widget

Monday, October 24, 2011

Kerap jumpa tengkorak - Sering tergali kubur 'berpenghuni' akibat tiada nisan Hulu Langat









HULU LANGAT - "Bertemu dengan tengkorak dan tulang manusia memang perkara biasa setiap kali menggali kubur di sini tetapi kami anggap semuanya sebagai dugaan.


"Apa yang kami buat ialah menutup semula kubur yang telah digali itu dan menggali semula di kawasan lain. Pernah sebanyak tiga lubang kami gali, semuanya 'berpenghuni' sehingga kami jadi bingung.


"Masuk kali keempat, barulah kami temui lubang yang benar-benar kosong," kata Abdullah Nasir, merungkai masalah kubur tidak bertanda atau bernisan tanah perkuburan Islam di Hulu Langat.


Sebagai penggali kubur, kata Abdullah, diburu perasaan takut memang ada tetapi semuanya tidak pernah melemahkan semangatnya untuk meneruskan tugasan fardu kifayah itu.


"Semua ini berlaku disebabkan kubur tidak berwaris dan dibiarkan begitu sahaja sebaik sahaja jenazah dikebumikan. Tanah kubur akhirnya menjadi rata seolah-olah tidak 'ber penghuni'.


"Akibatnya, kami yang susah kerana kerja-kerja menggali bukannya tugas yang mudah lebih-lebih lagi jika diminta menggali kubur pada waktu malam," katanya.


Menafikan dakwaan kubur tidak berwaris itu sebagai peng kebumian haram, Abdullah berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...