widget

Tuesday, March 27, 2012

hukum bela anjing--- sila pahami betol2

SOALAN:
Apakah hukum bagi orang Islam memelihara anjing?


JAWAPAN:

Memelihara anjing adalah harus dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Darqutni dan Hakim dinyatakan pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Bila ditanya, baginda menjawab dalam rumah mereka ada anjing, sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab "kucing itu tidak najis".

Sahabat mengambil faham daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang mengenai najis.

Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram. Antara alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah:

i. Menakut-nakutkan jiran, orang lalu lalang dan tetamu.

ii. Berkurang pahala pemelihara. Nabi bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath. (Bukhari dan Muslim)

iii. Malaikat enggan masuk ke rumah.

iv. Tabiat anjing suka menjilat dan kenajisan mughallazah pada jilatannya menyebab kesukaran pemeliharaannya. Cara menyucikan najis mughallazah ialah menyamaknya dengan tujuh kali air, dan salah satu air tersebut bercampur tanah.


walaubagaimana pon, saya tetap takot anjing....  XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

khasiat bidara dalam perubatan Islam

Di antara bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan Islam ialah daun bidara yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan air doa lalu diminumkan sebahagian, dan sebahagian lagi untuk mandi.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”

Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Cara Menggunakan Daun Bidara:
  1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
  2. Tumbuk dan dihaluskan.
  3. Letakkan daun bidara yang telah dilauskan tadi ke dalam sebuah gelas.
  4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
  5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
  6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
  7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
  8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
  1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
  2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
  3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
  4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.

insyaallah....

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Monday, March 26, 2012

perkara yang perlu suami buat kalo bini mengamuk

 
Kalau bini tengah mengamuk sambil baling-baling pinggan mangkuk seboleh-bolehnya suami jangan lari atau mengelak. Tunjukkan kelakian korang dengan berlagak seperti penjaga gol. Sambut dan tangkap pinggan dan mangkuk yang melayang tu. Selain dari menunjukkan bakat yang terpendam korang juga mampu mengelakkan kerugian besar.
 
Kalau bini tengah menangis sambil mulut membebel pasal sikap korang yang menyakitkan hati, korang jangan cepat panik. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Ulanglah sebanyak mana yang mampu membuatkan korang rasa tenang. Kemudian barulah korang mula ketawa sebagai bukti yang korang sudah bersedia untuk membuatkan si isteri gembira ketika dia tengah bersedih.

Kalau bini tengah bersiap-siap pek barang nak balik rumah mak, korang jangan dok bersedih atau merayu-merayu sebaliknya korang tolong mana yang patut. Kesian si isteri nak lipat baju sorang-sorang. Kalau ada 5 almari je baju dia memang sampai ke malam tak siap. Jadi tunjukkan yang korang sentiasa menolong membuat kerja isteri.

Kalau bini tengah membebel sepanjang hari sebab tak puas ati, korang jangan cepat jemu dan bosan atau panas ati. Sebaliknya cepat-cepat korang ambil alat muzik yang korang pandai main. Kalau tak pandai buat lah dram dengan baldi. Kemudian korang boleh buat bunyi muzik latar sepanjang bini korang tengah membebel. Nescaya korang mampu menjadi seorang yang kreatif.

Kalau bini bersiap lama sangat sedangkan korang dah get ready nak pergi shopping korang jangan membebel atau cuba memanggil dengan suara marah atau manje. Sebaliknya korang cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat. Sekiranya si bini tak keluar lagi bunyikan hon sekali sebelum korang berlalu pergi shopping sorang-sorang.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Tips jimat cermat- super saving tips

Tips Pertama
Jimat ubat gigi. Kalau selalu gosok gigi tiga kali sehari,cuba ubah jadi seminggu sekali. Confirm berbulan-bulan baru beli baru.

Tips Kedua

Nak jimat lagi cuba makan tiga kali sehari. tapi gunakan sepinggan nasi je. Caranya, Bahagi nasi untuk tiga bahagian, Pagi,petang dan malam. jimat-jimat. tak lama kompom slim! XD

Tips ketiga

Gunakan Elektrik bila perlu je. Nak online pun pergi kedai mamak je. Kalau boleh kurangkan penggunaan elektrik ketahap paling minima. Malam pun guna lampu minyak tanah je.

Tips Ke Empat

Tips jimatkan air.  Basuh baju sebulan sekali je. Mandi pun kurangkan dari 50 gayung ke 10 gayung je. Nak lagi jimat, sila tadah air hujan untuk penuhkan kolah air mandi.


gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

pengakuan lelaki yang menukar jantina

Pengakuan Eksklusif Pemuda Tukar Jantina Pengakuan Eksklusif Pemuda Tukar Jantina
Setiap kali menjelang senja, seperti mana ‘kupu-kupu malam’ lain, Rita akan mula menyiapkan dirinya seanggun mungkin.

