widget

Friday, September 30, 2011

bantahan festival filem gay



SEORANG anggota Barisan Pembela Islam memegang poster mengenai golongan lelaki homoseks semasamelaukan protes di sebuah lokasi tayangan filem gaydi Jakarta.


JAKARTA - Berpuluh-puluh anggota Barisan Pembela Islam memprotes satu festival filem gay antarabangsa yang berlangsung di sini sekali gus menyebabkan beberapa tayangan filem mengenai golongan itu dibatalkan.

Mereka memprotes Festival Filem Q! yang diadakan di beberapa pusat kebudayaan asing.
.
Anggota-anggota kumpulan tersebut yang sebahagiannya memakai topeng, jubah putih dan serban melaungkan slogan antigay dan menyatakan bahawa filem-filem itu adalah kufur.

Menurut seorang pembantu program pusat terbabit, Dinyah Latuconsina, tayangan filem itu di Institut Goethe Jerman yang dikawal oleh polis tidak akan dibatalkan.

Bagaimanapun, Pusat Kebudayaan Perancis dan Yayasan Jepun mengambil keputusan untuk membatalkan baki tayangan filem gay.

Indonesia dianggap sebagai sebuah negara sekular yang mempunyai jumlah penduduk seramai 237 juta orang. Ia mempunyai bilangan penganut Islam yang teramai di dunia. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...