
Wednesday, January 25, 2012
cara pakai perfume
- SEmburkan Perfume anda sebelum memakai baju. Perfume seharusnya disemburkan pada badan yang lembab dan bukan pada baju.
- Semburkan pada bahagian tubuh yang bernadi iaitu kawasan pergelangan tangan, leher, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara dua buku lali kaki.
- Boleh juga cuba sembur wangian dari atas dan lalu di atasnya. cara ini boleh menguatkan lagi bauan anda.
Tuesday, January 24, 2012
cara memperingati haiwan belaan yang dah mati
1.) Jadikannya sebagai bantal

Dalam bantal ni letakkan sebungkus plastik yang terdapat abu haiwan kesayangan anda yang telah meninggal dunia. Jadikan bantal itu sebagai bantal tido anda. Peluklah ia ibarat anda memeluk haiwan kesayangan anda.
2.) Jadikannya sebagai rantai

Bagi pemilik haiwan yang berbulu seperti kucing atau anjing, jadikanlah bulu haiwan kesayangan anda sebagai rantai. Pusing-pusing sekeliling rumah anda dan kumpulkanlah bulu-bulu mereka yang tertinggal. Sekiranya ada kesempatan, cukurlah sedikit bulu haiwan kesayangan anda sebelum ia dikebumikan.
Jadikan bulu-bulu itu seperti bola-bola kecil, dan gabungkan ia menjadi seutas rantai. Pakailah rantai itu setiap masa supaya anda dapat mengingati haiwan kesayangan anda yang telah pergi.
3.) Jadikannya sebagai baju

Hanya sekiranya haiwan kesayangan anda berbulu tebal. Jadikanlah bulu-bulunya itu sebagai coat atau baju sejuk anda. Gerenti anda akan gembira memakai baju itu.
4.) Jadikannya sebagai peluru

Isikan peluru anda dengan abu mayat haiwan kesayangan anda. AMARAN: menurut undang-undang di Malaysia haram menyimpan senjata api.
5.) Jadikannya sebagai perhiasan

Antara banyak-banyak anggota di badan haiwan kesayangan anda, cariklah satu yang menarik untuk dijadikan loket. Hidung hanyalah satu cadangan. Kalau anda ada cadangan lain, buatlah.
6.) Jadikannya sebagai lukisan

Cara yang paling normal dan kurang pelik ialah jadikanlah haiwan kesayangan anda sebagai lukisan. Kalau anda tak pandai melukis, upahlah pelukis profesional untuk melukis haiwan kesayangan anda itu. (Takut kalau anda sendiri lukis, jadi haiwan lain pulak).
Monday, January 23, 2012
Pelekat Garaj yang unik lagi menarik

Inginkan kelainan pada garaj rumah anda? Tampalkan pelekat 3D ini di depan pintu garaj. Pasti jiran-jiran anda akan cemburu melihat anda mampu mempunyai kapal terbang dan kereta kebal di dalam garaj anda walaupon sebenarnya anda ada basikal je.. heeeeeheeeeee
Subscribe to:
Posts (Atom)