Rambut yang berserabai akan mula diluruskan.

Dengan menggunakan jarinya yang lentik, Rita memulakan ‘rutinnya’ dengan memantis atau melukis kening.

Sesuai dengan bentuk mukanya yang panjang, dia akan memantis keningnya selurus mungkin menghala ke bahagian atas telinga.

Ini diikuti dengan meletakkan celak di bahagian mata, memakai bedak asas, memerahkan pipi dan diakhiri dengan memakai gincu serta ‘lipglos’.

‘Fasa’ terakhir adalah dengan mengenakan pakaian seseksi mungkin, itulah ‘senjata’ terakhirnya kerana dia tahu, hanya dengan berpakaian sebegitu, dia mampu memikat nafsu buas lelaki yang berada di luar sana.

Namun malam itu entah kenapa, Rita memulakan ‘kerjanya’ lebih awal daripada biasa…kedai runcit yang terletak berhampiran pun belum tutup.

Ketika Rita melalui kedai runcit tersebut, tiba-tiba dia terpandang tajuk besar sebuah akhbar tabloid…ALEESHA@ASHRAF MENINGGAL DUNIA.

” Saya betul-betul terkejut, rasa terlalu sedih dengan kematian Aleesha kerana apa yang arwah lalui ‘begitu dekat’ dengan saya. Untuk pengetahuan abang, saya juga dah buang kemaluan saya,” katanya sambil menundukkan wajahnya.

Menurut Rita, terlalu sukar untuk insan sepertinya hendak menerangkan apa yang mereka rasa kepada masyarakat.

Katanya, biar apa pun hujah atau perkataan yang mereka luahkan, pastinya akan mengundang kejian dan cacian.

Sebab itu, menurut Rita, mereka lebih senang memendam rasa dan melalui semua kesukaran ini secara bersendirian.

Senang cerita, katanya, mereka sudah tidak percaya siapa-siapa lagi dalam dunia ini apatah lagi mengharapkan sokongan daripada mana-mana pihak, baik NGO mahupun kerajaan.

” Malangnya ramai di antara kami yang tak mampu melalui kesedihan dan ‘kecelaruan’ ini, yang tak dapat kawal diri mula ambil dadah, malah ada yang bunuh diri, entahlah, hidup kami terlalu pedih dan perit untuk dikongsi, orang tak akan faham,” katanya sambil menyedut air limau ais yang dipesannya.

Penulis hanya membiarkan dia melayan perasaannya. Terus-terang, penulis pun tidak tahu bagaimana nak memulakan semua ini.

Pertemuan Rita bermula apabila penulis diarahkan untuk mencari mana-mana lelaki yang pernah melakukan pembedahan penukaran jantina.

Sesungguhnya ini satu tugasan yang mencabar dan memeningkan sebenarnya.

Namun Alhamdulillah, ia bagaikan dipermudahkan dan dengan bantuan pelbagai sumber, penulis berjaya menemui Rita yang ketika itu baru hendak memulakan ‘tugasnya’.

Rita dilahirkan kira-kira 30 tahun lalu di sebuah kawasan perumahan di pinggir ibu kota.

Sejak kecil lagi dia tidak pernah merasakan dirinya seorang lelaki walaupun secara fizikal dia adalah seorang lelaki yang sempurna, cukup sifat.

Seperti mana arwah Aleesha, Rita juga adalah insan yang mahu jadi 100 peratus wanita. Dia ingin menjadi wanita yang bukan dari sudut pakaian saja, tetapi juga dari segi lahiriah dan batiniah.

Perkenalannya dengan seorang jejaka Cina bagaikan merealisasikan impian Rita selama ini.

Lelaki itu sangat menyayanginya dan sanggup menghabiskan wang berjumlah ribuan ringgit asalkan berjaya memenuhi kehendak Rita.


Dan kesempatan itu digunakan Rita untuk menjadikan impiannya selama ini menjadi nyata.

” Dengan ditemani seorang ‘kakak’ angkat, saya pergi ke sebuah hospital di Haadyai, Thailand. Pada mulanya saya hanya buat pembedahan kecil untuk memancungkan hidung, tetapi melarat pula ke pembedahan membesarkan buah dada,” katanya sambil tersenyum.

Selepas pembedahan itu, Rita semakin yakin dengan dirinya.

