widget

Friday, October 28, 2011

Siasat kahwin budak



GAMBAR ini menunjukkan Syeh Puji dengan isterinya yang berusia 12 tahun.


JAKARTA - Ssebuah agensi perlindungan kanak-kanak kini melakukan siasatan berhubung laporan bahawa seorang usahawan yang juga guru agama sudah berkahwin dengan perempuan berumur 12 tahun.

Akhbar Jakarta Post melaporkan guru agama dari Jawa Tengah itu didakwa berkahwin dengan kanak-kanak perempuan bawah umur dengan mendapat persetujuan ibu bapanya.

Guru agama itu juga merancang untuk berkahwin dengan dua lagi wanita berumur tujuh dan sembilan tahun.

Agensi perlindungan itu mernacang untuk menyoal siasat guru agama terbabit, kanak-kanak perempuan dan ibu bapanya.

Kadi yang menguruskan akad nikah dan saksi perkahwinan juga akan disoal siasat oleh agensi itu, Suruhanjaya Pelindungan Kanak-Kanak.

Berdasarkan undang-undang Indonesia, seorang wanita mesti berumur 16 tahun jika mahu berkahwin.

Seseorang yang berkahwin dengan individu berumur di bawah 16 tahun boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 tahun.

Guru agama itu merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan memiliki sebuah sekolah berasrama penuh di Jawa Tengah.

Dia mendapat liputan di akhabr-akhbar kerana menderma berbilion-bilion rupiah kepada golongan miskin dalam bulan Ramadan. 

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan di Semarang, Indonesia Pujiono Cahyo Wicaksono yang terkenal dengan gelaran Syeh Puji mendedahkan isteri keduanya yang baru berusia 12 tahun, Lutfiana Ulfa.

Walaupun masih terlalu muda, isteri keduanya itu diberikan tugas untuk menjadi pengurus besar di beberapa buah syarikat miliknya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...