumbuh lebih cantik dan tidak tajam.
Wapkan muka
Wapkan wajah anda dengan menggunakan wap air panas kerana ia membantu
membuka pori-pori dengan luas, membuatkan kerja cukuran menjadi lebih
mudah.
kisah seorang nenek dan seekor kucing :)
Tahun 2001, Nenek Misa telah menemui seekor anak
kucing terbuang yang seperti kebanyakan kucing lain di teduhan
ladangnya. Namun hati Nenek Misa terdetik untuk mengambil pulang anak
kucing tersebut. Mungkin kerana keunikan yang ada pada anak bulus
tersebut membuatkan Nenek Misa terdetik untuk memeliharanya atau mungkin
menghilangkan kesunyian sebagaimana warga tua yang lain. Kini telah11
tahun anak kucing itu hidup dengan Nenek Misa, Fukumaru, adalah teman
sejati buat Nenek Misa.
Kisah persahabatan ini mula mendapat perhatian apabila, Miyoko Ihara, seorang jurugambar dan juga cucu kepada Nenek Misa mula memgambil gambar neneknya dan Fukumaru sejak sekian lama dan mula menerbitkan buku bergambar tentang persahabatan sejati manusia dengan haiwan ini. Kini Nenek Misa yang sudahpun mencecah 88 tahun sentiasa ditemani Fukumaru di rumah, bersama kawan mahupun ke ladang.Fukumaru dianggap sebagai pembawa tuah dan reeki kepada Nenek Misa. Oleh itu nama Fukumaru dipilih yang bermaksud God of Fortune mengikut kepercayaan Nenek Misa.
Hidup bersama dan menjadi tua bersama, hampir sedekat bersama, mereka berkongsi banyak pengalama malah menyambut hari lahir bersama.
Fukumaru yang mempunyai kecacatan pendengaran dan Nenek Misa yang juga mengalami masalah pendengaran menjadi mata antara satu sama lain. Setiap hari Fukumaru akan bersama Nenek Misa pergi ke ladang untuk bertani. Fukumaru akan berguling dan bermain sambil menunggu Nenek Misa sedang bekerja dan kadang-kadang merayau di sekeliling untuk melihat apa yang dilakukan Nenek Misa.
Tidak ada yang lebih manis dari keakraban hubungan mereka berdua. Bukan sahaja ke ladang, malah makan dan mandi juga, Fukumaru setia bersama dengan Nenek Misa termasuklah semasa Nenek Misa berehat dan tidur.
Menurut Miyoko, mereka berdua terlalu gembira bersama. "Apabila saya mengambil gambar mereka berdua, seolah-olah saya sedang mengambil gambar saya sendiri bersama gadis kecil. Melihat nenek saya, dia hidup dengan penuh kekuatan yang tak mungkin ada pada generasi sekarang. Bangun pagi bersama terbitnya matahari dan kembali tidur bersama terbenamnya matahari. Nenek terlalu menyayangi fukumaru dan sayur-sayurannya. Nenek gembira apabila sayurnya tumbuh dengan subur. Kadang-kadang saya cemburu dengan cara hidup nenek."
Kisah hidup mereka telah didokumentasi dalam Misao The Big Mama And Fukumaru The Cat
sweet kan? XD

Sangat cute

akuarium gergasi dalam shopping mall pecah
Sebuah akuarium gergasi yang boleh memuatkan 7 ekor ikan
jerung telah dibina di sebuah Shopping Mall sekitar China dua tahun yang lalu.
Namun ianya tidak tahan lama kerana minggu lepas, ianya pecah dan mencederakan
seramai 56 orang serta membunuh kesemua ikan jerung di dalamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)