Namun ada satu lagi perkara yang membelenggu hidupnya…juntaian daging sepanjang lima inci yang masih melekat ditubuhnya!

Menurut Rita, setiap kali membuka pakaian, dia rasa geli dengan kemaluannya sendiri. Dia kalau boleh enggan melihat apatah lagi menyentuhnya.

Rita rasa sengsara. Rita rasa mahu gila. Rita tahu dia tidak boleh lagi hidup sebagai lelaki.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Sekali lagi dengan bantuan kekasihnya itu, Rita ke Haadyai. Kali ini dia nekad untuk menjalani pembedahan jantina seperti yang diidam-idamkan.

Pembedahan itu mengambil masa hampir lapan jam, namun yang peliknya, kata Rita, dia langsung tidak berasa sakit kecuali sedikit pedih ketika hendak membuang air kecil.

Dia juga ditunjukkan zakarnya yang telah dipotong oleh doktor yang menjalankan pembedahan itu.

” Hampir sebulan saya di hospital kemudian saya minta izin doktor untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang proses penyembuhan itu, saya diberikan ‘acuan’ untuk saya masukkan ke dalam kemaluan bagi membolehkan ‘lubang kemaluan’ terbentuk seperti mana alat kelamin wanita, saya rasa bahagia sangat ketika itu” katanya.

Namun keseronokkan dan kegembiraannya tidak bertahan lama.

Berbagai ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa tidak lama selepas dia menjalani pembedahan.

Antaranya, kekasih yang dia sayangi itu tiba-tiba berubah hati dan terus meninggalkannya, dia juga hilang mata pencarian hingga membuatkan banyak barangan kemasnya tergadai, malah keretanya juga ditarik pihak bank.

Dia juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan identitinya itu.

Akhirnya, disebabkan kehilangan arah, dia terjerumus ke lembah hina….lembah pelacuran.

” Abang, Tuhan marah dengan saya….semuanya hilang dengan sekelip mata, kalau ikutkan hati saya dah tak mahu tinggal di lorong ini, saya dah tak mahu melacur, tapi saya nak makan apa, semua majikan tak nak ambil saya bekerja,”katanya dalam nada perlahan.

Menurut Rita, walaupun dia tahu perbuatannya melanggar hukum agama, namun dia tidak akan sekali-kali keluar daripada agama Allah ini.

Bahkan, dia juga akan cuba untuk bersolat seperti mana umat yang lain walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada solatnya itu diterima atau sebaliknya.

Kata Rita, dia pernah dipenjarakan di penjara wanita kerana melacur dan diberikan telekung untuk bersembahyang.

Namun, kata Rita, dia sedar walaupun telah melakukan pembedahan, dia tetap seorang lelaki di mata Tuhan.

” Walaupun diberikan telekung dalam penjara, saya ambil keputusan untuk bersolat seperti seorang lelaki.

” Dan saya sedar, andai saya mati, saya tetap akan dikebumikan sebagai seorang lelaki,” katanya yang tiba-tiba sebak.

Menurut Rita, apa yang terjadi pada arwah Aleesha, tak mustahil akan berlaku pada dirinya dan rakan-rakan yang pernah menjalani pembedahan pertukaran jantina ini

Katanya, oleh itu, mereka tidak akan menuntut apa-apa daripada masyarakat, apatah lagi mengharapkan belas ihsan atau simpati kerana mereka sedar mereka tidak layak dilayan sedemikian

Cuma kata Rita, kalau boleh, janganlah terus menghina dan mencaci golongan seperti mereka kerana apa yang mereka lalui sebelum ini sudah cukup ‘menyeksakan’.

” Arwah Aleesha meninggal dunia kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku, adakah masyarakat gembira dengan apa yang terjadi…adakah kalau boleh masyarakat tak mahu kami terus ada di muka bumi ini?

” Tolonglah…biarlah kami dengan dunia kami, izinkan kami menumpang walau sebentar, lambat laun kami akan pergi juga,” katanya sambil mengelap titisan-titisan halus di kelopak matanya.

Tidak lama kemudian telefon bimbit Blackberry Bold milik Rita berbunyi. Ada SMS yang masuk.

Sejurus selepas membacanya, Rita meminta izin untuk beredar.

Nampak ada seorang lelaki tua yang tak cukup gigi sedang tersengih memandang Rita dari dalam kereta BMW hitamnya.

Rita kemudian pergi ke arah kereta tersebut sebelum membuka pintu dan duduk di sebelah lelaki tua berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudian hilang di balik kepekatan malam.

Penulis terdiam. Semua diam. Dunia juga seakan turut terdiam. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...