


Dengar
tajuk kat atas tu pun mesti anda dah rasa pelik kan? Nak ke seorang
lelaki rasa pengalaman orang perempuan bila datang haid? Kalau rasa-rasa
nak cuba, anda jangan risau, dengan bantuan Menstruation Machine, anda
yang lelaki ni akan tahu macam mana 'feel' nya bila datang bulan..
Secara hormon nya,
menstruasi dan dismenore (keadaan yang mulai timbul sebelum atau semasa
menstruasi, mencapai puncak dalam tempoh waktu 24 jam dan setelah 2 hari
ia akan menghilang) hanya dapat dirasakan oleh wanita. Tapi Hiromi
Ozaki alias Sputniko, pereka dari Jepun-England yang juga
seorang programmer telah merancang sebuah mesin di mana membolehkan
seorang lelaki merasakan pengalaman haid bulanan wanita.
Ozaki
yang menuntut di Fakulti Matematik dan Ilmu Komputer Imperial College,
London, memberi nama mesinnya sebagai Menstruation Machine. Menstruation
Machine ini merupakan projek seni yang tercetus kerana tertarik dengan
masalah bulanan yang selalu dirasakan oleh wanita iaitu datang bulan.
Dengan
menampilkan rekaan dari Royal College of Art’s Design Interactions,
mesin ini bertujuan untuk membolehkan lelaki merasakan pengalaman haid
yang dirasakan wanita. Bagaimanapun, alat ini juga boleh digunakan oleh
wanita.
Untuk menitiskan darah, rekaan ini dilengkapi dengan
mekanisme blood dispensing, yang akan menitiskan sekitar 80 mililiter
(2.7 auns) darah dari tangki yang menstimulasikan keadaan haid seorang
perempuan untuk tempoh masa lima hari.
Rekaan ini juga menyediakan teknologi canggih seperti iPad yang akan berfungsi untuk mengawal aliran darah.
Selain
itu, rekaan ini juga dilengkapi dengan elektrod stimulasi perut bawah
(lower-abdomen-stimulating electrodes), iaitu mesin yang akan
menstimulasikan kekejangan pada perut mirip dengan keadaan haid bulanan
seorang wanita.
Menstruation Machine ini dapat digunakan oleh
lelaki yang ingin merasa lebih dekat dengan wanita (misalnya ibu atau
isterinya) dan pengalaman datang haid yang dirasakan mereka.
Rekaan
ini juga boleh digunakan oleh wanita yang sudah tidak lagi mengalami
menstruasi, biasanya proses ini hanya menjadi ritual dan dikenali
sebagai identiti gender.
kalo suka sila share :)