widget

Monday, October 24, 2011

Bangkai makhluk asing ditemui



IMEJ bangkai makhluk asing yang dirakam pada 26 September lalu di Brazil dan disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. - YouTube


ITAJUBA, Brazil - Satu mayat makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi.

Mayat itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais.

Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya.

Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat.

Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan. 

Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kelas yoga untuk anjing



BEBERAPA pemilik anjing termasuk Suzette Ackermann (dua dari kiri) menyertai kelas yoga untuk haiwan itu di sebuah studio di Hong Kong pada 8 Oktober lalu.


HONG KONG - Kelas yoga untuk anjing peliharaan diperkenalkan di Hong Hong oleh pengajar tarian dari Afrika Selatan, Suzette Ackermann.

Kelas itu mula dibuka setahun lalu dan Ackermann mengendalikan sesi tersebut bersama dengan seekor anjing peliharaannya, Snowball yang berusia tujuh tahun.

Kelas itu dikenali sebagai doga.

"Apabila saya berlatih (yoga) di rumah, ia (anjing itu) akan datang ke hamparan bersama saya," kata pengajar tarian tersebut yang juga guru yoga. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

JLo tinggalkan pentas kerana menangis



JENNIFER LOPEZ membuat persembahan di sebuah auditorium di Uncasville, Amerika Syarikat kelmarin.


UNCASVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez meninggalkan pentas di sebuah auditorium yang dipenuhi penonton di sini kerana dia menangis semasa menyanyikan lagu mengenai cinta.

Lopez yang berusia 42 tahun membuat persembahan di auditorium Mohegan Sun Arena di sini ketika kejadian itu berlaku.

Penyanyi tersebut yang terkenal dengan panggilan JLo menyanyikan lagu I You Had My Love.

JLo memberitahu penonton bahawa lagu tahun 1999 itu merupakan lagu pertama yang dihasilkannya berkaitan dengan cinta. 

Penyanyi itu yang pernah beremosi kemudian mengejutkan penonton dengan pertanyaan: "Apakah itu cinta."

Sebelum dia menambah dengan menyatakan: "Selepas lagu terakhir saya mengenai cinta, banyak yang telah berubah sejak itu."

Lagu I You had My Love dihasilkannya semasa dia menjalin hubungan dengan penyanyi rap, P. Diddy.

Pasangan itu berdepan dengan hubungan yang berkocak selama tiga tahun sebelum JLo berkahwin dengan penari sokongan, Chris Judd.

Penyanyi itu kemudian menjalin hubungan dengan aktor, Ben Affleck sebelum terputus walaupun mereka hampir berkahwin.

Selepas episod sedih itu, dia berkahwin dengan penyanyi Latin, Marc Anthony.

Bagaimanapun, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.

Menurut seorang saksi: "Pada penghubung nyanyiannya, dia mula sebak dan terpaksa mengambil sedikit masa untuk kembali tenang.

Saksi itu berkata kepada laman hiburan RadarOnline.com, dia kemudiannya menangis dan berlari dari pentas. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

bapa didenda sebab cuba roboh rumah anak dengan jentolak





MAT YASIN yang didenda RM500 kerana cuba merobohkan rumah didiami anaknya keluar dari Mahkamah Majistret Marang.




MARANG – Seorang warga emas didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas kesalahan cuba merobohkan rumah anaknya sendiri menggunakan sebuah jentolak dalam kejadian pada 1 Mei lalu.


Mat Yasin Ali, 71, yang ditemani peguamnya, Ahmad Fairuz Jusoh kelihatan tenang ketika membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menggunakan sebuah jentolak dengan niat merobohkan sebuah rumah yang diduduki anak, menantu dan cucu-cucunya.


KEADAAN dapur rumah Yusuf di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung, Marang yang belum dibaiki selepas diroboh oleh bapa kandungnya pada 1 Mei lalu.




Perbuatan itu dilakukan di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung dekat sini pada pukul 9.30 pagi pada 1 Mei lalu.


Semasa kejadian dalam rumah tersebut mempunyai enam beranak termasuk anak tertuduh, Yusuf, 51.


Pertuduhan tersebut turut menyebut, perbuatan gopoh cuba memusnah kediaman tersebut membahayakan nyawa manusia dan tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.


Jika sabit kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai tiga bulan, atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Thursday, October 20, 2011

Motosikal guna najis manusia



GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.


TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini. 

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...